Panorama seawal fajar subuh
seawal cahaya subuh..
hingga titik senja kian menjelmaaku masih tidak mengerti
aku masih tidak memahami
kesimpulan yang tak sanggup ku hadapi
walau aku bisa begini
namun...ini bukan caraku
kenyataan yang tak dapat kau fahami
kini.....denyut jantungku
hening...bak air di danau
sejuk bak salji
memenuhi kalbu
menutup hati
kini diriku
kian menghampiri senja
senja yang merah
mungkin ....
untuk aku dan kamu
kian menghampiri senja
senja yang merah
mungkin ....
untuk aku dan kamu
esok belum tentu
mentari ...akan muncul kembali.
Esok.....mentari belum tentu menjelma lagi
kuntong:6.07 ptg. khamis 2.4.2009.
kuntong:6.07 ptg. khamis 2.4.2009.
13 ulasan:
yg membaca pun tak mengerti hehe
Sdr Zino:
Kalau penyajaknya tak mengerti dn memahami, yang baca lagi tidak memahami. Ini brmakna brjaya. Kah....kah..
Tk. Zino.
Salam Kuntong.
Senja datang, malam menanti.
senja pergi.malam ganti.
fajar datang. siang menunggu.
fajar pergi. siang ganti.
dari dulu berputar begitu.
biar alam berputar.
biar bumi bergulung.
iman tetap berpaksi di hati.
penuhi harapan temui Ilahi.
sajak ny best.. suka.. :) mcm mana nk wat sajak yg bkualiti eh? huhu
setiap hari dibuai mimpi yang terindah
dengan menghitung senja merah di hujung sinar
hehe... tu lirik lagu boleh la kot ye
ekekeke
"hening...bak air di danau
sejuk bak salji
memenuhi kalbu
menutup hati".. sangat puitis sajak anda..
ptg smlm mmg panas pakcik
pakcik kuntong..asik berpuisi je..merindui seseorg ke? hehehe..
Dee:
Ku rindu kedamaian, aku rindukan kemesraan, ku rindukan keamanan. Ianya kian jauh...jauh dan mungkin ku kian menghampiri kedamaian yang sejati. Yang sudah pasti.
Kah...kah.....
salam sejahtera,
Begitulah hati yang mencari
Diri yang terperi
tetapi tersembunyi
Puas sudah merantau dunia
dirumah juga diam duduknya
cahaya yang bersinar tetapi tiada api yang menyala
Apakah yang hendak dimengertikan
kerana pengertian bukan milik insan
pengertian milik kaunuhu
yang ghaibul ghuyub
Namun begitulah hati yang mencari
tidak berhenti ia mengingati
meski senja hampir berlari pergi
menuju kewujudan abadi
Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi komen. Sebenonya saya ni x berapa pandai berpuisi, ianya sekadar melayan minda tua ni.Ingatan tentang berpuisi sudah mula kabur, dn bimbang kalau ianya terus lenyap dek zaman yang semangkin kalut dengan seribu gaya bahasa yang moden-moden dan cangkih. Semoga khazanah BERPUISI tidak akan hilang dan dilupai.
Sekian, wasallam.
Salam Sdr Kuntong,
Sajak yang best. Maknanya pun menginsafkan diri saya.
Sampai masanya kita semua perlu hadapi ketentuanNYA.
Saya doakan Sdr Kuntong sentiasa dirahmati kesihatan yang baik dan diberkati selalu.
Terima kasih kembali Sdr. Zaidi Ali. Aminnnn.
Catat Ulasan