Rabu, Ogos 19, 2009

Penawar - Cubalah, siapa tahu.

Setakat semalam kematian akibat selsema babi seperti yang dilaporkan sebanyak 67 orang. Diharapkan jumlah ini tidak akan bertambah. Semalam saya ada syorkan kita berdoa kepada Allah SWT agar diri kita serta famili kita dilindungi dari penyakit ini, itupun setelah kita menjaga segala langkah-langkah pencegahan.

Seperti biasa setiap malam Selasa, saya menghadiri aktiviti "wirid khaujakan" dimana kita semua bersembahyang hajat, berwirid dan membaca Surah Yassin, memohon doa agar negara kita dilindungi dan di lepaskan dari wabak yang merbahaya ini. Selain itu tok guru ada memberi tiga cadangan atau pun langkah untuk melindungi diri kita dari wabak ini.

Caranya ialah ambil segelas air kelapa muda dan kemudian ambil tiga biji buah kurma, disiatsiat dan dimasukkan ke dalam air kelapa muda tadi dan biarkan hingga satu jam. Setelah itu minum air kelapa tadi. (Sebelum minum baca selawat Nabi tiga kali dan berdoa). Insaallah kalau diizinkan Allah, kita akan terlindung dari wabak ini.
Sekian, terima kasih dan cubalah, siapa tahu mungkin itu jodoh bagi tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Pokok kurma
Sesama Islam jangan berkelahi,
Saf yang jarang mari rapatkan;
Doa dipanjat kepada Ilahi,
Hajat dipohon agar dimakbulkan.

7 ulasan:

eiza in the house.. berkata...

Salam PK,
dlm berita harian hari ada seorang pesara guru dr utara..dpt menghasilkan penawar bg influenza N1h1 nie..dan telah berhasil kajian beliau itu..

baca lanjut disini
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20090819085828/Article/index_html

Dee berkata...

insyaallah..bagusnya tips ni pak kuntong..

TuYa berkata...

salam Pk..
Tuya akan cuba petua tu..
Tuya mmg dah x larat demam2 ni..makin melarat2 x de tanda nak elok..

terima kasih pK..

Leenoh berkata...

Salam Kuntong.

Kelapa muda pokoknya tinggi.
Sebahagiannya terletak di atas bumi.
Airnya menjadi penawar diri.
Cubalah minum kalau sudi.
Demam campak cabut lari.
Demam lain tak kupasti.

Cik Skaf berkata...

salam en.kuntong. Thanx for the tips. InsyaAllah akan dicuba. *dah semakin ramai mangsa H1N1. Mmg buat kita rasa tak tenang, sesapa sahaja boleh dijangkiti..

Maiyah berkata...

salam.. saya mmg suka minum kelapa muda, nak gi beli jauh lah lak.. tapi kurma dah ada stok kat umah hehe

zedmagel berkata...

Salam Semua,

Banyak yang kata begitu cuba le, atau aple hijau dan bawang putih, banyakkan makan benda tersebut elakan H1N1...boleh cuba.