Ahad, November 29, 2009

Syukur alhamdulillah.

Alhamdulillah hari ini aku sudah boleh berjalan, walaupun tidak seratus peratus.
Semalam (27.11.2009) pada sebelah pagi aku keluar mencari sarapan, dan beberapa urusan lagi. Selepas balik terus bekerja di luar kawasan rumah, menyapu sampah, mencabut rumput. Tidak semena-mena kaki sebelah kanan terasa sakit, namun aku tetap meneruskan kerja-kerja tanpa menghiraukan rasa sakit di kaki ku itu.
Tetapi lama kelamaan rasa sakit itu semakin terasa. Oleh kerana tidak tahan, aku pun berehat sebentar. Tanpa mempedulikan rasa sakit itu, aku ke Bandar Batu Pahat membeli beberapa barang keperluan. Semasa di bandar rasa sakit semakin terasa dan membebankan. Dalam usaha membeli barang-barang itu aku sudah tidak boleh melangkah, namun aku teruskan juga berjalan dengan berpaut pada gerobok dan meja yang ada di kedai atau di supermarket.
Sesampai di rumah rasa sakit sudah tidak tertahan lagi, namun aku tetap beranggapan bahawa sakit ini hanya sementara saja. Untuk mengurangkan rasa sakit aku telan dua biji pil panadol dan minta isteriku urut dan gosok dengan minyak urut.
Sehingga menjelang prtang, sakitnya semakin terasa. Ketika ini aku mendapat sms dari blogger Saudara Amirhamzah (segalanya mungkin) menjemput aku ke majlis tahlil arwah bapanya pada sebelah malam, namun aku jawab sms nya bahawa aku minta maaf tidak dapat datang kerana sakit yang sedang aku alami.


Akhirnya pada jam 6 petang, aku minta dihantar ke klinik untuk mendapat rawatan.Tetapi malangnya banyak klinik yang ditutup dan aku ulang lagi ke klinik pada sebelah malam.
Di klinik aku di beri suntikan dan dibekalkan ubat-ubatan. Sesampai di rumah aku terus berbaring dan tidur dengan harapan paginya rasa sakit itu akan berkurangan.
Alhamdulillah. pada saat ini kaki aku sudah boleh melangkah tanpa sakit yang sangat dan diharapkan ianya akan sembuh sepenuhnya dalam dua atau tiga hari lagi.

Bersyukur kepada Allah kerana memberi dugaan padaku dan dapat berjalan lagi.
Dan aku beranggapan bahawa ini pasti ada hikmahnya.

Sabtu, November 28, 2009

Kenangan di Sarawak

Mengimbas kembali lawatan sambil belajar JPMM Semerah ke Serawak Kuching.


di lapangan terbang Sarawak




kenangan semasa di Taman kebudayaan Santubong

Khamis, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Saya mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.





Semoga kita semua hidup dalam keadaan yang sentiasa diredhaai oleh Allah SWT.

Rabu, November 25, 2009

Kenangan-Wukuf di Arafah.

Waktu wukuf hampir tiba.

Gambaran semasa wukuf di Arafah

WUKUF DI ARAFAH

Pagi tadi saya menerima sms dari Zedmagel yang menyatakan bahawa dalam beberapa jam lagi beliau dan rakan-rakan bakal haji akan bergerak ke Padang Arafah untuk berwukuf. Ini adalah merupakan kemuncak haji. Bila saya mendapat sms ini, terkenangan saya semasa saya mengerjakan haji pada tahun 2001/2002 dahulu, segala-galanya masih terbayang. Dan salah satu tempat yang menjadi tumpuam ialah Jabal Rahmah.

Jabal Rahmah

Jabal rahmah yang berarti bukit atau gunung kasih sayang, diyakini umat Islam sebagai tempat bertemunya antara Nabi Adam AS dengan isterinya Siti Hawa, setelah diusir oleh Allah dari Surga. Keduanya diusir setelah melanggar larangan Allah, yakni memakan buah Khuldi, akibat tergoda bujuk rayu Iblis.

Riwayat lain menyebutkan, Adam diturunkan di bukit Shafa dan Siti Hawa di bukit Marwah. Sedangkan riwayat lain menyebutkan Adam AS diturunkan di antara Makkah dan Thaif. Ada pula yang berpendapat Adam di turunkan di daerah India, sementara Hawa diturunkan di Irak.

