Sabtu, Ogos 29, 2009

HARI KEBANGSAAN 2009

31 Ogos 2009.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan . Disebalik kemeriahan menyambut Hari Kebangsaan, renungilah bagaimana mereka berjuang untuk mendapatkannya. Kita pula, sebagai pewaris bangsa, hendaklah memikirkan bagaimana hendak mengekalkannya dan seterusnya menambah nilai pada erti kemerdekaan itu sendiri.





Terima kasih:


To my friends : 我的所有朋友

1. I just want to say : Thank you.

2. Hanya ucapan :Terima kasih

3. أنا فقط أريد أن أقول : شكرا لك

4. Ich will nur sagen : Vielen Dank.



Jumaat, Ogos 28, 2009

Ujian Allah di bulan Ramadhan.

Hari ini aku sedikit terkedu dengan berita yang aku terima. Sesungguhnya ia boleh menjadikan diriku tak senang duduk, dan mungkin tidak dapat melelapkan mata. Hatiku amat gusar sekali, kerana ianya menjejaskan keadaan diriku untuk beberapa tahun yang akan datang.
Namun setelah difikir-fikirkan bahawa ini mungkin balasan dari Allah swt untuk segala dosa-dosaku dimasa-masa yang lalu atau dugaan dariNya untuk menduga keimananku yang tak seberapa kuat. Namun aku terima segalanya dengan hati yang tabah. Akan ku hadapi dengan tenang dan akan ku selesaikan dengan tabah.

Bukan niat aku untuk menyatakan apakah dia perkara yang membuatkan diriku jadi begitu, dan aku tidak akan memberitahu kepada sesiapa mengenaai perkara ini. Biarlah ianya berada di dalam benak otakku.Akan ku hadapi dengan tenang.
Apa yang ingin aku nyatakan di sini ialah bahawa kita sebagai hamba Allah yang diamanahkan hidup di dunia ini, sentiasa menerima ujian dari Allah. Dan ujian itu semuanya mempunyai hikmah yang kadangkala kita sendiri tidak mengetahuinya. Sesungguhnya Allah swt maha mengetahui segalanya.
Semoga Allah swt memberi kekuatan dalam menghadapinya dan untuk diriku, hadapi dengan tenang.

Rabu, Ogos 26, 2009

Hikmah dari ibadat puasa.

Esok puasa masuk hari ke enam. Sudah lima hari kita menjalani ibadat puasa. Dan sudah lima hari juga kita berbuka.
Menjelang jam 4.00 petang, para ibu sudah mula memikirkan apakah juadah untuk berbuka. Untuk juadah berbuka kita sering memikirkan apakah makanan yang sedap untuk dimakan. Kita jarang-jarang memikirkan apakah makanan yang kita nak makan. Mereka yang tiada masa untuk memasak, beli di Pasar Ramadhan. Makanan yang teringin , semuanya dibeli.

Dan akhirnya hikmah dari ibadat berpuasa sudah ditinggal jauh. Mungkin kita mampu untuk membeli makanan yang kita teringin nak makan, tetapi adakah kita juga harus mewujudkan satu situasi yang boleh membawa hilangnya atau luputnya hikmah dari ibadat berpuasa. Renung-renungkanlah.

Bloggers dan Bulan Puasa.


Illusi diriku
Nampaknya bulan puasa ni tidak menjejaskan para bloggers untuk menerbitkan entri masing-masing. Dalam kiraan saya hanya ada beberapa blogger sahaja yang sudah slow sedikit. Kemungkinan mereka ni keletihan di tempat kerja, lantas tidak sempat untuk menulis entri. Blogger politik tentunya banyak modal kerana buat masa ni pilihanraya pun baru habis.
(klik di imej)
Contohnya blog " Segalanya mungkin" tentu ada modal yang hendak di tulis. Blog yang tajuknya rojak, macam saya ni "Wahnuar" sebenarnya pun tidak ada modal. Tulis apa yang terlintas di hati. Blogger eiza "@ku ins@n bi@s@" pun nampaknya slow sedikit. Mungkin sibuk dengan persiapan untuk berbuka dan sibuk dengan menjemur tepung untuk persediaan membuat kuih. Blogger Rouslenz dari England "Distortions" macam biasalah. Puasa pun kerja berat. Meracun rumput di ladang sawitnya yang luasnya macam estate. Saya rasa baik dia upahkan. Kalau tidak nanti duit untuk urut badan akan melebihi duit upah meracun.
(klik di imej)


