Sabtu, Oktober 31, 2009

Kenangan bersama Staff KIPSAS Pahang

Kenangan semasa Kursus Teambuilding bersama kakitangan Kolej Islam Pahang (KIPSAS) pada tahun 2007 di De Dusun Eco Resort , Bentong Pahang.



Teman dan rakan


Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah.
Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.
Kerana semua manusia itu baik kalau kita mahu melihat kebaikannya
dan menyenangkan kalau kita melihat keunikannya,
tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan
kalau kita tidak mahu melihat keduanya.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Mimbar Jumaat

Khatib sedang membaca khutbah

Khutbah Jumaat bagi masjid di negeri Johor hari ini bertajuk "Mutiara Iman".
Dalam khutbahnya pada hari ini antara lain khatib menerangkan bahawa iman merupakan satu perkara yang penting dalam diri seseorang. Kepentingan untuk memiliki keimanan yang teguh adalah melebihi dari segala tuntutan Islam yang lain. Tiada faedahnya jika seseorang itu beribadat siang dan malam sedangkan imannya rosak dan dipengaruhi dengan unsur-unsur syirik. Sesungguhnya amalan-amalan syirik hanya akan menghalang seseorang dari mendapat keredhaan dan syurga Allah.

Oleh yang demikian, marilah kita sentiasa menjaga nilai iman dan taqwa serta berusaha untuk mempertingkatkan ibadat kita bagi mendekatkan diri kita kepada Allah swt.

Rabu, Oktober 28, 2009

Untuk tatapan dan renungan 2

ke arah pintu "babusalam" masjid Nabi Madinah

Tika ini sudah ramai jemaah kita yang berada di tanah suci Madinah dan Mekah dalam perjalanan untuk menunaikan rukun Islam kelima. Manakala ramai lagi yang menunggu saat dan tikanya untuk terbang ke sana dengan maksud yang sama.

Sebut saja Mekah dan Madinah, saya teringat sebuah drama tv yang bertajuk "Cinta Madinah". Saya ikuti drama ini, tetapi tidak sampai ke akhir cerita, oleh kerana kekangan waktu. Walau-bagaimana pun saya ikuti drama ini melalui youtube.

Apa yang menarik diakhir drama ini ialah puisi/sajak yang dibaca di dalam drama ini. Sajak ini sangat baik untuk kita baca dan ianya benar-benar menyentuh hati saya. Di bawah ini biarlah saya tuliskan semula, agar ianya menjadi renungan kita semua.

:
بسم الله الرحمن الرحيم

Bertakwalah kepada Allah
pada hal rahsia dan terang
bersihkan hatimu
dari penyakit bathin yang menyerang.

Perangilah hawa nafsu
yang hanya bertujuan
mengumpul harta untuk dunia
yang penuh ujian.

Jika kau redha dengan takdir
nescaya kau hidup bahagia
jika tidak redha denganNya
nescaya kau hidup merana.

Bersahabatlah dengan orang baik
ahli ilmu dan hidayat
jauhilah...jangan berteman
orang yang buat maksiat.

Bersembahyang biar hati khusyuk
jauh dari kelalaian
jangan lupa mengingati kubur
sama dengan kain kafan.

Dunia ini bukanlah rumah
untuk hidup berkekalan
ia tiada lain hanyalah
jalan menuju ke warta*.

Rumah yang kekal adalah syurga
bagi orang yang selalu taat
neraka pula ....bagi yang durhaka.

Oleh itu hendaklah ingat.

Liputilah kami.. Ya Allah..!
dengan belas kasihanMu
cukupilah kami, peliharalah kami
dari fitnah dan kesesatan
berilah kami taufik, hidayat dan pimpinlah kami
di atas jalan pemimpin umat
serta penghulu kami
buatnya... selawat Allah dan salamnya
yang berkekalan
terus menerus ke bila-bila
hingga ke akhir zaman
keluarga, kemudian sahabat tabi'in
juga pun demikian
dengan penuh berkat mereka
kami pohonkan keselamatan.

