Jumaat, Oktober 30, 2009
Mimbar Jumaat
Khutbah Jumaat bagi masjid di negeri Johor hari ini bertajuk "Mutiara Iman".
Dalam khutbahnya pada hari ini antara lain khatib menerangkan bahawa iman merupakan satu perkara yang penting dalam diri seseorang. Kepentingan untuk memiliki keimanan yang teguh adalah melebihi dari segala tuntutan Islam yang lain. Tiada faedahnya jika seseorang itu beribadat siang dan malam sedangkan imannya rosak dan dipengaruhi dengan unsur-unsur syirik. Sesungguhnya amalan-amalan syirik hanya akan menghalang seseorang dari mendapat keredhaan dan syurga Allah.
Oleh yang demikian, marilah kita sentiasa menjaga nilai iman dan taqwa serta berusaha untuk mempertingkatkan ibadat kita bagi mendekatkan diri kita kepada Allah swt.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
InsyaAllah...semoga apa yg diperkatakan dalam en3 kali ini akan menjadi panduan idop saya dan keluarga....
begitu jua saya,doakan ya.
Catat Ulasan