Memaparkan catatan dengan label Jangan pandang atas.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jangan pandang atas.. Papar semua catatan

Sabtu, April 25, 2009

Berehat sekejap


 Ok Kawan-kawan cerita hantu "berehat sebentar" ya...jumpa lagi.


Beberapa siri entri saya dalam minggu lepas adalah mengenaai cerita-cerita misteri atau cerita hantu, atau saya labelkan sebagai siri "jangan pandang atas" . Oleh kerana hendak melupakan atau hendak menghilangkan  fobia saya dan rakan-rakan semua, maka saya akan rehatkan sebentar siri ini. 

Siri ini akan muncul lagi apabila saya sudah cukup bahan.

pix by Rouslenz.(Thanks a lot.I do hope we 'ngeteh' together one day.)

Khamis, April 23, 2009

MALAM JUMAAT KELIWON

MALAM JUMAAT KELIWON:
Hantu Jepun ?
Jumaat Keliwon:

Kita orang Islam menganggap hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Ia adalah hari yang paling istemewa untuk membuat perkara-perkara yang baik untuk diri sendiri atau pun untuk masyarakat. Salah satu darinya ialah membuat bacaan tahlil atau membaca surah Yassin untuk disedekahkan atau dihadiahkan kepada arwah-arwah orang telah meninggal dunia.

Dalam masyarakat Jawa, dalam banyak-banyak hari Jumaat, ada satu hari yang dipanggil Jumaat Keliwon. Bagi masyarakat Jawa, hari Jumaat Keliwon adalah penghulu segala hari Jumaat. Dan ianya sangat baik untuk membuat sesuatu perkara, seperti beramal, atau untuk menuntut ilmu dunia atau ilmu akhirat.

Istimewanya hari Jumaat Keliwon:

1. Kalau hujan turun pada malam Jumaat Keliwon, air hujan itu ditadah dalam mangkok di halaman rumah  dan air itu elok untuk dijadikan "air penerang hati".
2. Kalau ada orang yang meninggal pada hari ini, kuburnya terpaksa dijaga siang dan malam hingga 40 hari, kerana takut digali semula oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk diambil kain kapan, lidah, dsbnya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT, seperti merompak, sihir, dan lain-lain. (Perkara khurafat).
3. Elok untuk memulakan amalan-amalan seperti wirid dan zikir, atau membuat sembahyang hajat.
4.   Diperkatakan juga pada malam Jumaat Keliwon  orang yang mengamalkan ilmu sesat ini menjalani kelas praktikum ilmunya buat pertama kalinya. Sekiranya gagal, dia akan menunggu sehingga berjumpa lagi malam Jumaat Keliwon. Mereka gagal kerana diganggu oleh hantu-hantu topeng, hantu kelambu dan lain-lain yang saya pun tidak berapa tahu.Dan sekiranya mereka melepasi ujian itu, pada akhirnya mereka akan diuji dengan hantu yang berupa perempuan yang sangat cantik, di sinilah kadangkala pengamal akan gagal dalam ujian ini. (macam cerita Pendekar Bujang Lapok).

Ini hanyalah sebahagian dari keistemewaan hari Jumaat Keliwon. Apa yang kita tahu, sekarang ini ada cerita "Keliwon" di TV. Dan ada juga nama orang dengan nama ini.

Tetapi apa yang saya ingat semasa saya kecil-kecil dulu, orang tua-tua ada menyebut bahawa pada malam Jumaat ini ada siaran lagu permintaan yang di panggil "Permintaan Kaum Ibu".
Saya harap pembaca faham maksudnya. Dan saya masih belum faham hingga sekarang.
Entahlah ya........agaknya kot...

Sekian untuk kali ini. 


HANTU TOPENG   ?

HANTU KELAMBU....?


HANTU BELANGKAS......?


Gambar-gambar di atas hanya khayalan penulis saja. Jangan percaya sangat, cuma hendak tanya kepada rakan-rakan kalau ada info yang lebih baik.

Terima kasih.