Ahad, Mei 31, 2009

AHAD 31 MEI, 2009.

BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMAT


. برشکورله دڠن نعمة يڠ الله کرنيا کن.
                                     SAKSIKAN KEINDAHAN MENTARI PAGI
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya pada saat ini,  kita masih terus dapat menjalani kehidupan kita seperti biasa.  


Bila saja kita membuka mata di awal  pagi, Kita dapat menghirup udara yang nyaman, dapat merasai panas matahari, dapat merasai sejuknya angin yang bertiup, dapat melihat alam keliling, dapat mendengar suara anak-anak yang riuh rendah, atau suara kawan-kawan, dapat berinteraksi dengan orang di sekeliling . Bahkan banyak lagi perkara-perkara yang dapat kita boleh buat hanya dalam satu hari.   

Bandingkan diri kita dengan mereka yang sakit, buta, bisu, lumpuh,oku,dan banyak lagi.

Bagaimana kalau umur kita sekarang 40 tahun,  atau kurang daripada itu, bolehkah anda atau saya sendiri, mengira atau menyimpan rekod bagi setiap pergerakan atau setiap tingkah laku yang kita buat atau lakukan. Sudah tentu kita tidak mampu untuk melakukannya dengan secara detail. Walau ada pun, kita hanya dapat mencatatkannya untuk perkara-perkara yang mustahak di dalam diari kita.

Kita bersyukur di waktu pagi,  kerana kita masih hidup dan bernyawa, kalau hendak dibandingkan dengan orang-orang lain atau kawan-kawan kita yang telah meninggal dunia.  Kemudian kita dapat bangun, berjalan, seterusnya bersiap diri untuk membersihkan diri kita dalam persediaan untuk bersolat subuh. Bagaimana dengan mereka yang sakit, tidak dapat bangun dengan sendiri dan tidak dapat berjalan sendiri disebabkan sakit atau sebagainya.

Seterusnya pada mereka yang bekerja, terus bekerja untuk mencari nafkah keluarga, syukur kerana kita ada kerja kalau hendak dibandingkan dengan mereka yang tidak ada kerja.

Dalam perjalanan ke tempat kerja,  kita dapat ke tempat kerja dengan aman-damai, kalau hendak dibandingkan dengan negara-negara yang sedang bergolak dewasa ini. 

Pendek kata, banyak lagi perkara-perkara yang dapat kita lakukan pada setiap hari , semenjak kita dilahirkan di dunia ini hingga ke hari ini, atau dalam perkataan lain, semenjak kita hidup di dunia ini. Pernahkah kita terfikir...dan bertanya kepada diri sendiri, mengapa dan kenapa kita dilahirkan, ke manakah hala tuju kehidupan kita. Apakah tujuan kita dihidupkan.   Bagaimanakah rupa bentuk kehidupan yang baik.


Bagaimana pun bersyukurlah kita .....kerana kita dilahirkan, dihidupkan dibesarkan dikalangan ibubapa kita yang beragama Islam. Dan di lahirkan di negara kita yang aman dan damai, kalau hendak dibandingkan dengan negara-negara lain di sekeliling kita.

Bahawa apa sahaja yang kita lakukan adalah merupakan nikmat dari Allah swt. Masihkah kita tidak bersyukur dan puashati dengan nikamat yang kita kecapi ?

Ayat 13 Surah Ar Rahman yang bermaksud " Maka nikamt Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin )."

Dari itu....bersyukurlah. Sekurang-kurangnya mengucap ALHAMDULILLAH.

Sekian, Wasallam.

Sabtu, Mei 30, 2009

kugiran dan pop yeh yeh


kemunculan kumpulan gitar rancak pada awal tahun 1960 mengubah selera masyarakat terhadap seni hiburan. dari muzik berbentuk ghazal. joget, zapin, dondang sayang dan sebagainya, masyarakat disajikan dengan muzik berbentuk pop yeh yeh. Banyak kumpulan muzik yang dipanggil kugiran muncul seperti "the siglap five" " the rytham boy" "nirwana" dan banyak lagi. salah satu yang masyhur ialah " de destortion". 

Rabu, Mei 27, 2009

Tinggal kenangan:Bangunan lama SK. Penghulu Salleh


        Dahulu dibahagian hadapan inilah ditempatkan Tabika Kemas Mampan.

