Memaparkan catatan dengan label جا ڠن ڤندڠ اتس. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label جا ڠن ڤندڠ اتس. Papar semua catatan

Isnin, Mei 25, 2009

cerita ke 2 tentang batu Puteh.


:القيصه ترسبوة سبواه چريتا دري سلاتن تانهاير

        WARNA BATU INI PUTEH PADA MULANYA. PHOTOSHOT DARI TEPI JALAN.

Negara kehilangan pulau batu puteh. Negara jiran telah mengambilnya melalui proses mahkamah. Insa'Allah, satu hari nanti, ia akan menjadi milik kita semula.

Tentang cerita batu puteh, di Kampung Batu Puteh,  Batu Pahat Johor  lain pula jadinya: 

Menurut cerita-cerita orang yang mengetahuinya:
Pada awal kemunculannya, mungkin kala itu tahun 40an atau 50an, ramailah orang datang melihat batu putih yang muncul di kawasan kebun seorang petani. Kami merasa pelik, kerana kawasan kampung itu adalah tanah rata, iaitu tanah liat dan mungkin tidak mustahil kalau ada kawasan bukit bukau. Kemunculan batu putih yang warna asalnya putih dan berkilat itu menarik perhatian. Seorang hamba Allah dari Singapura yang tertarik dengan kecantikkan batu itu dan beliau terus mengambil batu itu balik ke Singapura untuk dijadikan perhiasan.

Setelah beberapa malam, beliau bermimpi didatangi oleh seorang tua yang berjubah putih dan mengarahkan beliau memulangkan batu itu ke tempat asalnya pada waktu tengah malam seorang diri. Jika tidak .......... mungkin nahas akan menimpa kepada dirinya atau familinya.

         SEBAHAGIAN DARI BATU YANG MUNCUL DARI DALAM TANAH

Keesokan harinya, beliau terus memulangkan batu itu ke tempat asalnya.
Anda akan dapat melihat ketulan-ketulan batu ini seandainya anda melalui jalan Simpang Lima - Pt. Sulong. Ia bersebelahan dengan menara tangki air milik SAJ. Anda juga akan dapat melihat ketulan yang lebih besar dan tinggi seandainya anda masuk ke kawasan itu.

Sekian dari apa yang saya dengar. Allahua'lam.
جا ڠن ڤندڠ اتس :6