Jumaat, Julai 31, 2009

Diantara dua jenis perhimpunan



Gambar tunjuk perasaan dipetik dari google

Nasihat ikhlas:
Jangan jadi alat kepada segolongan manusia, nanti menyesal tidak berguna.





Khamis, Julai 30, 2009

wargatua وركتوا

السلام عليكم ورحمت الله وبركاته

Imaginasi seorang rakan tentang aktiviti-aktiviti di waktu malam bagi warga tua, walaupun dah nak sampai maghrib, tapi jangan ketinggalan zaman tentang ICT.
Perlu tahu serba sedikit, jangan buta huruf dahlah dan jangan sampai dikonon oleh anak-anak kita.



Rabu, Julai 29, 2009

200ڤرتنديڠن ديسا چمرلڠ 9


200ڤرتنديڠن ديسا چمرلڠ 9

Pertandingan "Anugerah Desa Cemerlang" 2009


Hari ini adalah hari yang ke sepuluh saya ke pusat teraphy percuma di bandar Batu Pahat. Walaupun tak ada apa-apa sakit kronik, tapi saya pergi juga. Mudah-mudahan kesihatan kita terus seperti yang dikehendaki.

Semalam, dinyatakan oleh petugas, kedatangan adalah lebih dari 1300 orang. Belum lagi mencapai sasarannya 1500 sehari. Sesiapa yang ada sakit jantung, kencing manis dan sakit-sakit yang sewaktu dengannya, bolehlah datang, percuma. Cepat sementara perkhidmatan itu masih ada.

Jam 2.00 petang terus ke Kampung Separap, kerna kampung itu menjadi wakil Mukim 4 dalam pertandingan "Desa Cemerlang 2009". Saya rasa ada seorang blogger yang datang dari kampung itu. Saya tahu nama saja, tapi tak pernah bersua, Laman blognya pun famous juga. Tak payah le saya nak cerita panjang tentang pertandingan itu. Imej yang dipaparkan akan menceritakan segala-segalanya.


Para Hakim

Para Hakim

Murid-murid Tabika

Persembahan Silat



Barisan JKKK

Semoga berjaya.

Ahad, Julai 26, 2009

Sabtu, Julai 25, 2009

Apa dah jadi....


APA DAH JADI KEPADA GADIS-GADIS KITA ?
KURANG KE LELAKI YANG BAIK-BAIK DI NEGARA INI ?

(Petikan dari Utusan online)

KUALA LUMPUR 12 Julai – Trend mencari teman atau kekasih di kalangan lelaki Asia Barat kini menular di kalangan gadis pintar dan wanita profesional yang kesepian.

Bermodalkan paras tampan serta menampilkan ciri-ciri lelaki romantik lelaki Asia Barat, ‘Pak Arab’ ini mudah mencairkan hati wanita yang kesunyian.

Apatah lagi jika mereka mengaku sebagai ahli perniagaan dan golongan intelektual, cinta wanita yang menjadi pilihan lebih mudah diraih.

Trend mempunyai kekasih ‘Pak Arab’ telah lama menular di institusi pengajian tinggi (IPT) berikutan peningkatan jumlah warga Asia Barat yang menuntut di negara ini.

Walaupun baru mengenali ‘Pak Arab’, gadis IPT tersebut mudah terjebak dengan jerat cinta hingga ada yang sanggup menggadai kehormatan mereka.

Berdasarkan statistik daripada Jakim itu, timbul persoalan sejauh mana tulusnya cinta ‘Pak Arab’ terhadap wanita negara ini.

Penulis yang meninjau kawasan-kawasan yang digemari oleh warga Asia Barat itu mendapati wanita yang menjadi kekasih Pak Arab semakin meningkat.

Mereka tidak ‘segan silu’ lagi mengikut ‘Pak Arab’ bersantai di kafe-kafe dan pusat beli-belah di ibu kota.

Siswi-siswi di pusat-pusat pengajian tinggi pula tidak malu mengaku mempunyai kekasih hati di kalangan ‘Pak Arab’.

