Rabu, April 08, 2009

Hari cuti bagi Negeri Johor.




                              BENDERA NEGERI JOHOR DARULTA'ZIM                                         

DYMM SULTAN JOHOR

Salam:

Hari ini RABU 08.04.2009 adalah hari cuti bagi rakyat Johor, kerana Hari Keputeraan DYMM Baginda Sultan Johor.

Pagi-pagi lagi saya dah bersedia dengan baju kurung Melayu potongan telok belanga berwarna hitam, berdagang luar, bersongkok baldu hitam, stokin dan bersepatu kulit hitam. Itulah syarat-syarat yang dikehendaki bila hadir ke majlis diraja. Majlis berlangsung Di Dewan Jubilee Intan.

Majlis yang dihadiri ialah majlis doa kesyukuran dan ikrar taat setia sempena sambutan perayaan ulangtahun keputeraan Sultan Johor.

Esok pula, Khamis, 09.04.2009 di kehendaki hadhir ke Majlis Jamuan Teh di Perkarangan Istana Besar, Johor Baharu. Pakaian pula ialah Baju Batik berlengan panjang, bersetokin dan bersepatu. 


Semoga Allah memberkati Sultan Johor dan rakyatnya.





KUNTONG 8.4.2009.




12 ulasan:

sharamli berkata...

insyaallah...sem0ga diberkati

Tanpa Nama berkata...

wah..pkcik,bz beno..padat ngn acara ye..pkcik pgang jwatn ap?

KUNTONG berkata...

Salam,
sharamli: Semoga DYMM Sultan Johor dn rakyatnya diberkati oleh Allah swt.

reen:
Pak Cik hanya orang kampung aja.Tak lebih dari itu.

zino berkata...

tentu segak tu.. selamat ke jamuan teh di raja..

farahfatihah berkata...

hi...
semalam hari lahir sultan johor..ari ni saya plak heheheh

KUNTONG berkata...

Orait, HAPPY BEZDAY TO U, semoga sihat, bertambah iman dan bahagia dan ceria sepanjang masa. Aminnnn.

Dee berkata...

"baju kurung Melayu potongan telok belanga berwarna hitam,"

org johor mmg panggil baju melayu tu baju kurung ke? kompius..

Unknown berkata...

Assalamualaikum Pakcik Kuntong,

lama sangat dah tak berkunjung ke Johor. teringat angin sepoi2 kat tambak.

mudahan negara kita terus makmor, aman dan tenteram...

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Lama tak balik ni...ingat kat mak dan ayah kat kota tinggi. Biasa dapat dengar suara je, hu hu..

Kamezaim berkata...

salam.. pertama kali,kamezaim nak ucapkan ribuan terima kasih di atas komen encik di blog kamezaim.

selamat bercuti..hehe ntah bila lah agaknya di sini pula nak cuti..hehe

Leenoh berkata...

Salam.
Macam mana kenangan ke istana, dulu saya tinggal di Bukit Seren, Jalan Kpt.Mohd.Amin. dekat Pantai Lido , sekarang Danga bay.

Ungku Nor berkata...

jumaat lepas singapore cuti.
dan kitaorg satu opis kena cuti gak..hehehe