Rabu, April 29, 2009

Award dari "sederhana itu indah.

Award dari "sederhana itu indah"

Terima kasih : Mandarin (谢谢) German : ( Vielen Dank )



Funfair Tahun 70an.


Rock group tahun 1970.

The only entertainment for the people of rural area in the year 70's was KUGIRAN.
One of the famous group at that time was a band called "De Distortion" .
kugiran means "kumpulan gitar rancak".


Selasa, April 28, 2009

bunga rose harum mewangi

Bunga ros:Ist Symbol der Liebe gestiegen
( 爱的玫瑰符号 )
:Red Roses
Roses are the most popular flowers in the world and have probably always been the most popular flowers.Roses have been symbols of love, beauty, war and politics from beginning of time.
(玫瑰是最流行在世界上的花和始终也许是最流行的 flowers.Roses 是爱,美丽,来自时间的起点的战争和政治的符号。)
Bunga ros harum mewangi, disunting sang kumbang setiap hari.
Bila dipandang, menyenangkan hati, tetapi, berhati-hati bila dicium bunga itu, takut tangan terkena duri.
Bunga ros, lambang cinta dan wanita, untuk memetik bunga ros, kita mestilah berhati-hati agar tangan tidak terluka dek duri pada dahannya.
Begitu juga untuk memikat hati wanita, kita perlu berhati-hati dan menggunakan cara-cara yang lembut dan berdeplomasi.Gunakan saikologi,penampilan mesti sederhana,jangan terlalu grand dan terlalu selekeh, yang boleh membawa pandangan yang memalukan pada umum, dan jangan terlalu ego.Itu penting.
Ini hanya pandangan saya, dari pengalaman yang saya lihat di kaca tv.
Wassalam.
如何与女人交涉:
Frau ist wie Rosen, wie sie zu packen :


玫瑰:
Pix and fw.

"ngeteh time"


 lontong time:
thanks to "rouslenz" kerana belanja lontong. I buat order, you yang bayar.
its fair enough kan. Kah....kah... Thanks a lot. 




Isnin, April 27, 2009

"the 'darkening sky' ....our raw material."


Mendung si mega mendung.

Bos...... don't worry,  we have alot of raw materials up there, we don't have to order. No transportation is needed.

 

Ahad, April 26, 2009

Due to the global economic crisis...........


The story of "rokok gulung dewek" or "longway".

Krisis ekonomi melanda dunia, we have to "downgrade" / "turunkan taraf" our ssssmmmo-- - g  ...................habit.

Pix by wahnuar +lenz.



Sabtu, April 25, 2009

Berehat sekejap


 Ok Kawan-kawan cerita hantu "berehat sebentar" ya...jumpa lagi.


Beberapa siri entri saya dalam minggu lepas adalah mengenaai cerita-cerita misteri atau cerita hantu, atau saya labelkan sebagai siri "jangan pandang atas" . Oleh kerana hendak melupakan atau hendak menghilangkan  fobia saya dan rakan-rakan semua, maka saya akan rehatkan sebentar siri ini. 

Siri ini akan muncul lagi apabila saya sudah cukup bahan.

pix by Rouslenz.(Thanks a lot.I do hope we 'ngeteh' together one day.)

Jumaat, April 24, 2009

Kalau jadi orang penakut.


Peristewa balik dari mengaji quraan.

                                                      Hantu atau orang

Ketika berumur lebih kurang lapan tahun (Tahun 1955), saya telah pun dihantar oleh ibu saya untuk mengaji quraan di sebuah rumah di kampung. Rumah itu agak jauh, lebih kurang satu batu dari rumah saya. Kedudukan rumah dahulu tidaklah seperti sekarang, jarak diantara satu rumah dengan rumah lain amat jauh, lebih kurang 1oo meter. Keadaan kampung pun sunyi sepi dan gelap gelita.

Seperti biasa, habis mengaji lebih kurang jam 10.00 malam. Untuk jadi panduan jalan yang gelap, kita kena bawa obor yang dibuat dari daun kelapa yang kering. Kawan-kawan lain pun bawa obor juga untuk menerangkan jalan yang merupakan jalan kampung  yang dipenuhi dengan pokok hutan yang tinggi dan rendang.

Sesampai di satu kawasan yang tidak ada rumah, kawan saya ternampak satu lembaga putih, lembaga itu bergoyang-goyang. Setelah kami semua diberitau tentang lembaga itu, dengan serentak kami semua memekik hannnnntuuuuu ! ! !, dan kami pun dengan sepontan berlari lintang pukang, dan ada diantara kawan kami yang terlucut kain ketika lari akibat terlalu takut. Parit kampung yang sedia ada di tepi jalan,  kami lompat sekuat hati. Sesampai di halaman rumah kawan saya, kami pun memekik sekuat hati.

