Isnin, Oktober 26, 2009

Manusia atau Dunia ?


bumi untuk keamanan dan cabaran

Entahlah, hidup di dunia ini memang sering berhadapan dengan cabaran. Mungkin itu sudah menjadi lumrah bagi mahluk tuhan yang dinamakan Adam dan Hawa, malahan Adam dan Hawa pun menghadapi cabaran semasa berada di syurga, lantaran digoda oleh syaitan laknat, maka keduaduanya tercampak ke bumi ini, hingga kini diwarisi oleh berjuta-juta manusia dengan berbagai-bagai ragam dan kerenah yang memang tidak dapat baiki lagi.

Sejarah dari kitab suci quraan banyak menceritakan sejarah tentang kaum-kaum yang sudah lupa dengan perintah Allah. Dan seterusnya diturunkan pula seseorang untuk memberi pertunjuk dan jalan supaya penghuni dunia bertaubat dan berbalik semula beriman kepada Allah. Namun hanya segelinter sahaja yang mahu mendengarnya. Akibatnya Allah lenyapkan mereka ini dari muka bumi sebagai balasan kepada mereka yang telah pun diberi ingatan dan amaran sebelumnya.

peringatan untuk kita semua

Bercakap tentang cabaran dan kesulitan, ini adalah asam garam hidup, suka atau pun tidak, kita kena hadapi dengan tenang. Walaupun pedih, bisa dan ada kalanya ia tidak boleh melelapkan mata, hinggakan tidak dapat merasai nikmat kelazatan makanan, hadapilah dengan sabar dan berilah kerjasama. Kekadang manusia ini sudah hilang pertimbangan. Asyik mementingkan diri sendiri, tidak memikirkan perasaan orang lain. Entahlah. Siapakah yang patut disalahkan ?
manusia atau dunia?

6 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Sdr.Kuntong.

Dunia atau alam lumrahnya berkhidmat untuk manusia, di dalamnya terkandung cabaran dan ujian. Manusia terpaksa pandai-pandailah mencari jalan yang selamat untuk meluluskan diri dari cabaran dan ujian tersebut.

Tetapi manusia tidak dibiarkan begitu sahaja malah mereka dibekalkan dengan panduan. Insya Allah selamat.

Hunny berkata...

Salah siapa sering ditanya,
Salah mereka atau kau saja..

Itu lirik lagu kumpulan KRU dulu.

Yang pastinya, dunia adalah makhluk yang tak berakal, as compared to manusia, ada nafsu, ada akal.. dan merupakan sebaik2 kejadian..

jadinya, takkan nak salahkan makhluk yang taka ada akal Wak? tentulah manusia yang salah, sebab kita dah janji setia pada Allah dan amanahnya, tapi kita tak buat..

zedmagel berkata...

Salam Saudaraku Kuntong,

Lama tidak mengunjungi blog kekawan semua. Sangat rindu sekali.

Terima kasih sudi berkunjung ke majlis doa selamat saya dan bapa. Moga Allah SWT jua yang merahmati usah semua yang sudi hadir.

KUNTONG berkata...

Sdr Leenoh: kekadang manusia tidak akan sedar bahawa yang selalu membuat bumi bertindak adalah akibat dari kesalahannya. Itulah manusia.

KUNTONG berkata...

Hunny : jarang jarang ada manusia yg mengaku kesalahannya, begitu ler Hunny.

KUNTONG berkata...

Zed: sama-sama zed, semoga anda dn bos selamat dlm semua urusan haji.
(Haji Zedmagel)