Gara-gara mabuk cinta, gadis-gadis pintar ini mengikut telunjuk kekasih hingga terjebak dengan gaya hidup yang tidak bermoral.

Ada kalangan mereka sanggup merelakan maruah diri tergadai demi menagih cinta Romeo Asia Barat ini hingga lupa risiko yang bakal dihadapi.

‘‘Setiap kali aku bernafas, aku mengingatimu.”Itulah antara ungkapan cinta indah dilafazkan oleh jejaka Arab kepada gadis yang ingin ditawan.

‘‘Mengambil kesempatan atas kelalaian saya. Saya terlena dengan janji-janji indah seorang jejaka asing,’’ kata Aleeza yang menasihatkan gadis negara ini supaya menjadikan kisah cintanya sebagai iktibar.

‘‘Dalam asyik berkasih saya tidak sedar maruah diri turut tergadai. Ketampanan Imran meleburkan iman saya. Kini baru saya sedar bukan kasih sejati Imran tawarkan. Cinta Imran bertopeng nafsu semata-mata.

Samalah kita renungi senario ini.



Jumaat, Julai 24, 2009

Dah membiak dah......



Cerita ayam: KER......rrrrrrrrrrrr.
Gambar-gambar di bawah adalah hasil kerja tangan member BP blogger, dulu dia lukis gambar ayam-ayam yang member dia bela tu belum membiak, cuma sikit aja (sebagai permulaan agaknya).



Tetapi setelah beberapa bulan ....maka......

Tetapi setelah beberapa bulan, ayam tu dah membiak, maklumlah di satukan dalam reban besar. Tak kan ayam jantan tu nak tengok aja ayam betina yang cun-cun tu, tentulah dia sekoding dengan ayam betina tu.

Dah lah tu, bapak ayam tu sapu semua ayam-ayam betina kat situ. Ah....betul-betul lah dia tu 'bapak ayam'. Maka al kisahnya bertambah ramailah keturunannya. Dan orang yang punya ayam tu pun tersenyum aja melihatkan ayam-ayamnya bertambah. Dengan itu kalau tak larat nak makan ayam, bolehlah dijual .Boleh juga tambah pendapatan....

Ehhhhh merepek pula cerita otai ni....tapi jangan tak tau...di sebalik cerita ni ada seribu...dua ribu....maksud dan hikmah........hanya imaginasi anda yang membaca saja dapat mengupas tentang rahsia di sebalik cerita si otai ni...

Maaf......
Lepas tu, tengok gambar di bawah......

boleh dibela.......

ah....yang ini tak ada orang kampung yang nak bela, tapi bukan main RAMAI, habis tanaman yang ditanam habis dihungkesnya. Dahlah tu, kalau depa mai...anak beranak....cucu cicit pun di bawanya.Sekarang ni..nama nya tengah popular diseantero dunia. Semua takut. Sekarang ni...kaum depa tengah buat tuntutan yang bukan-bukan kepada tuan tanah kedawung. Ini yang merisaukan. Yang peliknya ada pula sesetengah anak beranak tuan tanah kedawung yang dok sama-sama dengan depa. Pelik.....
















Khamis, Julai 23, 2009

Petikan;

Dipetik dari bhonline:









Rabu, Julai 22, 2009

Sendiri mau ingat la.....

Renungan bersama :
[1tun.jpg]
Kami hanya pertahan hak kami, kami tidak akan ambil bahagian orang lain. Kami tidak kacau.....

Apa kata Tun Dr Mahathir..........(sebahagian sahaja)
Untuk renungan bersama : (Dipetik dari Berita Harian 21.7.2009)


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bukan Melayu perlu mengambil kira pengorbanan orang Melayu yang sudah banyak berkorban bagi memenuhi tuntutan kaum lain demi keamanan dan perpaduan negara.

Sehubungan itu, katanya, jika mereka (kaum lain) menjadi Melayu, mereka perlu bertanya diri sendiri sama ada orang Melayu perlu berkorban segala-galanya bagi memenuhi tuntutan kaum lain.

