Jumaat, April 03, 2009

KUNJUNGAN RAKAN-RAKAN

PERTEMUAN PERTAMA EMPAT BULAN LEPAS

Terima kasih Sdr. Leenoh,

Entah macam mana agaknya.......... mungkin kerana fikiran saya yang berserabut, ditambah pula dengan tugas-tugas yang tidak menentu, saya terlupa sesuatu.

Apa dia ?.....ah........... sebenarnya, saya terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan blogger kita, "Saudara Leenoh " bersama isteri, anak dan menantu, telah berkunjung ke rumah saya pada minggu lepas. Tapi malangnya ketika itu saya tidak ada di rumah, kerana diwaktu yang sama saya terpaksa menghadiri satu kursus di Sungai Tiram Johor.

Secara kebetulan menantunya adalah anak saudara saya, jadi mudahlah beliau menuju terus ke rumah.

Saudara Leenoh...saya mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE RUMAH SAYA, SAYA MINTA MAAF DI ATAS KETIADAAN SAYA, JANGAN SERIK DATANG LAGI DI LAIN MASA.

Kepada rakan-rakan bloggers, andaikata anda ke Johor Baharu, melalui Batu Pahat, sudi-sudikanlah singgah ke rumah saya, andai kata kena waktunya, bolehlah saya belanja makan NASI BERYANI yang memang terkenal . Tetapi...kontek saya dulu di halaman ini. Insa'allah.


KUNTONG 3 APRIL 2009 jam 10.56 mlm.


6 ulasan:

zino berkata...

mana tau satu hari nanti sampai ke batu pahat boleh le makan nasi beryani yg memang sedap tu hehe

Tanpa Nama berkata...

Salam kenal...

Wah, orang johor ke ? Harap2 sihat dan ceria bersama keluarga....

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak berkata...

nasi beriyani sedap?
wah..memang sedap,nak2 kalau ade org belanja..hahaha..
selamat membusykan diri ye! :)

Leenoh berkata...

Salam Kuntong.
Anda telah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Maka sama-samalah kita mengukuhkan silaturrahim.
Layanan yang diberi membahagiakan hehehe. insya Allah akan pergi lagi.
Terima kasih kembali.

KUNTONG berkata...

Sdr Zino,Sdri MakPeah,Penjenayah merah jambu,Sdr. Leenoh:

Terima kasih kpd. semua ulasan, Nasi beryani yg terkenal ialah di Benteng, Peserai, Batu Pahat. Saya rasa Sdr Leenoh dah gi, hari Jumaat ditutup, ada juga nasi beryani, tapi bukan yg saya ceritakan.
Terima kasih.

Dee berkata...

ruginyer pak kuntong..kalo tidak leh jumpa leenoh..nk sgt tgk rupa leenoh yg mahal tu..kehkehkeh..