Ahad, Mei 31, 2009

AHAD 31 MEI, 2009.

BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMAT


. برشکورله دڠن نعمة يڠ الله کرنيا کن.
                                     SAKSIKAN KEINDAHAN MENTARI PAGI
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya pada saat ini,  kita masih terus dapat menjalani kehidupan kita seperti biasa.  


Bila saja kita membuka mata di awal  pagi, Kita dapat menghirup udara yang nyaman, dapat merasai panas matahari, dapat merasai sejuknya angin yang bertiup, dapat melihat alam keliling, dapat mendengar suara anak-anak yang riuh rendah, atau suara kawan-kawan, dapat berinteraksi dengan orang di sekeliling . Bahkan banyak lagi perkara-perkara yang dapat kita boleh buat hanya dalam satu hari.   

Bandingkan diri kita dengan mereka yang sakit, buta, bisu, lumpuh,oku,dan banyak lagi.

Bagaimana kalau umur kita sekarang 40 tahun,  atau kurang daripada itu, bolehkah anda atau saya sendiri, mengira atau menyimpan rekod bagi setiap pergerakan atau setiap tingkah laku yang kita buat atau lakukan. Sudah tentu kita tidak mampu untuk melakukannya dengan secara detail. Walau ada pun, kita hanya dapat mencatatkannya untuk perkara-perkara yang mustahak di dalam diari kita.

Kita bersyukur di waktu pagi,  kerana kita masih hidup dan bernyawa, kalau hendak dibandingkan dengan orang-orang lain atau kawan-kawan kita yang telah meninggal dunia.  Kemudian kita dapat bangun, berjalan, seterusnya bersiap diri untuk membersihkan diri kita dalam persediaan untuk bersolat subuh. Bagaimana dengan mereka yang sakit, tidak dapat bangun dengan sendiri dan tidak dapat berjalan sendiri disebabkan sakit atau sebagainya.

Seterusnya pada mereka yang bekerja, terus bekerja untuk mencari nafkah keluarga, syukur kerana kita ada kerja kalau hendak dibandingkan dengan mereka yang tidak ada kerja.

Dalam perjalanan ke tempat kerja,  kita dapat ke tempat kerja dengan aman-damai, kalau hendak dibandingkan dengan negara-negara yang sedang bergolak dewasa ini. 

Pendek kata, banyak lagi perkara-perkara yang dapat kita lakukan pada setiap hari , semenjak kita dilahirkan di dunia ini hingga ke hari ini, atau dalam perkataan lain, semenjak kita hidup di dunia ini. Pernahkah kita terfikir...dan bertanya kepada diri sendiri, mengapa dan kenapa kita dilahirkan, ke manakah hala tuju kehidupan kita. Apakah tujuan kita dihidupkan.   Bagaimanakah rupa bentuk kehidupan yang baik.


Bagaimana pun bersyukurlah kita .....kerana kita dilahirkan, dihidupkan dibesarkan dikalangan ibubapa kita yang beragama Islam. Dan di lahirkan di negara kita yang aman dan damai, kalau hendak dibandingkan dengan negara-negara lain di sekeliling kita.

Bahawa apa sahaja yang kita lakukan adalah merupakan nikmat dari Allah swt. Masihkah kita tidak bersyukur dan puashati dengan nikamat yang kita kecapi ?

Ayat 13 Surah Ar Rahman yang bermaksud " Maka nikamt Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin )."

Dari itu....bersyukurlah. Sekurang-kurangnya mengucap ALHAMDULILLAH.

Sekian, Wasallam.

10 ulasan:

penjenayah.merah.jambu. berkata...

susah nak bersyukur walaupun selalu sgt nk bersyukur..aduhai..

KUNTONG berkata...

memang benar kata pen. merah jambu: tak ramai manusia yg selalu dn suka bersyukur.senang dn susah adalh ujian dari Allah swt ntuk menguji keimanan kita.

buah kelapa turkey berkata...

manusia tak mestinya sentiasa manusia. ia boleh bertukar macam malaikat dan boleh jadi macam haiwan. bersyukurlah dengan cara mengerjakan segala yg diperintah dan menjauhi segala yang dilarang.

amirhamzah64 berkata...

salam pakcik kuntong,

Satu motivasi hari minggu yang baik dan bertepatan dengan suasana negara kita dewasa ini. Betapa bertuah dan beruntungnya kita dilahirkan dan dibesarkan dalam alam Melayu dan lingkungan agama Islam.

Memang sewajarnya kita bersyukur. Bersyukur setiap saat dan detik walaupun nama kita bukan 'Syukur'. Hehehe

zaidi ali berkata...

Salam Sdr Kuntong.
Di usia saya yang mencecah 40 tahun ini, saya amat bersyukur kerana masih diizin Nya terus hidup dan masih dijauhi penyakit kronik. Namun banyak juga dosa-dosa lama yang saya sesalkan. Hanya memohon ampun dari Yang Maha Pengampun dan bertaubat atas kesalahan-kesalahan lalu.

Leenoh berkata...

Salam.
Bersyukur kpd Allah yang Maha Penyayang.insya Allah akan menggamet kita setelah bermahasabah dengan ikhlas tanpa Muhasabah maka tiadalah kesedaran. Semoga kita sentiasa bersyukur kepada Allah sambil berusaha mewujudkan suasana yang dikehendaki Allah dalam semua aspek kehidupan.

KUNTONG berkata...

Sdra Amirhamzah, Leenoh dan Zaidi Ali;
Semoga kita semua dari golongan orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah swt.

eiza in the house.. berkata...

manusia yg sering lalai dan alpa..especially diri sendiri..tak yah tunding jari pd org lain..itu la sy..

ije berkata...

alhamdulillah. selalu bila ditimpa susah, ingat ada yg lebih susah.

n sebaliknya. =) kan acik?

KUNTONG berkata...

eiza in the house; itulah yg d katakan manusia (menuso)kelalin pada Allah bila senang, hanya ingat bila susah.....(trmasuklah PC Kuntong) he....he.....he...lo kok ngono.