Rabu, September 30, 2009

Kerosakan teknik.


Tentu anda tertanya-tanya,sudah seminggu saya tidak membuat entri. Dan seminggu jugalah saya tidak dapat menjengok ke blog kawan-kawan. Sebabnya kerosakan teknikel pada internet saya. Dan baru petang ini 30.09.2009 jam 4.28 petang barulah dapat diatasi. Alhamdulillah. Ini pun buat sementara, iaitu percubaan.

Dan kepada "Leenoh" blog "Kehidupan bersih" dari Shah Alam, saya ucapkan terima kasih kerana sudi ke teratak hamba. Yang jauh sudah sampai, hanya yang dekat saja yang belum nampak. Mungkin sibuk agaknya.

Jumaat, September 25, 2009

Sedihnya hatiku bukan kepalang.......


Saya percaya anda ada membaca akhbar Berita Harian keluaran hari ini. Berita yang amat menyedihkan. Kepada suami berkenaan, bersabarlah dan saya percaya ianya mempunyai hikmah yang kita semua tidak mengetahui.
( Dalam hal ini kita hanya mendengar satu pihak sahaja. Untuk menentukan mengapa terjadinya perkara yang jelek ini berlaku, kita perlu mendengar sebab-sebab dari kedua belah pihak. Walau apa pun, pelajaran agama dan iman adalah pendinding yang amat padu untuk menggelak dari terjadinya perkara sebegini berlaku. Mudah-mudahan ini tidak terjadi kepada kita semua. Baik suami atau pun isteri. Jagalah keharmonian rumahtangga berdasarkan iman dan takwa. Mudah-mudahan kita semua hidup dalam kerukunan rumahtangga yang berlandaskan agama yang maha suci.)


Untuk penuntut di luar negara.


Kepada penuntut-penuntut dan warga Malaysia di luar negara terutamanya di Mount View, California Amerika Syarikat, kepada mereka yang singgah diblog saya, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada anda sekelian. Saya doakan agar anda semua berjaya dalam pelajaran dan jangan lupa bahawa anda adalah duta kecil negara.
Beraya di perantauan memanglah agak menyayukan hati, tetapi ianya akan menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan. Jangan lupa solat lima waktu, berdoa untuk kejayaan, dan berbaktilah kepada negara apabila balik ke Malaysia.

(imej dipetik dari google imej)

Khamis, September 24, 2009

Sebelum dan selepas


Tuan Syed Hood Bin Syed Edros & famili beraya di rumah



( Berita kemalangan)
KUALA LUMPUR 23 Sept. – Menjelang empat hari sebelum Ops Sikap Ke-20 berakhir, sejumlah 21 lagi kematian dicatatkan di seluruh negara semalam, menjadikan angka korban dalam tempoh 10 hari sejak operasi itu dilancarkan kini meningkat kepada 177 orang.( dipetik dari akhbar Utusanonline 24.9.1009)

1 Shawal yang dinanti-nanti telah pun tiba. Dengan perlahan-lahan kini ia meninggalkan kita. Sebelum ianya tiba, banyak peristiwa suka duka yang berlaku. Begitu juga ketika kegairahan menyambutnya. Walaubagaimana pun ianya menjadi satu pengajaran kepada kita semua. Mudah-mudahan semua yang berlaku, perlu menjadi iktibar, tauladan dalam meneruskan kehidupan , agar di musim akan datang ianya menjadi satu hari yang penuh dengan keredhaan Allah swt.

Keluarga Tionghua turut beraya

Ahad, September 20, 2009

Selamat Hari Raya

Kad raya Pictures, Images and Photos

1 Shawal 1430 / 20 September 2009.

Kepada rakan-rakan semua, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN, mohon maaf di atas segala kesalahan tutur kata atau tulisan yang membuat anda semua berkecil hati atau menyinggung perasaan anda sekelian. Kalau sudi datanglah ke rumah saya di Kampung Mampan, Simpang Lima, Batu Pahat, Johor. ( lokasi dalam perjalanan dari Parit Sulong ke Batu Pahat.)

Sabtu, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Kawan-kawan semua:
Kepada semua kawan-kawan blogger walau dimana anda berada, saya dengan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri. Di kesempatan ini saya menyusun jari sepuluh memohon maaf zahir dan batin andaikata ada entri-entri dan komen-komen saya yang terkasar bahasa atau ada yang mungkin menyinggung perasaan dan jiwa anda semua. Semoga kita berbahagia di tahun-tahun hadapan.
Dan akhir sekali saya ingin coretan kata-kata hikmah atau pedoman untuk kita semua: "Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik."

Rabu, September 16, 2009

Cahaya dan kehidupan




Salam kepada semua:
Biarlah saya mulakan hari ini Rabu 16.09.2009 dengan satu kata-kata hikmah sebagai panduan hidup kita dimuka bumi ini.
"Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarnya, dan elakkan jadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma."
Biarlah anda sendiri dan hati anda yang mentafsir kata-kata hikmah ini. Mudah-mudahan kata-kata hikmah ini sekurang-kurang dapat membantu kita dalam menjalani hidup yang penuh dengan dugaan.


mariposa emoticon Pictures, Images and Photos

Isnin, September 14, 2009

Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan


Maaf Zahir dan Batin dari kami: BP Otai Blogger.

kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi menjengok ke blog kami. Segala kesilapan harap dimaaf, kepada blogger BP tu,kalau balik ke BP sudi-sudikanlah mampir ke teratak hamba. Kalau sudi, tampallah imej ini kat blog anda, kalau tak sudi, tak mengapa. Tak kisah.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.



