Ahad, Oktober 18, 2009

Ziarah dan Jemputan

Beraksi untuk kenangan

Alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya dapat juga saya mengunjungi rumah Saudara Leenoh pada pagi Sabtu 17.10.2009 sekitar jam 10.00 pagi. Walaupun sesat pada awalnya, tetapi setelah Sdr Leenoh menyuruh menunggu di hadapan SM Teknik akhirnya hajat saya tercapai. Walaupun hanya lebihkurang satu setengah jam berjumpa, tetapi kami rasa amat bersyukur. Terima kasih Sdr Leenoh. Insa'allah kalau dipanjangkan umur, kita akan berjumpa lagi, mungkin di rumah anda yang baru.

Pada sebelah tengaharinya, saya terus ke Ampang Hilir kerana menghadiri majlis nikah anak saudara. Pada sebelah petangnya pula, majlis tahlil arwah dan juga majlis menepung tawar.Nampaknya program pada hari itu sangat padat. Justeru saya terpaksa membuat kunjungan yang agak pendek masanya ke rumah Sdr Leenoh. Majlis berakhir pada jam 11.45 malam.
Majlis pada malam itu seterusnya di sambung pada hari Ahad 18.10.2009 yang berlangsung di Dewan Pandan Lake Club, Pandan Perdana Cheras.

Tiba semula di kampung ada jam 10.32 malam.
Suasana di Pandan Lake Club

5 ulasan:

T.u.Y.a berkata...

salam PK..
alhamdulillah,segala program PK berjalan lancar ye..
selamat tiba ke KL dan dah pun selamat sampai ke rumah semula..

KUNTONG berkata...

Tuya: Temakasih Tuya, niat di hati nak jga ke umah anda, tapi dek masa yg x mngizinkan, maka x le dapat .lg pun banyak prgm yg trpksa ditinggalkan smasa sya di KL. ok.
(maruku ada lagi x)

maiyah berkata...

wah meriah majlis kawin ni, makan lagik :)

eiza in the house.. berkata...

wah pink color sepengantin manis di pentas persandingan..
alhmdulilah..
semua pakcik dpt hadirkan..
tak sngka pakcik bebalas kunjung ngan pakcik leenoh tu..

Hunny berkata...

Salam Wak Kuntong,

Kenapa tak bagitau turun Shah Alam? Boleh saya belanja makan?