Kenangan bersama Haji Aris bin Hashim dari Muar Johor semasa di Mina
berlatar belakang khemah-khemah di Mina

Kenangan semasa di Mina

Kenangan bersama isteri di lapangan Terbang Jeddah
dalam perjalanan balik ke Malaysia.



Isnin, November 23, 2009

Hati yang hidup.

Berzikir kepada Allah


Entri yang lepas, mengenaai hati yang mati. Di sini dinyatakan tanda-tanda hati yang hidup:

1.Sentiasa mengingati dan berzikir kepada Allah swt.
2.Kuat berpegang pada ajaran Islam
3.Menjauhi larangan Allah swt dan meninggalkan perkara yang sia-sia.
4.Bersih dari hasad dengki, cepat marah dan menipu.
5.Redha dengan sistem hidup Islam.

Sabtu, November 21, 2009

Diantara dosa-dosa yang boleh mematikan hati

Membunuh boleh mematikan hati untuk beriman

Antara dosa-dosa besar yang wajib dijauhi yang boleh mematikan hati :

1. Syirik kepada Allah (terbahagi dua iaitu Syirik Besar dan Syirik Kecil).
2. Nifaq (kemunafikan).
3. Derhaka kepada kedua ibu bapa.
4. Meninggalkan solat.
5. Membunuh manusia.
6. Menuduh wanita solehah berzina.
7. Melakukan zina.
8. Makan harta anak yatim.
9. Makan riba'.
10. Melarikan diri daripada peperangan.
11. Melakukan liwath.
12. Melakukan sihir.
13. Meminum arak.
14. Sumpah palsu.
15. Kesaksian yang jahat.
16. Tenung nasib (percaya pada bomoh)

Jauhi dan elakkan dari membuat dosa, berzikirlah dan berdoa agar kita dijauhi dari membuat dosa-dosa di atas.

Minum arak salah satu dosa yang boleh mematikan hati untuk beriman.

Khamis, November 19, 2009

Bersyukur dan bersabar

Bersyukur bila mendapat rezeki

Bersabar dan berdoa bila diuji oleh Allah dengan musibah

Kebaikan orang Mukmin ada dua, pertama, apabila mendapat kebaikan dan rezeki dia bersyukur dan kedua apabila ditimpa musibah dia bersabar dan meyakini bahawa Allah s.w.t hendak meningkatkan ketakwaan kepada-Nya.





Rabu, November 18, 2009

Khas untuk kawan-kawan.

Hiburan khas untuk para "followers" Wahnuar. Wahnuar ketika ini masih bercuti :-



Semoga anda semua terhibur.

Rabu, November 11, 2009

Berehat buat sementara

"Wahnuar" memulakan entrinya pada 25.12.2008 dengan tajuk pendatang haram "Pendatang Baru".Kini hampir-hampir setahun.Jumlah entri yang disiarkan ialah 179 dan kunjungan yang tidak rasmi ialah 10171 kunjungan. Oleh kerana telah jauh berjalan, maka kini kenderaan tua ini mohon berehat buat seketika.Insa'allah akan kembali lagi bila kenderaan tua sudah siap ditukar semua bahagian-bahagian yang agak usang.

Sementara bercuti dengarlah lagu "Tinggi Gunung Seribu Janji" nyanyian Bob Tutipolli dari Youtube sebagai hiburan anda semua.
Terima kasih kepada semua yang menjengok blog yang tidak sepertinya ini. Blog ini tidak memfokus kepada sesuatu masaalah saja, bahkan ianya hanya merupakan
halaman untuk mengeratkan silaturahim dan halaman untuk mengajak insan kepada hidup yang lebih ceria dan tidak melencong dari matlamat hidup kita di dunia ini.
Semoga bertemu kembali.


Isnin, November 09, 2009

Terkenang kembali.......azan masjidil Haram.



Kepada sesiapa yang pernah ke Tanah Suci Mekah/Madinah pasti akan terkenang-kenang bila melihat atau menziarahi rakan-rakan atau sanak- saudara yang akan menunaikan fardu haji.
Salah satu yang masih terkenang-kenang ialah azan di Masjidil Haram Mekah.

Zedmagel dari BP Otai Blogger juga akan menunaikan haji bersama bapanya pada tahun ini. Dan diberitakan bahawa beliau akan berangkat ke Tanah Suci pada 10.11.2009 melalui Lapangan Terbang Senai,Johor Baharu. Kami doakan semoga beliau dan bapanya dianugerahkan dengan kesihatan dan dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan mendapat Haji Mabrur.