"Saya berpendapat jika negara mahu aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum perlu adil walaupun tidak sama. Janganlah mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah.

Beliau berkata, selepas 39 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB), Bumiputera yang bilangannya hampir 60 peratus daripada jumlah penduduk, hanya mendapat 20 peratus kekayaan dan ekuiti walaupun matlamat asal 30 peratus.

Katanya, ia berbeza dengan kaum lain yang walaupun mewakili 26 peratus daripada populasi penduduk, mendapat hampir 50 peratus kekayaan negara.

Katanya, ia berbeza dengan kaum lain yang walaupun mewakili 26 peratus daripada populasi penduduk, mendapat hampir 50 peratus kekayaan negara.


Renungilah untuk generasi akan datang.







Selasa, Julai 21, 2009

Pengajaran dari Israq Mikraj جا ڠن مڠومفت سسا م کيت


" جا ڠن مڠومفت سسا م کيت "
Pengajaran dan hikmah dari perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa:

Masjidil Haram


Masjidil Aqsa

Peristiwa : Sekumpulan orang memakan daging saudaranya sendiri.
Akibat : Suka mengumpat atau mengata orang semasa hidupnya.
Pengajaran : Jangan suka mengata atau mengumpat.

Untuk saya dan saudara sekelian.


Sabtu, Julai 18, 2009

اسراء دان معراج

Mengingati dan mencari hikmah dari peristiwa Israk dan Mikraj:

کعبه دمسجد الحرام

اسراء دان معراج اداله ڤرايستيوا لوار بياس ملڠکاوي فنچا ايندرا مأ نسي تتاڤي ممبوقتيکن کا کوڠن دان ککواسأ ن الله يڠ .مڠواساءي لاڠيت دان بومي .
27
رجب هويوم تا ريحي للشعب الا سلام. ذلک
لان هذ ا حدث ليلت القدراشراء معراجررأى

. النبي محمد صلى عليه والسلام



کونتوڠ الممڤني - 18 جولي 2009

Jumaat, Julai 17, 2009

Kenangan Mengusik Jiwa 1957.

Kenangan mengusik Jiwa:
Penambang kini menjadi Kampung Peserai Penambang
( bekas laluan kenderaan untuk naik ke feri di sekitar tahun 50an,60an dan awal 70an )

Pagi Jumaat 17hb. Julai 2009, saya memandu ke satu kawasan yang sudah lama tidak dikunjungi, walaupun tempat itu tidaklah berapa jauh tetapi oleh kerana tempat itu terletak diluar jalan-jalan harian saya. Tempat itu dipanggil "Peserai Penambang".

Dulu setiap hari tempat ini sentiasa penuh dengan orangramai yang berulang alik dari Muar ke Batu Pahat dan sebaliknya. Untuk ke bandar Penggaram (Bandar Batu Pahat) kita terpaksa menyeberang Sungai Batu Pahat dan kenderaan seperti kereta dan lori terpaksa naik feri, dan orangramai kena naik sampan atau pun bot tambang.

Sampan berenjin, digunakan oleh penduduk sekitar / kampung berdekatan
untuk ke bandar di seberang. Dulu sampan menggunakan pengayuh.

Saya adalah salah seorang yang terpaksa menyeberang sungai ini setiap hari bersama-sama basikal buruk dengan menaiki sampan, untuk pergi ke sekolah High School dalam tahun 1957. Sebelum sampai ke Peserai Pantai atau penambang, saya terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 km dari kampung.

Bangunan tempat menunggu sampan atau bot untuk menyeberang ke Bandar Penggaram sekita tahun 1950an dan 60an.
Sekarang kelihatan terbiar dan buruk

Semenjak jambatan Batu Pahat dibina, tempat ini sudah tidak dikunjungi lagi. Sekarang tempat ini menjadi sebuah kampung nelayan yang dipanggil "Peserai Pantai".


