Rabu, Oktober 28, 2009

Untuk tatapan dan renungan 2

ke arah pintu "babusalam" masjid Nabi Madinah

Tika ini sudah ramai jemaah kita yang berada di tanah suci Madinah dan Mekah dalam perjalanan untuk menunaikan rukun Islam kelima. Manakala ramai lagi yang menunggu saat dan tikanya untuk terbang ke sana dengan maksud yang sama.

Sebut saja Mekah dan Madinah, saya teringat sebuah drama tv yang bertajuk "Cinta Madinah". Saya ikuti drama ini, tetapi tidak sampai ke akhir cerita, oleh kerana kekangan waktu. Walau-bagaimana pun saya ikuti drama ini melalui youtube.

Apa yang menarik diakhir drama ini ialah puisi/sajak yang dibaca di dalam drama ini. Sajak ini sangat baik untuk kita baca dan ianya benar-benar menyentuh hati saya. Di bawah ini biarlah saya tuliskan semula, agar ianya menjadi renungan kita semua.

:
بسم الله الرحمن الرحيم

Bertakwalah kepada Allah
pada hal rahsia dan terang
bersihkan hatimu
dari penyakit bathin yang menyerang.

Perangilah hawa nafsu
yang hanya bertujuan
mengumpul harta untuk dunia
yang penuh ujian.

Jika kau redha dengan takdir
nescaya kau hidup bahagia
jika tidak redha denganNya
nescaya kau hidup merana.

Bersahabatlah dengan orang baik
ahli ilmu dan hidayat
jauhilah...jangan berteman
orang yang buat maksiat.

Bersembahyang biar hati khusyuk
jauh dari kelalaian
jangan lupa mengingati kubur
sama dengan kain kafan.

Dunia ini bukanlah rumah
untuk hidup berkekalan
ia tiada lain hanyalah
jalan menuju ke warta*.

Rumah yang kekal adalah syurga
bagi orang yang selalu taat
neraka pula ....bagi yang durhaka.

Oleh itu hendaklah ingat.

Liputilah kami.. Ya Allah..!
dengan belas kasihanMu
cukupilah kami, peliharalah kami
dari fitnah dan kesesatan
berilah kami taufik, hidayat dan pimpinlah kami
di atas jalan pemimpin umat
serta penghulu kami
buatnya... selawat Allah dan salamnya
yang berkekalan
terus menerus ke bila-bila
hingga ke akhir zaman
keluarga, kemudian sahabat tabi'in
juga pun demikian
dengan penuh berkat mereka
kami pohonkan keselamatan.

8 ulasan:

maiyah berkata...

bila dpt gi nih huhuuu

Dee berkata...

x pernah tgk cerita itu..leh lah tgk kt youtube nanti..

zai berkata...

Salam pak kuntong..

Mmg sajak itu sangat menginsafkan..terasa terkesan dihati pesanannya..semoga kita terus diberi kekuatan utk menempuh semua gelombang ujian didunia ini dengan jayanya..

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Itu sajak ke doa.? Bagus petikan ayatnya. Boleh di amalkan.

KUNTONG berkata...

dee: "its a love story you know"

KUNTONG berkata...

maiyah : kalau berazam, insaallah akan sampai.

KUNTONG berkata...

zai: semoga kita semua dapat menambah nilai pada diri kita dalam mencari keredhaan Allah.

KUNTONG berkata...

zed: saya masih terbayang dgn suasana di mekah dan madinah walaupun sudah 6 thun berlalu. kalau lah boleh, rasa nak terbang ke sana saat ini juga. Aku amat rindu padanya. Doakan saya zed.