Ahad, September 13, 2009

Si hitam manis

Melambai lambai si daun bertam,
Ditiup bayu dari selatan;
Walau diriku tampak hitam,
Senyum manisku tetap menawan.

Hitam-hitam si tampuk manggis, walau hitam tapi rasanya manis.

santan kelapa di tuang ke dalam kuali

Kelihatan YB. Datuk Ariss, Pegawai Daerah dan Penghulu MK. 4
memulakan mengacau dodol perdana


Pada 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430 H, JPMM DUN Semerah dibawah kelolaan YB Datuk Hj Ariss Shamsuddin telah membuat program kacau dodol perdana dan bersahur nasi ambang 2009 peringkat Dun Semerah di Kampung Separap, Mukim 4, Simpang Kiri Batu Pahat. Sebanyak 13 kumpulan dari kawasan JPMM Dun Semerah telah menyertai dalam program tersebut.

Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Ahli Parlimen Parit Sulong YB. Datuk Noraini Bte Ahmad pada awal petang dan Pegawai Daerah Batu Pahat (DO) sebelah malam.

Lihatlah tu. pencemaran udara dari dapur kayu dek kerana si hitam manis

Sekitar jam 1 pagi, YB Datuk Haji Ariss Bin Shamsuddin bersama DO telah bersahur bersama-sama dengan masyarakat setempat.


Sahur punya sahur, niat puasa terlupa dek nasi ambang tembam



Jumaat, September 11, 2009

Kad raya dari rakan:



KAD RAYA DARI RAKAN-RAKAN BLOGGER:


Image Hosting by imagefra.me

Terima kasih Fia Batrisya, maaf zahir batin dari saya
Semoga Allah tetapkan iman kita. Saya doakan agar anda dan famili hidup
bahagia hingga ke akhir hayat.

Terima kasih Maiyah, anda memang tabah menghadapi dugaan Allah. Semoga
Allah SWT senantiasa melindungi dirimu dari mara bahaya.
Maaf zahir dan batin dari saya. Al-Fatihah untuk arwah suami.


Kad raya dari Zedmagel
Sdr Zed, kalau anda menunaikan haji tahun ini, jangan lupa carikan saya "buah kelapa turkey". tempurungnya baik untuk sengal-sengal jari/tangan dan airnya baik untuk sakit tekak/perit tekak. Maaf zahir bathin dari saya Kuntong dan famili.
Saya juga ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Saudara Zedmagel kerana dianugerahkan dengan Pingat Kebesaran oleh DYMM Sultan Johor. Semoga dengan penganugerahn pingat dari Sultan Johor, anda akan bergiat dengan lebih gigih lagi dalam membantu memajukan Negeri Johor.
macam pengantin baru

kad raya dari BP Otai Blogger

Di bawah ni kad raya dari TuYa, Terima Kasih.
Saya juga memohon maaf zahir dan batin diatas segala keilapan kata dan tingkah laku.
Ini kad raya dari cutemiut, terima kasih.kalau punya waktu mampir le ke mampan, kan tak jauh dengan kampung awak.

Rabu, September 09, 2009

mendung

Mendung kembali lagi,mungkinkah hujan akan turun ?
(sekadar hiasan)
Mendung membawa seribu erti , ia ada kaitan dengan cuaca, suasana, perasaan, idea, keadaan persekitaran dan berbagai-bagai lagi.Terpulanglah kepada andaian masing-masing.

Setiap orang mempunyai persepsi yang berlainan serta analisa yang berbeza. Ini bertepatan dengan fitrah alam.

Bagaimana dengan situasi anda ? Mendung atau pun cerah ? Bila keadaan menjadi mendung, bilakah ianya akan kembali cerah, atau situasi itu selamanya akan mendung. Dan bila keadaan menjadi cerah, adakah ianya akan berterusan untuk selamanya.

.

Isnin, September 07, 2009

Sahabat:

Pernahkah anda bersahabat, dan bagaimanakah sahabat anda itu. Orang-orang bijak pandai berkata bahawa: Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.


Sahabat yang setia, ibarat pewangi yang mengharumkan.
Sahabat yang berhati mulia, membawa kita ke jalan Allah.
Dari itu pandai-pandailah kalau anda bersahabat, dan jadi sahabat. Pimpinlah sahabat anda ke jalan yang diredhaai oleh Allah SWT.

ktg.>>





Ahad, September 06, 2009

PERUMPAMAAN



I
IMEJ SEKADAR HIASAN
HATI YANG TERLUKA UMPAMA BESI BENGKOK, WALAU
DIKETUK SUKAR KEMBALI KEPADA BENTUK ASALNYA.


Khamis, September 03, 2009

nilai sesuatu kehidupan.

Nilai hidup sesaorang, harus diukur dengan aktiviti-aktiviti yang mulia, iaitu kerja-kerja yang boleh membawa kebaikan kepada semua manusia atau kelompok sesuatu masyarakat, dan bukannya diukur dengan usia sesaorang. Ia diibaratkan sepohon pokok yang ketika hidupnya dapat memberi perlindungan kepada orang lain, dan ketika matinya, setiap dari komponennya dapat dijadikan bahan untuk kebaikan orang lain.

Tetapi kita kena ingat, manusia bukannya pokok, dan pokok bukannya manusia.


Selasa, September 01, 2009

Keindahan simega mendung.

Menanti saat untuk berbuka.

Menantikan saat berbuka, menjadikan tiap-tiap detiknya di hayati dengan penuh perasaan. Tetapi setiap saat kita di dunia ini adalah saat yang amat penting untuk membina kehidupan kita di akhirat. Adakah kita menghayatinya atau kita sengaja melupainya.