Malam yang sepi
kini...
suasana senyap sepi
deruan angin sudah tiada
di luar sana...hanya
lampu neon
menyinari suasana
tetapi sinarnya seakan tak bermaya.
penghuni desaku
mereka sudah lama lena
mungkin dibuai mimpi
mimpi indah
mimpi yang tak akan
menjadi nyata.
bagi mereka yang menyedari
betapa kerdilnya diri ini
penuh noda dan dosa
tidak terperi untuk ditanggung lagi
bangkit sujud taubat dan tahajud
menghadap dan mohon restu
agar diri sesuci bayi
semoga esok
keinsafan akan terbit
bersama mentari pagi
semoga sinarnya terus terang mengiringi
semoga petang esok
senja tidak merah lagi.
bagi mereka yang menyedari
betapa kerdilnya diri ini
penuh noda dan dosa
tidak terperi untuk ditanggung lagi
bangkit sujud taubat dan tahajud
menghadap dan mohon restu
agar diri sesuci bayi
semoga esok
keinsafan akan terbit
bersama mentari pagi
semoga sinarnya terus terang mengiringi
semoga petang esok
senja tidak merah lagi.
( Pukul 1.30 minit malam 05.04.2009, oleh kerana sudah ketandusan idea untuk membuat entri, hanya sajak ini yang dapat dinukilkan sebagai ganti . Diharap dapat diterima. Tk.)
Kuntong 05.04.2009
10 ulasan:
Pandai juga buat sajak. Peah langsung tak tahu, laa... :)
Makpeah:
Pandai tu taklah, sikit-sikit aja.
Blog anda sangat menarik, saya x tau nak buat.nak belaja,sya org lama,saja nk tau.
satu percubaan yg baik.. teruskan hehe
Mereka lena awal kerana telah selesai tugas, bersedia pula untuk tugasan esoknya. kuntong belum tidur kerana menyiapkan entri untuk tatapan mereka yang sedang lena. esoknya bolehlah mereka menatapinya selepas solat subuh sebelum bergerak ke tempat kerja. selepas berpuisi Kuntong pun terus tidur dengan lenanya.
Nasib baik ayam peliharaannya berkukuk di reban barunya, dapatlah juga beliau bersolat subuh.
he3 bergurau.............wassalam.
Salam ....
Wah..bersajak rupanya....pernah cuba dulu, tapi tak menjadi, hi hi...
salam..
terima kasih ye kuntong bagi nasihat kat shoutbox..nasihat org berpengalaman ni..hihi..
lewatnye tido..pagi2 mmg bes kalau berpuisi,ada feel nak berkarang..
nice kuntong! :)
Salam Kuntong....komen dipadam sebab salah tulis link....Tie dah pindah ke wordpress....tapi belum rasmi lagi. Sila guna link ni......
http://kayteeze.wordpress.com/
Jumpa di sana, ya....
wah..bersajak lagi..n sdr leenoh lak berpantun..bagus2 betul gandingan ini..
Selamat sore Pak Kuntong.Puisi bapak memang puitis, ayat-ayat dn kata-katnya punya erti yg sungguh brmakna. Teruskan bapak.
Catat Ulasan