Sungguh indah dataran gambut,Angin menyusur di pinggir desa, Alhamdulillah kita menyebut. Tanda bersyukur kepada yang Esa

Followers

Khamis, Februari 23, 2012

Pelik dan membingungkan.

menuding ke arah kesalahan orang lain.


Memang susah nak cari orang yang mahu mengaku kesalahan diri sendiri. Kebanyakan dari mereka
akan menyalahkan orang lain untuk menutup kesalahan diri sendiri. Inilah tabiat yang sering menlanda umat manusia. Satu lagi ialah ada juga jenis manusia yang berkeras mempertahankan pendiriannya, walaupun sudah nyata bahawa pendiriannya itu salah. Yang pelikknya mereka ini mudah dipengaruhi dengan kata-kata atau kenyataan-kenyataan yang didengar dari  orang-orang pujaan mereka. Menyalahkan orang lain, padahal diri sendiri pun tidak terurus dan dipenuhi dengan  sifat-sifat keji. Sungguh pelik melihat gelagatnya. Kalau orang lain atau seterunya membuat sesuatu perkara, semuanya salah dan dikeji, tetapi kalau dia membuat sesuatu perkara yang sama, walaupun kecil, itu sudah cukup untuk menjadikan dirinya bongkak. 

PELIK DAN MEMBINGUNGKAN.



Selasa, Februari 21, 2012

Saat-saat sukar.(petikan dari sebuah novel kehidupan)

(Petikan dari novel KEHIDUPAN)


Memang pedih dan sukar untuk melalui saat-saat begini. Bagiku inilah saat yang paling getir aku hadapi setelah lebih kurang hampir dua tahun aku mengenalinya.  Dan sepanjang tempoh itu, dia sentiasa dekat di hatiku walaupun ianya berada nun jauh entah di mana.

Dalam suasana begini hanya alunan lagu-lagu sentimental yang sering aku  mainkan  sebagai pengubat dan penghibur kepada kesedihan yang melanda. Senikata dan bait-bait dalam setiap lagu, benar-benar menyentuh jiwa dan perasaanku yang sememangnya sensitif dan sentimental. Setiap perkataan dalam bait-bait diiringi dengan nada suara dan alunan yang amat syahdu, seringkali menitiskan airmata. Entahlah kenapa, sememangnya aku tidak terdaya untuk menahan tetesan airmata yang mengalir perlahan dari kelopak mata ini.
......................................

(maaf..belum habis baca daa...sbb dah lama tak baca nobel).



Entah kenapa ?

Hanya untukmu: Tragedi 20.2.2012.



Oleh kerana badanku terasa penat yang teramat sangat, aku bertekad untuk berehat. Walaubagaimanapun hatiku menarik-narik untuk berfacebook. Lantas aku buka dan aku hanya memerhatikan saja laman laman muka facebook. Apa yang terdaya aku buat hanya "like" pada kawan-kawan mana yang dapat aku lakukan. Ruang chatku "on". Oleh kerana keletihan disiang hari tadi, aku macam tak terdaya untuk berchat dengan kawan-kawan, apa yang terdaya hanya meneliti wall-wall lamaku dilaman muka buku ini. Aku tidak sedikit pun  berniat untuk membuat monitering atau skodeng kepada wall rakan-rakan  . Akibat beratnya keadaan mataku, kadang-kadang mataku  terbuka dan kadangkala terlena dek keletihan. Kata orang bukan kita yang berfacebook tetapi facebook yang melihat kita tidur.
 Lantas tidak lama kemudain aku menerima satu ayat yang tidak terduga olehku."kenapa tak tegur"  Aku jawab dengan ayat  yang simple "saja-saja tengok". Bagiku ayat itu simple dan aku duga ianya tidak membawa seribu erti. Tanpa diduga ,rupanya ayat itu telah menimbulkan seribu tanggappan yang agak menyinggung perasaan seseorang. Aku jadi binggung, dan pelik. Entahlah ...aku langsung tidak berniat untuk membuat monitering dan penelitian . Apa hak aku untuk membuat perkara tersebut.




Kini, apa yang dapat aku buat ialah mendiamkan diri buat seketika, ambil MC untuk berfacebook. Semoga segalanya kembali tenang. Walaupun bagiku ianya amat berat untuk berbuat demikian.
Maafkan aku .




Isnin, Februari 20, 2012

Santapan mata.


Melangkah dan melayan perasaan sambil melihat-lihat bunga-bungaan disekeliling rumah.
Terdetik dalam hati, bahawa bunga-bunga yang indah dan berwarna-warni ini hanyalah sekadar santapan mata. yang mana bila sampai waktunya, bunga-bunga ini akan layu dan gugur. Begitu ciptaan yang Maha Agong. 
Hanya Dia yang kekal abadi.