(klik di imej)
Blogger dari Philipina Mr Zedmagel " Taman dalam rumah" pula, kerja outstation. Tentu tidak sempat untuk memblog.
(klik di imej)

Sekian, cloteh Pak Kuntong yang dah tidak ada modal.

Isnin, Ogos 24, 2009

Lagu "WIDURI"


Widuri....................kukan menyayangi mu.
Maaf kawan-kawan, bila anda menatap blog ku, anda akan terhibur dengan lagu "Widuri".Lagu ini adalah lagu kegemaran ku sejak ianya di siarkan di udara lagi. Senikatanya amat menyentuh jiwa. Kekadang membuatkan aku terkenang-kenang kisah-kisah silam. Walau bagaimana pun ia hanyalah hiburan semata-mata. Disuatu senja...di musim yang lalu, waktu itu hujan rintis.....................
widuri...elok bagai rambulan........widuri.elok bagai lukisan......oh sayang.......widuri bukalah pintu hati.....untuk ku........widuri....ku akan menyanyangi........................Sekian lamanya engkau hidup seorang diri...ku ingin membalut luka hatimu.....widuri....
Pokok Widuri

Sabtu, Ogos 22, 2009

Bulan Puasa atau bulan pesta makanan.

Ibadat puasa baru satu hari. Ini bermakna ada tinggal 29 atau 28 hari lagi. Semasa aku kecil dulu, aku selalu menghitung hari-hari puasa untuk menyambut hari raya. Begitulah keadaannya semasa kecil dulu. Anda bagaimana, saya tidak tahu, tanyalah diri sendiri.
Aku masih ingat lagi, semasa siang hari dibulan puasa, tengok makanan bukan main sedapnya. Nampak buah jambu dipokok pun rasanya amat sedap. Sanggup panjat pokok itu dan ambil buah jambu itu dan simpan. Bukan itu sahaja, apa sahaja yang terlintas di mata yang berupa makanan atau buah-buahan kampung akan diambil dan disimpan. Akhirnya banyak buah-buahan kampung dalam stok, dengan harapan akan dimakan selepas berbuka nanti. Kadang-kadang nampak iklan ayer "coca-cola" didinding kedai pun terasa amat le sedapnya.
Begitulah keadaannya semasa kecil. Tetapi bila sudah berbuka puasa, semuanya tidak diusik, kerana perut sudah penuh, membuncit, hendak bangun pun tidak larat. Sekarang sudah tentu tidak seperti itu, sudah tua, fikiran pun dah berubah, sudah erti apa makna puasa dan hikmahnya.
Gerai menjual makanan tumbuh macam cendawan selepas hujan.

Sekarang ini, nampaknya bulan puasa sudah menjadi bulan "Pesta Makanan". Bermacam-macam jenis makanan yang dijual. Makanan yang tidak jumpa semasa bulan biasa, boleh jumpa di bulan puasa ini. Air minuman pula ada bermacam-macam. Bila waktu berbuka, hidangan penuh di atas meja. Akhirnya setelah siap berbuka, sebahagian besar dari makanan itu tidak diusik. Ini sudah tentu akan membazir. Dan akhirnya tujuan asal berpuasa sudah lari jauh.


ram25xl.jpg image by reezreezuan
Ayam percik amat popular di bulan puasa.