Kalau anda melalui jalan Pt. Sulong - Simpang Lima, anda akan melalui satu kawasan di mana sebuah bangunan kayu sebuah sekolah. Bangunan itu ialah bangunan lama SK. Penghulu Salleh, Mampan. Saya tidak tahu bila bangunan ini didirikan, tapi apa yang saya tahu semenjak saya dilahirkan, bangunan sekolah ini telah pun ada. Di sinilah saya dan banyak lagi mula-mula mengenal ABC. 

Diberitakan bahawa bangunan ini akan diroboh dalam masa dua atau tiga minggu lagi. Dan di tempat yang sama akan di luaskan untuk halaman sekolah. Sebagai ganti sebuah bangunan sedang dalam pembinaan di bahagian belakang sekolah tersebut.

Semasa zaman konfrantasi dengan Indonesia dahulu, di bangunan inilah tempat saya berkawal dan sebagai pos kawalan. 

               Bangunan lama SK. Penghulu Salleh, Mampan.

Pernah diceritakan oleh ibubapa murid-murid sekolah ini bahawa anak-anak mereka pernah melihat beberapa lembaga yang agak pelik di kawasan sekolah ini, tetapi cerita-cerita ini tidak dihebohkan, takut ini akan menjadi berita sensasi dan menggangu murid-murid.

Saya akan mengikuti perkembangannya.



AKAN MENJADI PHOTO SEJARAH DIMASA AKAN DATANG


Isnin, Mei 25, 2009

cerita ke 2 tentang batu Puteh.


:القيصه ترسبوة سبواه چريتا دري سلاتن تانهاير

        WARNA BATU INI PUTEH PADA MULANYA. PHOTOSHOT DARI TEPI JALAN.

Negara kehilangan pulau batu puteh. Negara jiran telah mengambilnya melalui proses mahkamah. Insa'Allah, satu hari nanti, ia akan menjadi milik kita semula.

Tentang cerita batu puteh, di Kampung Batu Puteh,  Batu Pahat Johor  lain pula jadinya: 

Menurut cerita-cerita orang yang mengetahuinya:
Pada awal kemunculannya, mungkin kala itu tahun 40an atau 50an, ramailah orang datang melihat batu putih yang muncul di kawasan kebun seorang petani. Kami merasa pelik, kerana kawasan kampung itu adalah tanah rata, iaitu tanah liat dan mungkin tidak mustahil kalau ada kawasan bukit bukau. Kemunculan batu putih yang warna asalnya putih dan berkilat itu menarik perhatian. Seorang hamba Allah dari Singapura yang tertarik dengan kecantikkan batu itu dan beliau terus mengambil batu itu balik ke Singapura untuk dijadikan perhiasan.

Setelah beberapa malam, beliau bermimpi didatangi oleh seorang tua yang berjubah putih dan mengarahkan beliau memulangkan batu itu ke tempat asalnya pada waktu tengah malam seorang diri. Jika tidak .......... mungkin nahas akan menimpa kepada dirinya atau familinya.

         SEBAHAGIAN DARI BATU YANG MUNCUL DARI DALAM TANAH

Keesokan harinya, beliau terus memulangkan batu itu ke tempat asalnya.
Anda akan dapat melihat ketulan-ketulan batu ini seandainya anda melalui jalan Simpang Lima - Pt. Sulong. Ia bersebelahan dengan menara tangki air milik SAJ. Anda juga akan dapat melihat ketulan yang lebih besar dan tinggi seandainya anda masuk ke kawasan itu.

Sekian dari apa yang saya dengar. Allahua'lam.
جا ڠن ڤندڠ اتس :6

Sabtu, Mei 23, 2009

belajar bahasa jawa 3



     بلاجر بهاس جاوا     

hari ini saya akan tunjukkan beberapa dialog yang simple dalam bahasa jawa:

1. soalan       :awak dah berkahwin ke belum ?
    jawapan    : sudah     /     belum.

2. berapa anak awak ?
    jawapan    ; tiga ......... dua orang lelaki dan seorang perempuan..

Vocabulary:

rab bi              -     kahwin
pi roh                -   berapa
la  nang          -     lelaki
we dok           -     perempuan.
siji                   -     satu
lo roh                -     dua
te   lu               -    tiga
ku weh           -     awak

dialog dalam bahasa jawa:

1..soalan               ku weh  wes rab bi opo durong ?    (awak dah berkahwin ke belum)
    jawapan            wes       / urong.           ( dah    / belum  )

2. soalan               pi  roh anak mu ?              (berapa anak awak ?)
    jawapan            te lu  ,   lo ro anak la nang, siji  we dok.
                                    
sekian untuk kali ini: cuba selalu, dan cakap dalam bahasa jawa dengan kawan-kawan 
di pejabat.




