Rabu, Mei 27, 2009

Tinggal kenangan:Bangunan lama SK. Penghulu Salleh


        Dahulu dibahagian hadapan inilah ditempatkan Tabika Kemas Mampan.

Kalau anda melalui jalan Pt. Sulong - Simpang Lima, anda akan melalui satu kawasan di mana sebuah bangunan kayu sebuah sekolah. Bangunan itu ialah bangunan lama SK. Penghulu Salleh, Mampan. Saya tidak tahu bila bangunan ini didirikan, tapi apa yang saya tahu semenjak saya dilahirkan, bangunan sekolah ini telah pun ada. Di sinilah saya dan banyak lagi mula-mula mengenal ABC. 

Diberitakan bahawa bangunan ini akan diroboh dalam masa dua atau tiga minggu lagi. Dan di tempat yang sama akan di luaskan untuk halaman sekolah. Sebagai ganti sebuah bangunan sedang dalam pembinaan di bahagian belakang sekolah tersebut.

Semasa zaman konfrantasi dengan Indonesia dahulu, di bangunan inilah tempat saya berkawal dan sebagai pos kawalan. 

               Bangunan lama SK. Penghulu Salleh, Mampan.

Pernah diceritakan oleh ibubapa murid-murid sekolah ini bahawa anak-anak mereka pernah melihat beberapa lembaga yang agak pelik di kawasan sekolah ini, tetapi cerita-cerita ini tidak dihebohkan, takut ini akan menjadi berita sensasi dan menggangu murid-murid.

Saya akan mengikuti perkembangannya.



AKAN MENJADI PHOTO SEJARAH DIMASA AKAN DATANG


16 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Sdr.Kuntong.
Cerita pasal konfrantasi Malaysia dengan Indonesia dulu, saya teringat pasal Sukarno mahu ganyang Malaysia, kalau tidak salah askarnya mendarat di Labis tapi semuanya dapat di tawan. Alhamdulillah akhirnya konfrantasi itu dapat didamaikan dengan segera.
Mungkin saudara Kuntong ada banyak kisah yang dapat dikongsi bersama.

KUNTONG berkata...

Sdr: Memang benar Sdr Leenoh, dulu saya pernah menyertai unit kawalan kampung semasa kempen "ganyang malaysia"oleh Sukarno. Ramai askar mendarat di Pontian , dan waktu itu banyaklah anak dara daerah Pontian yang berkenalan dengan askar-askar Malaysia dan akhirnya berkahwin.
itulah hikmahnya. Cerita di Labis pula, saya ada dengar, tapi kurang tahu tentang cerita-ceritanya.
Sekian.

neezareef berkata...

tu skolah tadika sy tu..skali dgn sekolah rendah tpt sy dan anak2 mampan batu puteh peserai dan lain2 menimba ilmu di awal usia...

izan berkata...

Assalamualaikum Pakcik Kuntong,

sedih kan bila tempat jadi kenangan kita akan dilupuskan....
tapi kerana pembangunan dan bukan hak kita ... semua tu kita kena terima.

kalau bab nampak perkara pelik ni... saya memang tak suka - lemah semangat. jangan kata live.... nonton di tv tu pun memang saya elakkan.

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Sedih mendengar bangunan itu akan dirobohkan. Kelihatannya masih elok dan baik lagi. Tentunya tuan akan menitiskan air mata kerana bangunan itu tempat tuan belajar semasa kanak-kanak lagi.

KUNTONG berkata...

Neezareef, izan, n Zedmagel :
memang sedih, sbb bangunan itu masih kukuh dn kayunya masih kuat, sys rasa kalau 20 atau 30 th lgi pun masih utuh. Tapi apa nak buat,pembangunan mengatasi segala2nya.Sesungguhnya bangunan itu banyak menyimpan seribu kenangan dan ianya amat bersejarah buat bekas pelajar-pelajarnya.

Dee berkata...

sayang apabila bangunan lama dirobohkan..kalo kt luar negeri mereka baiki strukturnyer dan kekalkan yg lama itu..yg lama kan bersejarah..emm..

KUNTONG berkata...

Dee: apa yg kita boleh buat ialah ambil gambar dn simpan untuk generasi akan datang. Semoga dgn gambar itu, generasi akan datang akan tahu serba sedikit tentang sejarah sekolah di kampungnya.

buah kelapa turkey berkata...

mungkin buat masa ini mereka tidak sedar bahawa sejarah adalah salah satu element yang penting untuk membina jatidiri sesaorang. Pembangunan negara yang pesat tidak akan bermakna sekiranya sebahagian besar dari wargnegaranya tidak pernah mengenal sejarah. Alquraan sendiri penuh dengan sirah atau sejarah nabi-nabi semenjak Nabi Allah Adam.Sejarah adalah sesuatu panduan bagi generasi akan datang.
merobohkan banguna adalah satu perkara yang menafikan sejarah.

amirhamzah64 berkata...

salam pakcik Kuntong.
1.terima kasih kerana pemberian buah kuini yang manis.
2.Elok la ganti yang baru sebab dah lama, mungkin wiring pun dah tak elok lagi.
3.Bro zedmagel tu terlalu emosional, nak runtuh bangunan lama ganti bangunan baru pun nak bersedih-sedih....hehehe sabo bro

Mak Su berkata...

sygnyer, gambar jer

ije berkata...

sayang sangat kalau bangunan lama gini akan dirobohkan.

sejarah tak boleh dicipta sekelip mata. kan

KUNTONG berkata...

buah kelapa turkey, amirhamzah64, Mak Su, dn ije :kerana kemajuan dan keselesaan murid, kita trpaksa akur, walaupun sayang dgn bangunan yg banyak sejarahnya. Mungkin ada hikamahnya, kita sendiri pun tidak tahu. Semoga Allah swt melindungi kita dari segala yg kita tidak ingini. Amin.

neezareef berkata...

skang bumbung dah dibukak...
x lama lg badan pulak la kan..

nape la diorg x kekalkan je bangunan tuh..alahaiii

KUNTONG berkata...

Neeza : betul tu Neza, saya rasa u pun nampak tika nak pergi kerja. mungkin dalam masa seminggu semuanya akan selesai.......hanya tinggal kenangan.

eiza in the house.. berkata...

wlpun tak penah sekolah dekat stu..tetapi penah masuk kedlm bangunan itu semasa ada pertandingan antara sekolah2..dan penah juga diceritakan seperti ape yg anak2 didik sek tu nampak kat bgnan tu..


cmne leh tak perasan bgnn tu nak dirobohkan..
padahal hr2 lalu..huhu..
mmg dasar rabun..