Kita sebagai bapa /ibu hendaklah memberi penerangan kepada anak-anak kita, apakah erti puasa yang sebenarnya. Semoga anak-anak kita dapat memahami erti dan hikmah puasa yang sebenarnya. Dan kita yang dewasa ini,jangan jadikan bulan puasa ini sebagai bulan "Pesta Makanan".
Semoga amalan Puasa kita di terima oleh Allah swt. Amin.



Khamis, Ogos 20, 2009

KAD UCAPAN UNTUK SEMUA FOLLOWERS "WAHNUAR"
SELAMAT BERPUASA.






Selamat Menyambut Ramadhan Dari Kami.

سموك رمضان تاهون اين لبه بايك دري تاهون لفس
anak beruk di atas padang, anak tupai di atas peti; biar buruk diriku dipandang,asal pandai mengambil hati.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Rabu, Ogos 19, 2009

Penawar - Cubalah, siapa tahu.

Setakat semalam kematian akibat selsema babi seperti yang dilaporkan sebanyak 67 orang. Diharapkan jumlah ini tidak akan bertambah. Semalam saya ada syorkan kita berdoa kepada Allah SWT agar diri kita serta famili kita dilindungi dari penyakit ini, itupun setelah kita menjaga segala langkah-langkah pencegahan.

Seperti biasa setiap malam Selasa, saya menghadiri aktiviti "wirid khaujakan" dimana kita semua bersembahyang hajat, berwirid dan membaca Surah Yassin, memohon doa agar negara kita dilindungi dan di lepaskan dari wabak yang merbahaya ini. Selain itu tok guru ada memberi tiga cadangan atau pun langkah untuk melindungi diri kita dari wabak ini.

Caranya ialah ambil segelas air kelapa muda dan kemudian ambil tiga biji buah kurma, disiatsiat dan dimasukkan ke dalam air kelapa muda tadi dan biarkan hingga satu jam. Setelah itu minum air kelapa tadi. (Sebelum minum baca selawat Nabi tiga kali dan berdoa). Insaallah kalau diizinkan Allah, kita akan terlindung dari wabak ini.
Sekian, terima kasih dan cubalah, siapa tahu mungkin itu jodoh bagi tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Pokok kurma
Sesama Islam jangan berkelahi,
Saf yang jarang mari rapatkan;
Doa dipanjat kepada Ilahi,
Hajat dipohon agar dimakbulkan.

Selasa, Ogos 18, 2009

Masih bahaya lagi.

Influenza A H1N1 (Selsema babi) masih mengganas:

Penyakit berjangkit yang popular masih lagi mengancam negara. Kewajipan kita mestilah berusaha untuk tidak terkena dari penyakit tersebut dengan menurut beberapa langkah yang dicadang oleh Kementerian Malaysia. Kita orang Islam, selain dari menjaga kebersihan bolehlah ditambah dengan doa kepada Allah SWT memohon agar dijauhi dari penyakit tersebut: Di bawah beberapa doa untuk maksud tersebut yang dipetik dari beberapa blog:

Gelombang ke-2 H1N1 Oktober (Petikan dari bharian online)

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin menghadapi gelombang kedua virus Influenza A (H1N1) pada Oktober, November dan Disember ini kerana musim tengkujuh dijangka mempercepatkan penularan wabak itu.

Ini doa nya, di baca tiga kali pada pagi dan petang:

بسم الله الرحمن الرحيم


تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِين

"Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, dan kami berlindung dengan Tuhan yang Memiliki alam gaib, dan kami bertawakal kepada Tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkan lah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha mengetahui sesungguh Engkau diatas setiap sesuatu amat berkuasa,"

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين

(dipetik dari ekhutbah)



Isnin, Ogos 17, 2009

Menjelang Ramadhan :


Apakah erti PUASA :

Kurang dari seminggu, umat Islam diseluruh dunia akan berpuasa. Kita di Malaysia pun berpuasa, tidak kiralah fahaman politik apa pun, kita semua berpuasa sebagai menunaikah salah satu dari rukun Islam.Definasi PUASA dari penulis laman-laman blog yang arief tentang agama Islam:
Berpuasa bermaksud " Menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari kerana Allah Taala. Begitu juga hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang ditentukan." Semoga amalan puasa kita sempurna dan diterima oleh Allah swt.
Allah berfirman bermaksud: “Hai orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

سلامت برفواس كفد سلوره اومت اسلام

Ahad, Ogos 16, 2009

Lembu oh lembu.


