Hantu atau orang
Ketika berumur lebih kurang lapan tahun (Tahun 1955), saya telah pun dihantar oleh ibu saya untuk mengaji quraan di sebuah rumah di kampung. Rumah itu agak jauh, lebih kurang satu batu dari rumah saya. Kedudukan rumah dahulu tidaklah seperti sekarang, jarak diantara satu rumah dengan rumah lain amat jauh, lebih kurang 1oo meter. Keadaan kampung pun sunyi sepi dan gelap gelita.
Seperti biasa, habis mengaji lebih kurang jam 10.00 malam. Untuk jadi panduan jalan yang gelap, kita kena bawa obor yang dibuat dari daun kelapa yang kering. Kawan-kawan lain pun bawa obor juga untuk menerangkan jalan yang merupakan jalan kampung yang dipenuhi dengan pokok hutan yang tinggi dan rendang.
Sesampai di satu kawasan yang tidak ada rumah, kawan saya ternampak satu lembaga putih, lembaga itu bergoyang-goyang. Setelah kami semua diberitau tentang lembaga itu, dengan serentak kami semua memekik hannnnntuuuuu ! ! !, dan kami pun dengan sepontan berlari lintang pukang, dan ada diantara kawan kami yang terlucut kain ketika lari akibat terlalu takut. Parit kampung yang sedia ada di tepi jalan, kami lompat sekuat hati. Sesampai di halaman rumah kawan saya, kami pun memekik sekuat hati.
Mendengarkan kami semua memekik dengan kuat, tuan rumah keluar dengan segera dan bertanyakan kepada kami. Kami tidak dapat memberi jawapan yang jelas, kerana kami semua tergagap-gagap untuk menyatakan perkara yang sebenar.
Setelah reda dan kami diberi minum air, barulah kami dapat memberi jawapan dengan jelas.Dan barulah kami sedar bahawa seluar kami semuanya basah, bukan kerana hujan, tetapi basah kerana terkencing, akibat terlalu takut. Sejak dari malam itu, kami semua jadi fobia bila melintasi kawasan itu. Langkah kami jadi cepat dan kami berjalan rapat-rapat kerana terlalu takut.
Keesokan harinya, kami jadi pelik dan hairan apabila melihat keadaan parit yang luas itu kami dapat melompat ke seberang dengan mudah. Padahal diwaktu biasa, agak mustahil untuk kami dapat melompat melintasi parit yang luas dan dalam.
Keesokan harinya, ada pula orang bercerita mengatakan di kawasan itu memang "keras" dan ada satu cerita lain bahawa di kampung sebelah ( Kawasan Parit Sidek) terdengar pula bahawa ada orang ternampak kerenda terbang di kawasan perkuburan kampung itu.
Cerita-cerita begini memang selalu di dengar pada zaman dahulu. Dan ianya amat menakutkan kami kanak-kanak di waktu itu.
Keranda Terbang ( Pix by rouslenz)
10 ulasan:
adakah nie blog hantu >> hahaha.banyak post citer pasal antu..jgn marah ye..
kalau dah takut sgt memang tak sedar..
yg ade dlm otak lari je..
hahaha..
mesti time melompat tu bakat melompat jauh pun terserlah la..hikhik..
sy adalah penakut..
tp kita tkut kegelapan rsnya...
hantu syaitan ni kalau orang nak gi buat maksiat tak mahu pula disakatnya. Orang gi ngaji, gi masjid, gi ziarah mayat, gi buat pahala pula diusik. MMg dasar setan!
you've skills in editing pictures...! i'm looking foward to see your illustrations soon...hehe
rouslenz: memang tak tau, just trail n error. I need to attend full hour class.X boleh monteng-monteng,kalau nak better.
Salam.
Semakin menarik dan canggih,cerita lama memang hebat, tentu banyak lagi ceritanya.
i've just posted a new one for you which it could be elobrated better in words...
Tema kasih, bru aja jengok kat blog. Kah.... I nak fikirkan apa ceta yg boleh dipadankan.Baru balik dri jemputan di Muar.
Salam.Kalau dah trlalu takut macam2 boleh jadi.Kadang2 kite akan jadi brani tahap mlampau
Catat Ulasan