Ahad, November 29, 2009

Syukur alhamdulillah.

Alhamdulillah hari ini aku sudah boleh berjalan, walaupun tidak seratus peratus.
Semalam (27.11.2009) pada sebelah pagi aku keluar mencari sarapan, dan beberapa urusan lagi. Selepas balik terus bekerja di luar kawasan rumah, menyapu sampah, mencabut rumput. Tidak semena-mena kaki sebelah kanan terasa sakit, namun aku tetap meneruskan kerja-kerja tanpa menghiraukan rasa sakit di kaki ku itu.
Tetapi lama kelamaan rasa sakit itu semakin terasa. Oleh kerana tidak tahan, aku pun berehat sebentar. Tanpa mempedulikan rasa sakit itu, aku ke Bandar Batu Pahat membeli beberapa barang keperluan. Semasa di bandar rasa sakit semakin terasa dan membebankan. Dalam usaha membeli barang-barang itu aku sudah tidak boleh melangkah, namun aku teruskan juga berjalan dengan berpaut pada gerobok dan meja yang ada di kedai atau di supermarket.
Sesampai di rumah rasa sakit sudah tidak tertahan lagi, namun aku tetap beranggapan bahawa sakit ini hanya sementara saja. Untuk mengurangkan rasa sakit aku telan dua biji pil panadol dan minta isteriku urut dan gosok dengan minyak urut.
Sehingga menjelang prtang, sakitnya semakin terasa. Ketika ini aku mendapat sms dari blogger Saudara Amirhamzah (segalanya mungkin) menjemput aku ke majlis tahlil arwah bapanya pada sebelah malam, namun aku jawab sms nya bahawa aku minta maaf tidak dapat datang kerana sakit yang sedang aku alami.


Akhirnya pada jam 6 petang, aku minta dihantar ke klinik untuk mendapat rawatan.Tetapi malangnya banyak klinik yang ditutup dan aku ulang lagi ke klinik pada sebelah malam.
Di klinik aku di beri suntikan dan dibekalkan ubat-ubatan. Sesampai di rumah aku terus berbaring dan tidur dengan harapan paginya rasa sakit itu akan berkurangan.
Alhamdulillah. pada saat ini kaki aku sudah boleh melangkah tanpa sakit yang sangat dan diharapkan ianya akan sembuh sepenuhnya dalam dua atau tiga hari lagi.

Bersyukur kepada Allah kerana memberi dugaan padaku dan dapat berjalan lagi.
Dan aku beranggapan bahawa ini pasti ada hikmahnya.

10 ulasan:

IeYzA berkata...

alhamdulilah....semoga pak kuntong akan sihat sentiasa untuk mengharungi hari2 akan datang...InsyaAllah

maiyah berkata...

alhamdulullah.. mkn ubt n rest slalu

zaidi ali berkata...

alhamdulillah..semoga lekas sembuh.

T.u.Y.a berkata...

salam Pk..
semoga cepat sembuh..
sama ngan abah Tuya ni,asik sakit kaki je skang..
ajak g spital x nak pulak..

rouslenz berkata...

cobaan....ecobaaaaaaan....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

hehehe....ingatkan 'denah', rupanya tersampuk Jin Tanah.... semoga cepat sembuh dan sihat seperti biasa.

Hunny berkata...

Salam Wak Kuntong,

Banyak2 doa pada Allah, minta sembuh cepat. Dia yang memberi kita sakit, mintalah pada Dia.. Tapi jangan lupa berusaha cari ubat. Semoga Wak cepat sembuh ya:)

xAmU berkata...

eh pak kuntong org bp..uwaa sonok jumpe orang tempt sndri..
smoga cepat sembuh yer;)

Leenoh berkata...

Salam Sdr.Kuntong.

Alhamdulillah kerana tenaga yang hilang itu diberi pinjam semula oleh Allah.

Begitulah dunia ini hanya pinjaman.

KUNTONG berkata...

Terima kasih kepada semua yang memberi ulasan dan doa,mudah2an kita semua sihat dalam mengamalkan segala perintah Allah swt.