Mendengarkan kami semua memekik dengan kuat, tuan rumah keluar dengan segera dan bertanyakan kepada kami. Kami tidak dapat memberi jawapan yang jelas, kerana kami semua tergagap-gagap untuk menyatakan perkara yang sebenar.

Setelah reda dan kami diberi minum air, barulah kami dapat memberi jawapan dengan jelas.Dan barulah kami sedar bahawa seluar kami semuanya basah, bukan kerana hujan, tetapi basah kerana terkencing, akibat terlalu takut. Sejak dari malam itu, kami semua jadi fobia bila melintasi kawasan itu. Langkah kami jadi cepat dan kami berjalan rapat-rapat kerana terlalu takut.

Keesokan harinya, kami jadi pelik dan hairan apabila melihat keadaan parit yang luas itu kami dapat melompat ke seberang dengan mudah. Padahal diwaktu biasa, agak mustahil untuk kami dapat melompat melintasi parit  yang luas dan dalam.

Keesokan harinya, ada pula orang bercerita mengatakan di kawasan itu memang "keras" dan ada satu cerita lain bahawa di kampung sebelah ( Kawasan Parit Sidek) terdengar pula bahawa ada orang ternampak kerenda terbang di kawasan perkuburan kampung itu.

Cerita-cerita begini memang selalu di dengar pada zaman dahulu. Dan ianya amat menakutkan kami kanak-kanak di waktu itu.

   
                                      Keranda Terbang                                               ( Pix by rouslenz)





Khamis, April 23, 2009

MALAM JUMAAT KELIWON

MALAM JUMAAT KELIWON:
Hantu Jepun ?
Jumaat Keliwon:

Kita orang Islam menganggap hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Ia adalah hari yang paling istemewa untuk membuat perkara-perkara yang baik untuk diri sendiri atau pun untuk masyarakat. Salah satu darinya ialah membuat bacaan tahlil atau membaca surah Yassin untuk disedekahkan atau dihadiahkan kepada arwah-arwah orang telah meninggal dunia.

Dalam masyarakat Jawa, dalam banyak-banyak hari Jumaat, ada satu hari yang dipanggil Jumaat Keliwon. Bagi masyarakat Jawa, hari Jumaat Keliwon adalah penghulu segala hari Jumaat. Dan ianya sangat baik untuk membuat sesuatu perkara, seperti beramal, atau untuk menuntut ilmu dunia atau ilmu akhirat.

Istimewanya hari Jumaat Keliwon:

1. Kalau hujan turun pada malam Jumaat Keliwon, air hujan itu ditadah dalam mangkok di halaman rumah  dan air itu elok untuk dijadikan "air penerang hati".
2. Kalau ada orang yang meninggal pada hari ini, kuburnya terpaksa dijaga siang dan malam hingga 40 hari, kerana takut digali semula oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk diambil kain kapan, lidah, dsbnya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT, seperti merompak, sihir, dan lain-lain. (Perkara khurafat).
3. Elok untuk memulakan amalan-amalan seperti wirid dan zikir, atau membuat sembahyang hajat.
4.   Diperkatakan juga pada malam Jumaat Keliwon  orang yang mengamalkan ilmu sesat ini menjalani kelas praktikum ilmunya buat pertama kalinya. Sekiranya gagal, dia akan menunggu sehingga berjumpa lagi malam Jumaat Keliwon. Mereka gagal kerana diganggu oleh hantu-hantu topeng, hantu kelambu dan lain-lain yang saya pun tidak berapa tahu.Dan sekiranya mereka melepasi ujian itu, pada akhirnya mereka akan diuji dengan hantu yang berupa perempuan yang sangat cantik, di sinilah kadangkala pengamal akan gagal dalam ujian ini. (macam cerita Pendekar Bujang Lapok).

Ini hanyalah sebahagian dari keistemewaan hari Jumaat Keliwon. Apa yang kita tahu, sekarang ini ada cerita "Keliwon" di TV. Dan ada juga nama orang dengan nama ini.

Tetapi apa yang saya ingat semasa saya kecil-kecil dulu, orang tua-tua ada menyebut bahawa pada malam Jumaat ini ada siaran lagu permintaan yang di panggil "Permintaan Kaum Ibu".
Saya harap pembaca faham maksudnya. Dan saya masih belum faham hingga sekarang.
Entahlah ya........agaknya kot...