    

Khamis, Mei 21, 2009

belajar bahasa jawa ke 3.



 "بلاجر بهاس جاوا "   
bertutur dalam bahasa jawa (malaysian's german). 
1.pelajaran ke 3 . lebih menarik............................akan datang.
jangan lupa, drop at my blog "wahnuar". 
2.kisah selanjutnya tentang Batu Puteh.

batu puteh di Kg. Batu Puteh.

Kawasan ini ialah kawasan yang jauh dari kawasan bukit bukau dan gunung ganang. kawasan tanah lembah.

Ceritanya di sekitar tahun 60an..........................................................................al kisah sekumpulan manusia................kerana nak cepat kaya, mereka pergi ke tempat-tempat yang agak menyeramkan seperti batu, pokok besar, rumah kosong dan di sana mereka membuat sembahyang (bukan islam) untuk meminta nombor ekor. Sedang asyik membaca jampi  dan dengan membakar colok, tiba-tiba keluar tangan yang amat besar dari celah-celah batu. Apa lagi, mereka pun cabut lari kerana ketakutan dan cerita hendak minta nombor ekor pun melayang. 

Begitulah cerita ringkas tentang sekumpulan manusia di satu kawasan batu putih yang tumbuh di kawasan kampung Batu Putih, Batu Pahat.

Kawasan ini berhampiran dengan tangki air, yang sedang dalam pem

                    menara tangki air dalam pembinaan

kisah kaki nombor ekor


Selasa, Mei 19, 2009

belajar bahasa jawa 2.

              "بلاجر بهاس جاوا "                                    

                 sekadar hiasan- pokok buah naga yang di tanam sudah mula berbunga.

Belajarlah bahasa Jawa:

hari ini saya akan tunjuk dialog dalam bahasa jawa:

soalan : awak hendak ke mana ?
ku- weh  pak lu ngo hendi ?        (ejaan ku-weh  mungkin tak sama dgn sebutan)
ku weh   -  awak  ,    pak -  hendak  ,   lu ngo   - pergi    ,    hendi/ ndi   - mana.       


jawapan : saya hendak pergi ...... kerja.
aku pak lu- ngo    kerjo.                           
                                                
mini vocabulary:

adus                     - mandi
                                                
ngiseng                - buang air besar.
                                              
ngu yoh               - buang air kecil.
                                              
nyawit                 - memotong buah sawit.
                                              
mancah               - menebas kebun.
                                             
turu                     - tidur
                                               
ngombeh            - minum.

sekarang, boleh praktikkan di ofis atau di kantin-kantin pejabat.

selamat mencuba.
Dari -Pak Kuntong al jawa.

be a javanese, than you can speak well. kah...kah.....


Isnin, Mei 18, 2009

unit kawalan kampung.

mesyuarat AJK unit kawalan kampung kali ke 3 tahun 2009, yang diadakan di kampung mampan, batu pahat.



pertemuan bloggers batu pahat

                                            sdr kuntong

Setelah sekian lama membuat temujanji, malam tadi  Ahad 17 Mei 2009 barulah dapat bertemu dengan sebahagian dari blogger-blogger Batu Pahat di BP walk.  Sambil "ngeteh" kita berbual-bual  dan berkenalan diantara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran dan menceritakan pengalaman masing-masing. Selain dari itu, kita dapat berkenalan dengan penulis-penulis blog Batu Pahat ,membuka minda kita, dan yang  paling penting ialah kita dapat meningkatkan pengetahuan kita tentang aktiviti "blogging".

 Yang sama-sama "ngeteh" ialah    :-
      "segalanya mungkin"  -   sdr. amirhamzah64.
      "wahnuar "      - sdr kuntong.
      " distortion"     - sdr  ruoslenz.
      " taman dalam rumah"   - sdr zedmagel.

                                                         sdr amirhamzah64

                                                         sdr zedmagel

                                                                 sdr rouslenz

Semoga ramai lagi blogger Batu Pahat dapat bertemu dan sama-sama "ngeteh". Pertemuan mencari  dan menambah ilmu.