Ahad, September 13, 2009

Si hitam manis

Melambai lambai si daun bertam,
Ditiup bayu dari selatan;
Walau diriku tampak hitam,
Senyum manisku tetap menawan.

Hitam-hitam si tampuk manggis, walau hitam tapi rasanya manis.

santan kelapa di tuang ke dalam kuali

Kelihatan YB. Datuk Ariss, Pegawai Daerah dan Penghulu MK. 4
memulakan mengacau dodol perdana


Pada 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430 H, JPMM DUN Semerah dibawah kelolaan YB Datuk Hj Ariss Shamsuddin telah membuat program kacau dodol perdana dan bersahur nasi ambang 2009 peringkat Dun Semerah di Kampung Separap, Mukim 4, Simpang Kiri Batu Pahat. Sebanyak 13 kumpulan dari kawasan JPMM Dun Semerah telah menyertai dalam program tersebut.

Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Ahli Parlimen Parit Sulong YB. Datuk Noraini Bte Ahmad pada awal petang dan Pegawai Daerah Batu Pahat (DO) sebelah malam.

Lihatlah tu. pencemaran udara dari dapur kayu dek kerana si hitam manis

Sekitar jam 1 pagi, YB Datuk Haji Ariss Bin Shamsuddin bersama DO telah bersahur bersama-sama dengan masyarakat setempat.


Sahur punya sahur, niat puasa terlupa dek nasi ambang tembam



11 ulasan:

maiyah berkata...

salam.. niat ni bukan jer bila time kita nak makan tu, beberapa jam pas buka pun kita dah bleh niat utk pose esok dgn ikhlas krn Allah.. Allah kan maha mengetahui, sy sshur kekadang pun terus makan lupa nak niat dulu, tapi sy pikir sy dah pun niat masa tgh baca Quran.. rasa nyer takpe kot.. ade kot lagi tu

T.u.Y.a berkata...

salam PK..
seronoknya bila bergotong royong sama2 wat persiapan raya mcm tu kan..
sedapnye dodol..

lagi Tuya tergoda bile tengok nasi ambang tu..Tuya nak jugak!!!!

selamat menyambut hari raya..

amirhamzah64 berkata...

Salam pakcik,

Ini lah pemimpin berjiwa rakyat. Cantik ahli Parlimen pakcik ye. hehehe

J@J@ / Bini The Rock berkata...

Aikkkk.....
tak dgr cerita plk Dato Aris dtg bersahur kat separap.

Cikgu bersahur bersama2 beliau lah ye?? amboi seronok nya...

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Sedapnya dodol YB Datuk Ariss, jika ada nak minta sikit. Dengar satu pak naib dlm mk 4 banyak lebih.

Leenoh berkata...

Salam Kuntong.

Orang Johor kata kacau dodol, orang Kedah kata kacau dodoi. Tapi orang Perlis kata kucai dodoi. he3

KUNTONG berkata...

Maiyah : Memang benar apa yang you katakan tu Maiyah.

Tuya : Nak rasa nasi ambang kena le ke Batu Pahat. Kalau tak musim, nasi ambang bungkus tu ada le.

amirhamzah : jawapan dari komen anda:

她漂亮和有吸引力的。

إنها جميلة وجذابة.

वह सुंदर और आकर्षक है

Jaja:

Secekali aja jaja.Sya ajak member u yg dekat umahnya, tapi dia x ndak kerna malu.

Zedmagel : Maaf zahir bathin, aku kelalen lo, kekadang terlepas.

Sdr Leenoh : Tujuannya sama, untuk buat kuih dodol. Dodol Kedah pun best.

s@yangh@sni berkata...

salam..
wak orang semerah ker...
hubby yus orang sungai nibong..

nanti raya yus balik sana..

KUNTONG berkata...

s@yAngh@sni:

Wak orang simpang alima, kalo balik yo mampir yo.

kawie2020 berkata...

alhamdullilah...pemimpin camni la yg dicari2..

Ivy Metaga berkata...

nampak sedap gambar makanan yg terakhir tu...=)
selamat hari raya buat pakcik kuntong dan sekeluarga...
tak lama lagi nak raya kan ye ye ye