Sekian untuk kali ini. 


HANTU TOPENG   ?

HANTU KELAMBU....?


HANTU BELANGKAS......?


Gambar-gambar di atas hanya khayalan penulis saja. Jangan percaya sangat, cuma hendak tanya kepada rakan-rakan kalau ada info yang lebih baik.

Terima kasih.





















Rabu, April 22, 2009

Berdialog dengan entiti.


Berdialog dengan ..............

Dahulu ada orang kampung berkata, di satu kawasan dalam kebun saya dikatakan "keras" maksudnya ada makhluk halus yang menduduki kawasan itu. Bila mendengar cerita-cerita itu, terdetik juga hati ini, diantara percaya atau tidak. 

Meremang juga bulu tengkok bila saya menebas atau meracun di kawasan itu. Tekadkan hati dan buat-buat berani, ketika saya sampai di kawasan tersebut, sebelum meracun atau menebas, saya beri amaran di tempat yang saya hendak kerjakan itu dengan berkata,

"AKU TUAN TANAH DIMANA KAU DUDUK, AKU HENDAK BERSIHKAN KAWASAN INI, BAIK KAU BAWA ANAK BINI KAU BERPINDAH KE KAWASAN LAIN, NANTI KALAU TERJADI APA-APA KEPADA ANAK BINI KAU, JANGAN SALAHKAN AKU, AKU BERI MASA SATU JAM DARI SEKARANG."

Itulah diantara dialog yang saya ucapkan. Setelah lebih satu jam, saya pun mulalah membersihkan kawasan itu dengan perasaan berani dan takut.

Pada sebelah malamnya, saya bermimpi. Dalam mimpi itu mereka merayu, supaya jangan kacau anak bini dia.
















Seram juga bulu tengkok, bila sampai di kawasan misteri.
Buat-buat berani.




Mula kan tugas, antara dua perasaan berani dan takut.












Beri warning kepada................
( Of course in English..they're 
educated).




Mesti mau berani beb!







Pada sebelah malamnya saya pula
bermimpi menerima rayuan dari pihak mereka.














 











Hantu malam




Begitulah kisahnya.

 @ pix by distortion (with permission)


























Isnin, April 20, 2009

bila kilat sabung menyabung


Teman seiring.


di kala malam
bila kilat sabung menyabung
memecah kesunyian malam
seakan terhenti degupan jantung
dentuman guruh 
mengiringi
seakan teman sejati.


illustrasi pix, less words.

Ahad, April 19, 2009

Pertemuan.


Pertemuan Rouslenz dan Kuntong.










                                                                                                                                

Terima kasih diucapkan kepada blogger  "distortion" iaitu Saudara "Rouslenz" kerana sudi berkunjung ke rumah saya pada pagi Ahad,19.04.2009.

Kita telah berbual mengenai blog, dan saya dapati beliau memang mahir dalam teknik membina blog dan membuat illustrasi dari photo. Kalau ada waktu, saya ingin belajar darinya, itupun kalau Saudara Rouslenz sudi mencurahkan ilmunya.
Terima kasih, jumpa lagi.

Beraksi di bawah pohon "At Tin"











                                hasil seni rouslenz

Selasa, April 14, 2009

Routin di malam Selasa






GAMBAR HIASAN 

Salam kepada rakan-rakan,

Rasanya dah beberapa hari saya tidak membuat apa-apa entri di blog saya, iaitu semenjak 8 haribulan April. Dan dalam beberapa hari tu, saya hanya melayari blog kawan-kawan yang sememangnya menjadi rotin saya setiap malam apabila selesai solat Isyak di masjid berhampiran. Itupun kalau tidak ada sesiapa datang ke rumah meminta apa-apa tandatangan dan sokongan. Hendak tak hendak, mereka yang datang mesti dilayan, kalau tidak, nanti mulalah kedengaran suara-suara sumbang yang tidak menyenangkan hati. Walau bagaimana pun semenjak dulu lagi, memang belum ada suara-suara seperti itu yang kedengaran.

Kekadang, adakalanya saya sudah mula nak pejamkan mata, ada  orang datang dengan masaalah, apa boleh buat, tetamu mesti dilayan, masaalah mesti diselesaikan walaupun mata sudah mengantuk. Dan yang paling saya tersenyum ialah ada kalanya orang kampung datang ke rumah pada jam 5.30 pagi, waktu itu saya baru bangun tidur, mohon menurunkan tandatangan di borang tertentu untuk anak-anaknya yang bersekolah, alasannya borang itu baru diberi oleh anaknya dan hari itu juga mesti diserahkan kepada pihak sekolah.

