Ahad, Julai 12, 2009

Dari PWTC-Grand Seassons-Kampung.


Demi Islam dan Melayu:

restoran anak johor

Setelah tiga hari di KL, kami rombongan seramai 21 orang balik ke kampung . Kalau semasa ke KL kami naik bas yang disewa khas, kini kami balik ke kampung dengan bas ekspress SS Tranasional. Dua orang dari rombongan kami balik dahulu, sebabnya, kami pun tak tau, mungkin mereka ada kerja yang lebih mustahak di kampung.

Selepas makan tengahari di PWTC, kami balik ke hotel, bersiap-siap untuk naik bas di Puduraya, walaupun wacana belum habis. Apa yang kami diberitahu, pada sebelah malamnya, PM akan membuat penutupan rasmi wacana. Ini kami dengar dari rakan-rakan yang mendapat jadual yang diberi (berupa beg yang mengandungi fail kertas-kertas kerja yang dibentangkan serta beberapa cenderahati). Oleh kerana tersalah teknik, maka kami satu rombongan tidak mendapatnya, walaupun kami sampai awal. Hanya beberapa orang saja yang mendapatnya. Itu pun mereka mengemis dengan orang-orang ada di sana.

Kami ke perhentian Puduraya dihantar oleh bas shuttle. Jam 5.30 petang kami mula bertolak ke BP. Ketika hendak bertolak, terjadi kekecohan diantara penjual tiket haram dan seorang pemuda Bangladesh di dalam bas kami. Nasib baik tidak terjadi perkara-perkara yang tidak diingini. Ketika dalam bas, kami semua berdiam diri, mungkin mereka semua tidur, atau terkenangkan nasib semasa di KL.

Bagi kami berempat, agak malang agaknya. Dimalam pertama, kami berempat makan di sebuah kedai di Jalan Lumut, kami pilih kedai orang Johor,kerana kami merasakan kami patut membantu orang Johor. Tapi kami agak terperanjat kerana kami benar-benar terkena agaknya. Kami berempat makan makanan yang agak sederhana, tetapi kami berempat dikenakan harga yang agak tidak munasabah, dan ianya lebih dari bagdet yang diberi. Walaubagaimana pun kami hanya terperanjat sahaja.

sempat bergambar untuk kenangan di ruang masuk PWTC

Kami sampai di rumah pada jam 9.30 malam. Satu perjalanan yang penuh dengan kenangan yang tidak mudah dilupakan dalam usaha memertabatkan bangsa Melayu.

Terima kasih daun keladi..............................................





3 ulasan:

amirhamzah64 berkata...

salam pakcik,
Pengalaman manis dan pahit. Tapi yang penting saya dapat dengor ucapan Tun Mahathir.

KUNTONG berkata...

Hanya Melayu yang dapat membela Melayu. Melayu perlu belajar dari sejarah silam. Perpecahan dikalangan kita, tidak akan dapat mengembalikan maruah,dan hak Melayu. Perpecahan yang berlarutan adalah peluang yang baik bagi musuh Melayu untuk meranapkan dan seterusnya menjadikan kita pengemis lara ditanah air sendiri. Sadarlah wahai Melayu.Yang paling sedih ialah melayu sendiri yang menjatuhkan Melayu.

zedmagel berkata...

Salam Kuntong,

Wah dah balik seminar ni cakap berapi-rapi. Jangan Melayu sampai tak terbela dah le..Masa denganr semangat, dah balik. balik asal aje.