Selasa, April 14, 2009

Routin di malam Selasa






GAMBAR HIASAN 

Salam kepada rakan-rakan,

Rasanya dah beberapa hari saya tidak membuat apa-apa entri di blog saya, iaitu semenjak 8 haribulan April. Dan dalam beberapa hari tu, saya hanya melayari blog kawan-kawan yang sememangnya menjadi rotin saya setiap malam apabila selesai solat Isyak di masjid berhampiran. Itupun kalau tidak ada sesiapa datang ke rumah meminta apa-apa tandatangan dan sokongan. Hendak tak hendak, mereka yang datang mesti dilayan, kalau tidak, nanti mulalah kedengaran suara-suara sumbang yang tidak menyenangkan hati. Walau bagaimana pun semenjak dulu lagi, memang belum ada suara-suara seperti itu yang kedengaran.

Kekadang, adakalanya saya sudah mula nak pejamkan mata, ada  orang datang dengan masaalah, apa boleh buat, tetamu mesti dilayan, masaalah mesti diselesaikan walaupun mata sudah mengantuk. Dan yang paling saya tersenyum ialah ada kalanya orang kampung datang ke rumah pada jam 5.30 pagi, waktu itu saya baru bangun tidur, mohon menurunkan tandatangan di borang tertentu untuk anak-anaknya yang bersekolah, alasannya borang itu baru diberi oleh anaknya dan hari itu juga mesti diserahkan kepada pihak sekolah.

Kita terpaksalah mengukir senyuman, walaupun rasanya pahit, kerana rasa pahit itu kekadang ubat yang mujarab. 

Malam ini pula , sebagai rotin, saya pergi ke sebuah masjid di mukim sebelah untuk menghadirkan diri dalam satu majlis yang dinamakan "Wirid Khaujakan ". Mungkin anda belum dengar tentang wirid khaujakan. Dalam majlis itu diadakan sembahyang hajat, membaca surah Yassin dan berzikir, memohon doa untuk kebahagian kita di dunia dan di akhirat.


MASJID PUTERAJAYA

Sekian, saya terpaksa pergi kerana masa dah menunjukkan jam 9.34 malam. 

Wassallam.

7 ulasan:

joegrimjow berkata...

sama2 beramal

Leenoh berkata...

Salam.
Alhamdulillah kerana masih bertenaga untuk berkhidmat dan beribadat.

Dee berkata...

pak kuntong ni ketua kg ek..biasalah tu..selamat menjalankan tugas..

KUNTONG berkata...

Sdr Joegrimjow:
Beramal sementara masih punya waktu dn kesihatan.

Sdr Leenoh:
Semoga khidmat ikhlas ini diterima oleh Allah swt.

Sdri Dee:
Sudah kehendak ramai, trpaksalah buat mana yg termampu. Semoga diterima oleh Allah swt.
Terima kasih semua.

ShiDa berkata...

Salam Pak Kuntong..
Pertama sekali ingin saya m'ucapkan ribuan terima kasih krn sudi menjengah blog saya ..

Doa kami sbg rakan blogger semoga Pak Kuntong terus dikurniakan kesihatan yg baik utk terus berbakti kpd org kg & mendekatkan diri dgn Maha Pencipta..Amin

KUNTONG berkata...

Sdri ShiDa:
Terima kasih, Pak Cik juga doakan agar anda sentiasa di berkati Allah swt dlm apa-apa aktiviti dan berjaya. Aaamminnn.

PJ selamba berkata...

wah
bermakna sekali pengisian rutin pak kuntong...
tahniah!