Kita terpaksalah mengukir senyuman, walaupun rasanya pahit, kerana rasa pahit itu kekadang ubat yang mujarab. 

Malam ini pula , sebagai rotin, saya pergi ke sebuah masjid di mukim sebelah untuk menghadirkan diri dalam satu majlis yang dinamakan "Wirid Khaujakan ". Mungkin anda belum dengar tentang wirid khaujakan. Dalam majlis itu diadakan sembahyang hajat, membaca surah Yassin dan berzikir, memohon doa untuk kebahagian kita di dunia dan di akhirat.


MASJID PUTERAJAYA

Sekian, saya terpaksa pergi kerana masa dah menunjukkan jam 9.34 malam. 

Wassallam.

Rabu, April 08, 2009

Hari cuti bagi Negeri Johor.




                              BENDERA NEGERI JOHOR DARULTA'ZIM                                         

DYMM SULTAN JOHOR

Salam:

Hari ini RABU 08.04.2009 adalah hari cuti bagi rakyat Johor, kerana Hari Keputeraan DYMM Baginda Sultan Johor.

Pagi-pagi lagi saya dah bersedia dengan baju kurung Melayu potongan telok belanga berwarna hitam, berdagang luar, bersongkok baldu hitam, stokin dan bersepatu kulit hitam. Itulah syarat-syarat yang dikehendaki bila hadir ke majlis diraja. Majlis berlangsung Di Dewan Jubilee Intan.

Majlis yang dihadiri ialah majlis doa kesyukuran dan ikrar taat setia sempena sambutan perayaan ulangtahun keputeraan Sultan Johor.

Esok pula, Khamis, 09.04.2009 di kehendaki hadhir ke Majlis Jamuan Teh di Perkarangan Istana Besar, Johor Baharu. Pakaian pula ialah Baju Batik berlengan panjang, bersetokin dan bersepatu. 


Semoga Allah memberkati Sultan Johor dan rakyatnya.





KUNTONG 8.4.2009.




Isnin, April 06, 2009

Penghijrahan cinta




  Penghijrahan cinta

    Hanya untuk=  ooms//: orangmuda.cintacom.my/


Orang pernah bertanya, dari mana datangnya cinta. 
Konteks cinta adalah luas, dan dari pelbagai sudut. 
Ada orang berpandangan cinta hanya diantara dua insan yang berlainan
gender, itu ialah dari sudut orang muda. Cinta amat luas. 
Contohnya,cinta pada dirisendiri, cinta pada kedua ibubapa, keluarga, cinta pada tugas,cinta pada hobby, kewajipan, bangsa, negara dan yang terakhir adalah cinta kita pada Maha Pencipta. 

Dalam illustrasi di atas, adalah cinta pandang pertama diantara dua remaja yang sedang memburu cinta :
i.
dari mana datangnya cinta
dari mata turun ke hati
mata bertentang mata
lantas senyum terukir
ii.
dalam hati seribu bahasa
tapi lidah  kelu untuk berkata
hanya sms pengikat kata
iii
seterusnya janji dipadu 
persetujuan dimetri
cincin dijari sebagai tanda
iv
masa berlalu...rindu menerpa
rasa cemburu cuba mengoda
merajuk dan dipujuk
silih berganti
sebelum kata kata janji dimetri
v
begitulah godaan 
pasti dihadapi
untuk menguji cinta sejati.
  

Sebagai santai minda.


  kuntong 6.4.2009


Ahad, April 05, 2009

Malam yang sepi



Malam yang sepi

kini...
suasana senyap sepi
deruan angin sudah tiada
di luar sana...hanya
lampu neon
menyinari suasana
tetapi sinarnya seakan tak bermaya.

penghuni desaku
mereka sudah lama lena
mungkin dibuai mimpi
mimpi indah
mimpi yang tak akan
menjadi nyata.

bagi mereka yang menyedari
betapa kerdilnya diri ini
penuh noda dan dosa
tidak terperi untuk ditanggung lagi
bangkit sujud taubat dan tahajud
menghadap dan mohon restu
agar diri sesuci bayi
semoga esok
keinsafan akan terbit
bersama mentari pagi
semoga sinarnya terus terang mengiringi
semoga petang esok
senja tidak merah lagi.



( Pukul 1.30 minit malam 05.04.2009, oleh kerana sudah ketandusan idea untuk membuat entri, hanya sajak ini yang dapat dinukilkan sebagai ganti . Diharap dapat diterima. Tk.)

Kuntong 05.04.2009