Lembu cucuk hidung: ( لمبو اوه لمبو )

Bila hari raya korban, ramai orang cari lembu untuk dijadikan korban. Menjelang hariraya, banyak daging lembu yang dijual di pasar-pasar dan di tepi-tepi jalan. Lembu pula banyak jenis-jenisnya. Hanya ahli yang membela lembu sahaja yang arif tentang jenis-jenis lembu.
ini gambar kerbau
Ramai orang menternak lembu, kerajaan pun menggalakkan kita membela lembu. Mereka yang membela lembu sampai beratus ekor atau beribu sudah boleh di panggil orang kaya. Makanan yang mashyur dari lembu pula ialah satey lembu, di mana-mana bandar ada orang jual satey dari daging lembu.
cow-face.jpg (200×150)

Orang Malaysia boleh makan daging lembu. Asalkan daging itu tidak mentah. Tapi yang hairan walaupun ramai orang makan daging lembu, tapi dia selalu kata ungkapan yang berbunyi " bodoh macam lembu". Ini bermakna dia makan benda bodoh. Kan pelik tu.......termasuklah diri saya.
Tetapi itu semua tidak penting, yang penting jangan jadi "lembu dicucuk hidung " sudahlah. Ini peribahasa Melayu, makna dan maksudnya tidak payahlah saya terangkan. Tuan-tuan dan puan-puan lebih maklum.

(Tahun 2009)
Kereta lembu sudah jarang-jarang digunakan.Sekarang ia sudah jadi daya tarikan pelancong
Kita bangsa melayu jangan jadi catatan sejarah di muzium yang menunjukkan satu bangsa yang PERNAH memerintah negara ini pada zaman dahulu.

1745226161_b40eff4170.jpg (500×500)

Muzium Negara

Sabtu, Ogos 15, 2009

Mengapa susah nak tidur ?

mengapa susah nak tidur

سوسه هندق تيدور سوسه هندق تيدور سوسه هندق تيدور سوسه هندق تيدورسوسه هندق تيدور سوسه هندق تيدور سوسه هندق تيدور سوسه هندق تيدور

mereka yang senang tidur boleh tidur di mana-mana sahaja.


Mengapa susah hendak tidur ?

Masaalah susah hendak tidur, walaupun kita sangat mengantuk dan setelah baring di tempat yang selesa. Dan masaalah senang tidur, walau di mana pun, mereka ini dapat tidur dengan nyenyak.
Pernahkah anda mengalami masaalah ini ? Mengapa agaknya dua masaalah ini sering ada pada diri kita.



Bacalah doa di atas, mudah-mudahan anda dapat tidur dengan lena.


Khamis, Ogos 13, 2009

BATU PAHAT


SELAMAT DATANG KE BATU PAHAT
BAGI MEREKA YANG SUDI HADIR

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan raksasa bagi melaungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa di Padang Merdeka Batu Pahat, dekat sini Jumaat ini.
"Batu Pahat dipilih kerana di situlah pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar pertama kali mengumpulkan orang Melayu untuk keluar beramai-ramai membawa sepanduk untuk menentang Malayan Union," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.



Boleh pekena asam pedas.



Boleh pekena nasi beryani Batu Pahat.

Pemandangan pada petang Jumaat 14.08.2009.

Isnin, Ogos 10, 2009

CUACA DAN MANUSIA.