Suasana di lapangan terbang Senai

Zedmagel bersama bapanya di lapangan terbang Senai
sebelum berangkat ke Tanah Suci


Zedmagel bersama bapa di Lapangan Terbang Senai sebelum berangkat
ke tanah suci pada 10.11.2009.
Saya dengan ini menyampaikan salam Saudara Zedmagel kepada semua rakan-rakan
blogger dan rakan-rakan di Batu Pahat.


Sabtu, November 07, 2009

Merisik dan meminang < Johor / Terengganu>


Hari ini saya menghadiri satu majlis pertunangan diantara Nadia Hana Bte Afendi dari Batu Pahat dengan Khairul Sani Bin Ramli dari Terengganu. Tiga majlis dijalankan serentak, iaitu majlis merisik, meminang dan terus diadakan majlis pertunangan.

ibubapa pihak perempuan

pihak lelaki merisik /terus meminang


sanak saudara turut hadir


Berbaju putih-Mohd Khaizar Bin Omar salah seorang dari rombongan pihak lelaki, diberitakan akan bernikah pada 2 Januari 2010.

Saya mengucapkan terima kasih pada Encik Khaizer Bin Omar kerana menjemput saya
dalam majlis perkahwinannya pada 02.01.2010 yang akan berlangsung di Dewan MBSA Seksyen 11, Shah Alam.

Insa'allah kalau tidak ada halangan saya akan hadir. Kepada yang bertunang saya doakan agar disampaikan segala hajat-hajat dan kepada Encik Khaizer Bin Omar dan bakal isterinya
Shahida Nafisa Bte Mohd Sahar semoga berbahagia dan
"Selamat Pengantin Baru"
.

Jumaat, November 06, 2009

Sekadar renungan 5

Tidak ada kesedihan yang lebih mendalam daripada melupai kenangan di waktu keriangan.

Khamis, November 05, 2009

Back to 1970s - (Kenangan mengusik jiwa)

Kenangan mengusik jiwa
Aku adalah insan biasa, punya hati dan perasaan. Dan setiap insan pasti punya kenangan atau nostalgia yang berbagai corak. Kekadang sekalisekala kenangan itu akan datang kembali apabila terdengar lagu-lagu yang benar-benar menyentuh jiwa dan perasaan.
Bait-bait dalam lagu ini benar-benar menyusuk kalbu diiringi dengan irama yang membawa kita mengingati peristewa silam:



(Sekadar hiburan masakini).


Ku mengerti...
perpisahan ini....
bukan kerana kau membenci,
tapi kasih..yang pernahku beri,
tiada lagi bersemadi.......................
seringkala aku
terlihat kamu
impian nan indah
sulam bahagia....
ku harungi hari demi hari......bersama wajah
tak mungkin akan kembali
tapi hati masih tak terima
tinggalkan sengsara.........
keraguan ini
bukanlah padamu
perasaan hati..masih rindu,
kekalutan ni hanyalah untuk ku
tercari-cari...........bayanganmu
tak sanggup aku......kehilangan.....oh..
kehilangan.....
masih tercari-cari
keraguan ini
bukanlah padamu
masih tercari-cari
bayanganmu.......
tak sanggup aku.....kehilangan...
mu...


mohon ikhsan:

Selasa, November 03, 2009

(Sajak yang dinget)




Berilah daku ruang
.


telah kian lama
ku coretkan kata-kata
ku himpun bait-bait bermakna
untukku persembahkan
pada semua.

tapi apakan daya
semuanya tidak pernah
di persilakan untuk bersama
mereka yang ternama.

kini..diruang ini
akan ku cuba
mencurahkan segala
apa yang ku ingini
agar sentuhan hati nurani
dapat dinikmati bersama
andai sudi terimalah
andainya tidak
jauhilah ia
agar bau hanyir dan pesing
tidak meresap ke sanubari
agar hidupmu kelian

Isnin, November 02, 2009

C.C.M.J: (untuk lelaki dan wanita:

Diantara ciri-ciri untuk memilih jodoh
(Bagi mereka yang sedang tercari-cari)

Orang yang beragama bukan pada kelulusan nya dalam bidang agama, tapi pada sejauh mana kesungguhan mempraktikkan ilmu nya.
[alhamdulillah kalau ada kelulusan]

Orang yang cantik bukan pada wajahnya, namun pada akhlaknya yang cantik dan pada kesungguhannya untuk cantik di mata ALLAH.
[alhamdulillah jika sedap mata memandang]