Memaparkan catatan dengan label Santai minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai minda. Papar semua catatan

Isnin, April 06, 2009

Penghijrahan cinta




  Penghijrahan cinta

    Hanya untuk=  ooms//: orangmuda.cintacom.my/


Orang pernah bertanya, dari mana datangnya cinta. 
Konteks cinta adalah luas, dan dari pelbagai sudut. 
Ada orang berpandangan cinta hanya diantara dua insan yang berlainan
gender, itu ialah dari sudut orang muda. Cinta amat luas. 
Contohnya,cinta pada dirisendiri, cinta pada kedua ibubapa, keluarga, cinta pada tugas,cinta pada hobby, kewajipan, bangsa, negara dan yang terakhir adalah cinta kita pada Maha Pencipta. 

Dalam illustrasi di atas, adalah cinta pandang pertama diantara dua remaja yang sedang memburu cinta :
i.
dari mana datangnya cinta
dari mata turun ke hati
mata bertentang mata
lantas senyum terukir
ii.
dalam hati seribu bahasa
tapi lidah  kelu untuk berkata
hanya sms pengikat kata
iii
seterusnya janji dipadu 
persetujuan dimetri
cincin dijari sebagai tanda
iv
masa berlalu...rindu menerpa
rasa cemburu cuba mengoda
merajuk dan dipujuk
silih berganti
sebelum kata kata janji dimetri
v
begitulah godaan 
pasti dihadapi
untuk menguji cinta sejati.
  

Sebagai santai minda.


  kuntong 6.4.2009


Isnin, Februari 02, 2009

Jawapan kepada santai minda.



INI BUKAN DALAM BAS TAPI DALAM PESAWAT AIRBUS


JAWAPAN KEPADA SANTAI MINDA



Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita, setelah tiga hari menghilangkan diri untuk sementara.

Pagi ini saya akan memberi jawapan kepada soalan yang saya kemukakan pada entri yang lepas.Diharap kepada kawan-kawan, janganlah salah anggap, ini hanyalah sebagai salah satu cara untuk kita menceriakan minda kita yang terlalu banyak memikirkan hal-hal kehidupan.



TERMINAL BAS EKSPRESS BATU PAHAT



Selagi kita bernafas, selagi itulah kita hidup. Bila kita dikatakan HIDUP,hendak atau tidak kita kenalah menjalani kehidupan kita di dunia ini. Itu memang tanggungjawab kita bila kita dilahirkan di dunia ini. Nasib baik dan bersyukur kita, kerana kita dilahirkan dari ibubapa kita yang beragama Islam, dan nasib baik lagi, dan bersyukur juga kerana kita dilahirkan di bumi Malaysia ini. Andai kata kita dilahirkan di bumi yang sedang bergolak sekarang, atau kita dilahirkan dari golongan ibubapa yang bukan beragama Islam ?

Dalam entri yang lepas, saya ada mengemukakan satu soalan :

APAKAH PERKARA YANG PALING UTAMA ANDA LAKUKAN SEBELUM ANDA TURUN DARI BAS.

Setelah saya semak, jawapan kepada soalan itu di dalam ruangan komen, saya dapati semuanya betul, tetapi jawapan yang paling betul dan tepat ialah jawapan dari Saudari GOASOP. Iaitu "sebelum kita turun dari bas, kita kenalah naik bas dulu, itu yang utama." Tahniah !!!Goasop, maaf ya, tak ada hadiah lah.

Bila kita naik bas, baru kita boleh turun dari bas, dan sebelum kita naik bas, kita tidak akan dapat melakukan perkara-perkara seperti memicit loceng, kita tak kisah di mana kita nak turun, kerana kita tidak berada di dalam keadaan atau situasi sebegitu.

Bila berada di dalam bas, diibaratkan seperti kita berada di dalam situasi yang berbeza dari orang di luar bas. Berada di dalam bas diumpamakan kita sedang berada di dalam satu kelompok atau masyarakat yang beraneka rupa dan beraneka ragam. Disinilah kita dapat memerhati dan menilai secara sepintas lalu keadaan setiap individu yang berada di dalam bas itu. Dan dari setiap tingkah laku mereka yang berada di dalam bas,sudah tentu kita akan menilai diantara yang baik dan yang tidak baik.

Mana yang baik kita jadikan tauladan, dan yang tidak baik kita jadikan sempadan. Akhir sekali, kita nilai pula diri kita. Kita muhasabah diri kita.
Adakah kita pernah lakukan perkara yang tidak baik,atau perkara yang kita anggap meluat. Atau pernahkah kita lakukan perkara yang baik pada pandangan kita.

Semoga dengan menaiki bas, kita dapat pelajari banyak perkara. Moga-moga kita jadi penumpang bas yang berintegriti dan pemandu bas yang juga berintegriti.

Mudah-mudahan. Insa'allah.

Sekian,Terima kasih.


Dari Kuntong 02.02.2009.




Selasa, Januari 27, 2009

CUBA JAWAB (Santai minda)

TERMINAL BAS EKSPRESS BATU PAHAT

HANYA UNTUK MENGISI MASA LAPANG.


Pada entri lepas, saya ada bercerita tentang perjalanan saya ke Kluang. Saya ada juga ceritakan tentang pemandu kita bila berada di jalanraya. Nasib pasukan polis yang membuat sekatan jalanraya, dilanggar oleh mat rempit, tapi kali ini saya tidak akan bercerita tentang apa-apa. Anda semua baru balik dari bercuti, jadi badan pun letih dan esok mula bekerja.

Apa yang hendak kawan-kawan buat ialah, cuba jawab kalau sudi soalan saya ini.

APAKAH PERKARA YANG PALING UTAMA ANDA LAKUKAN SEBELUM ANDA TURUN DARI BAS.

Senang kan ! Cuba jawab.

Jawapan dan ulasan selepas satu minggu. (Insa'allah)