Jumaat, Ogos 28, 2009

Ujian Allah di bulan Ramadhan.

Hari ini aku sedikit terkedu dengan berita yang aku terima. Sesungguhnya ia boleh menjadikan diriku tak senang duduk, dan mungkin tidak dapat melelapkan mata. Hatiku amat gusar sekali, kerana ianya menjejaskan keadaan diriku untuk beberapa tahun yang akan datang.
Namun setelah difikir-fikirkan bahawa ini mungkin balasan dari Allah swt untuk segala dosa-dosaku dimasa-masa yang lalu atau dugaan dariNya untuk menduga keimananku yang tak seberapa kuat. Namun aku terima segalanya dengan hati yang tabah. Akan ku hadapi dengan tenang dan akan ku selesaikan dengan tabah.

Bukan niat aku untuk menyatakan apakah dia perkara yang membuatkan diriku jadi begitu, dan aku tidak akan memberitahu kepada sesiapa mengenaai perkara ini. Biarlah ianya berada di dalam benak otakku.Akan ku hadapi dengan tenang.
Apa yang ingin aku nyatakan di sini ialah bahawa kita sebagai hamba Allah yang diamanahkan hidup di dunia ini, sentiasa menerima ujian dari Allah. Dan ujian itu semuanya mempunyai hikmah yang kadangkala kita sendiri tidak mengetahuinya. Sesungguhnya Allah swt maha mengetahui segalanya.
Semoga Allah swt memberi kekuatan dalam menghadapinya dan untuk diriku, hadapi dengan tenang.

10 ulasan:

maiyah berkata...

salam.. Insyaallah.. pasti akan dapat menghrunginya

KUNTONG berkata...

Waalaikumsalam: mudah-mudahan Maiyah dapat ku harungi dengan tenang...sesungguhnya ada orang yang lebih susah dari ini.

Fia Batrisya berkata...

salam en.kuntong..

fia doakan supaya en.kuntong tabah menghadapi dugaan ALLAH...

walau ape pun...

jaga diri baik-baik.. :)

mungkin fia x tau ape yang menimpa en. kuntong..n fia x rase..

tapi moga en . kuntong menerima dgn hati yg redha...d0a+usaha+ihlas+tawakal..

InsYa

amirhamzah64 berkata...

salam pakcik,

Susah dan senang juga adalah ujian.

Leenoh berkata...

Assalamualaikum Sdrku Kuntong.

Sedih ceritanya walaupun kisahnya secara umum. apakah gerangannya tidak dapat diteka.tetapi gerangan itu seelok-eloknya hendaklah dikongsikan dengan orang yang terdekat, insya Allah akan meredakan sedikit kesan ujian itu.

zedmagel berkata...

Salam Saudaraku Kuntong,

Seperti satu ujian yang maha payah yang tuan hadapi. Tapi saya percaya diusia tuan perkara ni lebih kecil dari yang pernah saudara alami dahulu.

Apakah dugaan itu, harap dapat menyelesaikannya.

farahfatihah berkata...

hadapilah dengan redha..
sesungguhnya Allah hanya beri ujian pada hamba Nya yang mampu menghadapi/mengatasinya

Cik Skaf berkata...

Salam en. kuntong,

harap tabah dan penuh sabar hadapi dugaan tersebut.

zino berkata...

selamat berpuasa..

KUNTONG berkata...

Kepada kengkawan semua:

Terima kasih kepada semua yang sudi memberi kata perangsang dan nasihat. Kini saya ok.