Isnin, Oktober 26, 2009

Manusia atau Dunia ?


bumi untuk keamanan dan cabaran

Entahlah, hidup di dunia ini memang sering berhadapan dengan cabaran. Mungkin itu sudah menjadi lumrah bagi mahluk tuhan yang dinamakan Adam dan Hawa, malahan Adam dan Hawa pun menghadapi cabaran semasa berada di syurga, lantaran digoda oleh syaitan laknat, maka keduaduanya tercampak ke bumi ini, hingga kini diwarisi oleh berjuta-juta manusia dengan berbagai-bagai ragam dan kerenah yang memang tidak dapat baiki lagi.

Sejarah dari kitab suci quraan banyak menceritakan sejarah tentang kaum-kaum yang sudah lupa dengan perintah Allah. Dan seterusnya diturunkan pula seseorang untuk memberi pertunjuk dan jalan supaya penghuni dunia bertaubat dan berbalik semula beriman kepada Allah. Namun hanya segelinter sahaja yang mahu mendengarnya. Akibatnya Allah lenyapkan mereka ini dari muka bumi sebagai balasan kepada mereka yang telah pun diberi ingatan dan amaran sebelumnya.

peringatan untuk kita semua

Bercakap tentang cabaran dan kesulitan, ini adalah asam garam hidup, suka atau pun tidak, kita kena hadapi dengan tenang. Walaupun pedih, bisa dan ada kalanya ia tidak boleh melelapkan mata, hinggakan tidak dapat merasai nikmat kelazatan makanan, hadapilah dengan sabar dan berilah kerjasama. Kekadang manusia ini sudah hilang pertimbangan. Asyik mementingkan diri sendiri, tidak memikirkan perasaan orang lain. Entahlah. Siapakah yang patut disalahkan ?
manusia atau dunia?

Sabtu, Oktober 24, 2009

Majlis Doa Selamat


Dimaklumkan bahawa seorang rakan blogger bernama "Zedmagel" dan bapanya akan
menunaikan fardu haji pada 10.11.2009 . Justeru satu
majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan dirumahnya di Pekan Semerah pada
hari Sabtu 24.10.2009.
suasana dikhemah jamuan

rakan-rakan yang hadir di majlis tersebut

YB. Dato' Haji Ariss Bin Samsuddin ADUN Semerah
antara yang hadir
Saudara Zedmagel bersama bapanya yang akan menunaikan haji

menyambut tetamu yang hadir

majlis bermula dari jam 12.00 tnghari hingga jam 5.00 petang.
Kepada Zedmagel dan bapanya, saya doakan agar selamat pergi dan selamat kembali,
mudah-mudahan sihat tubuh badan dan dapat mengerjakan segala rukun dan wajib haji dengan sempurna dan seterusnya mendapat haji yang mabrur. Amin.



Khamis, Oktober 22, 2009

Cinta agama

tawaf mengelilingi kaabah

Imam Nawawi pernah berkata tentang cinta :

Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau
hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku
padamu.

novita-bunga-mawar-60x70-oil-on-canvas.jpgnovita-bunga-matahari-60x70-oil-on-canvas.jpg

Selasa, Oktober 20, 2009

Bengkel Keibubapaan

Disekitar Bengkel Keibubapaan Siri 3 Tabika Kemas Mampan. Pada 20.10.2009.
Di balairaya Kg. Pedada Kuning, Batu Pahat, Johor.

Pembentangan modul 1-Perkembangan awal kk 0-6 tahun
Bengkel 2 - Pemakanan Sihat

Pengerusi Tabika Kemas menerima cenderahati dari Pegawai Kemas

Ahad, Oktober 18, 2009

Ziarah dan Jemputan

Beraksi untuk kenangan

Alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya dapat juga saya mengunjungi rumah Saudara Leenoh pada pagi Sabtu 17.10.2009 sekitar jam 10.00 pagi. Walaupun sesat pada awalnya, tetapi setelah Sdr Leenoh menyuruh menunggu di hadapan SM Teknik akhirnya hajat saya tercapai. Walaupun hanya lebihkurang satu setengah jam berjumpa, tetapi kami rasa amat bersyukur. Terima kasih Sdr Leenoh. Insa'allah kalau dipanjangkan umur, kita akan berjumpa lagi, mungkin di rumah anda yang baru.

Pada sebelah tengaharinya, saya terus ke Ampang Hilir kerana menghadiri majlis nikah anak saudara. Pada sebelah petangnya pula, majlis tahlil arwah dan juga majlis menepung tawar.Nampaknya program pada hari itu sangat padat. Justeru saya terpaksa membuat kunjungan yang agak pendek masanya ke rumah Sdr Leenoh. Majlis berakhir pada jam 11.45 malam.
Majlis pada malam itu seterusnya di sambung pada hari Ahad 18.10.2009 yang berlangsung di Dewan Pandan Lake Club, Pandan Perdana Cheras.