Kelihatan Bandar Penggaram dari seberang Kampung Peserai Pantai

Suasana bandar Penggaram berhampiran pasar awam

Sekarang tempat ini terbiar, walaupun disekelilingnya terdapat beberapa buah kampung serta sebuah gudang beras Syarikat Faizah yang sudah tidak beroperasi kerana berpindah ke kawasan lain. Kampung-kampung berhampiran adalah kampung yang dibina selepas tempat ini tidak digunakan lagi.

Jikalau tempat ini diusahakan dan dijadikan satu kawasan rekreasi, saya pasti, tempat ini akan menjadi satu kawasan pelancongan yang popular. Kawasan yang perlu diusahakan ialah dari kawasan jambatan ke kawasan penambang.


Mudek sampan sampai ke hulu,
Sambil memancing si anak pari;
Bila terkenang masa dahulu,
Membuat kita tersenyum sendiri.




Khamis, Julai 16, 2009

Jodoh di tangan tuhan.


Sehebat mana pun cinta kita terhadap seseorang, kalau bukan jodoh kita, ianya tidak akan jadi teman kita untuk hidup bersama. Segala-galanya ditentukan olehNya. Bak kata orang dahulu, kalau ada jodoh bertemulah kita. Walaubagaimana pun kita kena berusaha untuk mencari jodoh yang sesuai dengan mata dan hati kita.
بسم الله الرحمن الرحيم .
Bacalah doa di atas, siapa tahu........siapa sangka..........mudah2an tuhan akan memakbulkan doa anda. Ingat :(Hanya untuk yang belum berkahwin sahaja). Yang dah bernikah tu, jangan cari fasal.






Rabu, Julai 15, 2009

kalah dan menang -ada hikmahnya.

Untuk Melayu Islam.

yang menang ada kalahnya,
yang kalah ada menangnya.
yang menang tidak menang semua,
yang kalah tidak kalah semua.

pada yang menang
segala janji mesti ditunaikan,
jangan tunai untuk diri sendiri,
kerana janji telah sedia terperi
nanti Allah murka,
yang kalah perlu muhasabah diri,

kini,
yang tinggal,
kenangan manis dan pahit,
fitnah, seranah telah dihamburkan,
dosa pasti tercatit,
kata nista telah dihamburkan,
pada sesama Islam,
kata diri Islam,
bila kempen semua tenggelam,
bagaimana ini akan diselesaikan ?

ingat...!
kita berpecah dua,
depa dok tengok dengan gembira,
melayu maki melayu,
Islam maki Islam,
depa dok kata,
ayya...ini Islam ke?

nanti,
sampai waktunya,
kita semua lemah, pecah,
depa datang, hentam kita bersama,
dan.....akhirnya,
melayu mati....masuk hutan,
jadi kera.....tak tentu hala,
menangis kemudian tidak berguna.

15.07.2009.



Isnin, Julai 13, 2009

Apa kata orang luar.......

فرهيمفونن دعوه تبليغ سدونيا 2009




lets the images tell the whole story
how piecefull is our country
who dare to change this harmony situations
if so, they're really.............................









.

Ahad, Julai 12, 2009

Dari PWTC-Grand Seassons-Kampung.


Demi Islam dan Melayu:

restoran anak johor

Setelah tiga hari di KL, kami rombongan seramai 21 orang balik ke kampung . Kalau semasa ke KL kami naik bas yang disewa khas, kini kami balik ke kampung dengan bas ekspress SS Tranasional. Dua orang dari rombongan kami balik dahulu, sebabnya, kami pun tak tau, mungkin mereka ada kerja yang lebih mustahak di kampung.

Selepas makan tengahari di PWTC, kami balik ke hotel, bersiap-siap untuk naik bas di Puduraya, walaupun wacana belum habis. Apa yang kami diberitahu, pada sebelah malamnya, PM akan membuat penutupan rasmi wacana. Ini kami dengar dari rakan-rakan yang mendapat jadual yang diberi (berupa beg yang mengandungi fail kertas-kertas kerja yang dibentangkan serta beberapa cenderahati). Oleh kerana tersalah teknik, maka kami satu rombongan tidak mendapatnya, walaupun kami sampai awal. Hanya beberapa orang saja yang mendapatnya. Itu pun mereka mengemis dengan orang-orang ada di sana.