CUACA DAN MANUSIA
天氣與人類
الطقس والبشرية

Akhir-akhir ini cuaca tidak menentu. Sekejap panas, kemudian hujan. Bila hujan tidak berhenti, terjadi pula banjir. Banjir pula, ada banjir kilat, ada banjir yang digelatr 'banjir termenung'. Bila cuaca panas, sampai dua atau tiga bulan, terjadi pula kemarau. Yang menjadi persoalannya ialah, kita manusia. Bila panas, kita kata PANASNYA.........dan bila hujan, kita kata pula kata ALAMAK HUJAN PULAK........
namun kita tidak sedar bahawa semuanya adalah rahmat Allah, dan setiap yang terjadi pula ada hikmahnya. Tidak semua manusia bersyukur dengan apa yang ada. Manusia mudah jemu dengan apa yang sedang dinikmati. Contohnya bila negara aman, ada pula yang nak buat kacau, nak buat demolah..eh macam-macam. Tengoklah kat negara lain...contohnya Iraq dan lain-lain.
kITA PATUT BERSYUKUR HIDUP DI NEGARA KITA YANG AMAN DAN DAMAI. JANGAN CUBA UNTUK MENGUBAHNYA. JANGAN CUBA UNTUK MENIMBULKAN SATU SUASANA YANG TIDAK MEMBOLEHKAN KITA TIDUR TAK LENA, MAKAN TAK KENYANG.
kita patut bersyukur kerana negara ini aman dan tenteram,dan kita wajib

mengekalkannya atau membuat lebih baik dari apa yang ada sekarang.

ينبغي لنا أن نشعر بالامتنان لأن البلاد آمنة وهادئة ، ويجب علينا أن نبذل أو أفضل مما هو عليه.الأبدية



وهنوار الممڤنيايس

Sabtu, Ogos 08, 2009

WASIAT UNTUK JENERASI MENDATANG.


UNTUK PENGETAHUAN RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA.
SILA FAHAMI DAN HAYATI
wasiat
SEMOGA DIBERKATI ALLAH

Khamis, Ogos 06, 2009

angin satu badan......


alahai apa nak di kato

angin bertiup
ribut melanda
selsema babi masih kuat
influenza A H1N1 masih mengganas
ada angin-angin
kini
selsema anjing pula
dah kedengaran
tunggu aja lah

yang suka bela dua jenis haiwan ni pun
sedang mengganas
minta yang bukan-bukan
ambil kesempatan
dari
kelemahan......perpecahan........perbalahan
sebahagian manusia -manusia
yang suka bela

siapa yang suka bela kucing (bukan anda tau)


ala-ala comot.....ala-ala cayang.......ala.......bucuk......
emmm.......hemmmmm.


Rabu, Ogos 05, 2009

KKerrr..kok..ketok...nngok...


Budak 3 tahun korban kedua H1N1 di Melaka

MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun disahkan mangsa kedua di Melaka yang meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) menjadikan kematian akibat wabak itu setakat ini sebanyak sembilan kes.

KKKkkerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

KokkkkkokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkKetokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Sejak akhir-akhir ini, banyak penyakit yang disebabkan oleh binatang. Dulu penyakit disebabkan oleh nyamuk, lalat dan sebagainya. Kedua-dua ni kecil dan halus, serta tidak dibela oleh manusia. Tetapi sekarang ni penyakit disebabkan oleh haiwan yang dibela dan di makan oleh manusia .



Mula-mula kita dengar selsema burung . Habis semua haiwan dari jenis ini ditangkap dan dihapuskan, seperti ayam, itik, burung dan lain-lain.

Kemudian sakit mulut yang melibatkan lembu, kerbau, dan lain-lain yang serupa. Habis lembu dan kerbau ditangkap, dibunuh untuk menggelakannya dari merebak.

"Anak-anaku, kau jangan bimbang, kita tidak akan dimusnahkan kerana penyakit kita.Tak macam nasib ayam dan lembu nak......."

Kini, penyakit yang dipanggil, Influenza A H1N1. Ini ada kaitan dengan binatang yang dipanggil Babi. Tapi hingga kini tidak ada pun operasi untuk menangkap babi-babi dan dimusnahkannya.
Kenapa agaknya....................................