Tiba semula di kampung ada jam 10.32 malam.
Suasana di Pandan Lake Club

Sabtu, Oktober 17, 2009

Takziah -Allah Jua Yang kekal.


Saya baru menerima sms dari saudara Lenz bahawa bapa kepada Blogger Saudara Amirhamzah64 telah meninggal pada jam 3.45 petang hari Jumaat 16.10.2009. Saya ucpakan Takziah kepada saudara Amir.
Kepada Saudara Amirhamzah bersabar dan saya doakan agar roh Arwah bapanya ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang soleh. Amin dan Alfatihah ....dihadiahkan kepada arwah.
Maaf kepada Saudara Amir kerana tidak dapt hadir bersama semasa pengkebumiannya kerana
buat masa ini saya berada di KL.

Khamis, Oktober 15, 2009

Unofficial MOU

Akibat dari kekurangan tenaga kerja tempatan, terutamanya dalam sektor pertanian
dan perladangan, pekerja luar terpaksa diimport untuk memastikan pengeluaran dan export minyak sawit sentiasa mencukupi untuk permintaan pasaran tempatan dan luar negara.

You must cut down the old palm stems, clear the bushes and then "racun" the unnessessery grass.
I don't care the costs and what I want is satisfaction.
Beres Pak ! Usah khuatir, segala-galanya akan dikerja-in dengan baik sekali.

Rabu, Oktober 14, 2009

SIREH

Nenek kita dahulu suka makan sireh
dan boleh dikatakan setiap rumah ada di tanam pokok sireh,
ini kerana peranan sireh amat penting dalam budaya orang zaman dahulu.
Oleh kerana selalu makan sireh, walaupun sudah tua, tetapi gigi orang dahulu
amat tahan dan jarang-jarang dari mereka yang rosak giginya.
Zaman moden ini peranan sireh sudah berkurangan, sireh cuma digunakan di dalam majlis-majlis pertunangan atau perkahwinan. Itupun hanya digunakan sebagai hantaran atau hadiah yang wajib diadakan. Ia dipanggil Sireh Junjung.
Daun sireh,pinang, kapor dan gambir jadi kesukaan nenek kita zaman dahulu
Ia menjadi menu utama yang mula-mula dihidangkan kepada tetamu kita.


Sireh junjung hanya digunakan dalam majlis pertunangan sebagai hadiah utama yang
mengiringi hantaran-hantaran atau hadiah-hadiah lain. Daun sireh temu urat

Orang kata sireh temu urat ini banyak gunanya. Selain untuk digunakan dalam perubatan tradisional melayu, ia juga digunakan sebagai "penyeri muka".Tetapi sebelum memakannya
sireh itu hendaklah dijampi. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu
tentang jampi penyeri muka.

Disubuh hening terdengar takbir
Suaranya merdu jelas dikata
Embun pagi udara nya bersih:
Bila tersenyum terukir dibibir
Seri wajah naik ke muka
Bertemu urat bertemu kasih.

Kegunaan sireh di zaman moden.


Isnin, Oktober 12, 2009

Perjumpaan Hari Raya Mukim 4.

Petang tadi saya dan isteri ke Muar untuk menyempurnakan jemputan kahwin yang telah diadakan pada 10.10.2009. Walaupun khenduri kahwin tu dah dua hari berlalu, tetapi saya pergi juga untuk menyempurnakan jemputan itu. Pada 10.10.2009, saya ada komitment lain yang amat padat hingga masa tidak mengizinkan saya untuk ke Muar. Jadi untuk tidak menghampakan tuan rumah, saya pergi pada hari ini (12.10.2009.)
Sampai di rumah jam 7.25 malam. Selepas solat Isyak terus ke Parit Sulong untuk menghadiri satu lagi majlis, iaitu Majlis Perjumpaan Hari Raya Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Mukim 4.
Walau penat dan kesihatan tidak setabil, saya gagahi juga ke sana. Kalau tak pergi, jawabnya ...entah lah.







Diantara tetamu yang hadir pada malam tersebut.
diantara menu jamuan malam tu