Kami ke perhentian Puduraya dihantar oleh bas shuttle. Jam 5.30 petang kami mula bertolak ke BP. Ketika hendak bertolak, terjadi kekecohan diantara penjual tiket haram dan seorang pemuda Bangladesh di dalam bas kami. Nasib baik tidak terjadi perkara-perkara yang tidak diingini. Ketika dalam bas, kami semua berdiam diri, mungkin mereka semua tidur, atau terkenangkan nasib semasa di KL.

Bagi kami berempat, agak malang agaknya. Dimalam pertama, kami berempat makan di sebuah kedai di Jalan Lumut, kami pilih kedai orang Johor,kerana kami merasakan kami patut membantu orang Johor. Tapi kami agak terperanjat kerana kami benar-benar terkena agaknya. Kami berempat makan makanan yang agak sederhana, tetapi kami berempat dikenakan harga yang agak tidak munasabah, dan ianya lebih dari bagdet yang diberi. Walaubagaimana pun kami hanya terperanjat sahaja.

sempat bergambar untuk kenangan di ruang masuk PWTC

Kami sampai di rumah pada jam 9.30 malam. Satu perjalanan yang penuh dengan kenangan yang tidak mudah dilupakan dalam usaha memertabatkan bangsa Melayu.

Terima kasih daun keladi..............................................





Jumaat, Julai 10, 2009

Malam kedua : entah.....le....


wacana belum bermula


Malam ini saya masih berada di KL, malam yang kedua. Esok wacana di PWTC akan disambng semula, program malam ni dibatalkan, saya sendiri pun tidak tahu sebabnya, kerana kumpulan kami tidak mendapat apa-apa jadual tentang program tersebut. Ketika entri ini ditulis, rakan blogger saya Saudara Amirhamzah64 mungkin sudah bertemu dengan rakan-rakannya "Klab Chedett di Ampang.

Saya dan rakan-rakan sebilik, ( Osman Dayan dan Taufik) memerap dibilik hotel, selepas saja makan malam, walau mata mengantuk,tapi mata tak mau lelap. Nak merayau pun macam tak larat. Nak berbual-bual dengan member-member dari kumpulan yang sama pun semuanya tak nampak.Tak tau kenapa. Kumpulan kami nampak semuanya semacam muram dan tak ceria seperti kumpulan-kumpulan lain. Seolah-olah kami semua kehilangan panduan. Masing-masing membawa diri masing-masing.

Peserta dari seluruh Malaysia

Semoga hasil dari wacana ini dapat mengembalikan maruah bangsa Melayu, kerana Melayu akan hanya maju dengan keazaman yang kuat dari diri Melayu itu sendiri. Jangan harap bangsa Melayu akan maju dengan pertolongan bangsa lain.

Sekian dari Kuntong.
KL /10.07.2009.

Khamis, Julai 09, 2009

Wacana di PWTC


Kelihatan Tun Dr. Mahadhir menjawab soalan

Salam : malam ini 9hb, Julai 2009 saya dan saudara Amirhamzah64 berada di Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur kerana kami adalah sebahagian dari jemputan ke Wacana yang bertajuk "Kedudukan Institusi Beraja & Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1 Malaysia" di PWTC pada 10-11 Julai 2009.

Ucaputama majlis akan disampaikan oleh Y.A.Bhg.Tun Dr. Mahathir Mohammad. Perdana Menteri Malaysia ke 4, manakala kita juga akan berpeluang mendengar pembentangan kertas kerja oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak pada hari kedua wacana ini.

Peserta mula masuk ke dewan

Semoga diakhir wacana ini dapat merumuskan sesuatu yang terus dapat memertabatkan institusi Beraja dan Bangsa Melayu.

Semoga Melayu terus hidup.