Isnin, Mei 25, 2009

cerita ke 2 tentang batu Puteh.


:القيصه ترسبوة سبواه چريتا دري سلاتن تانهاير

        WARNA BATU INI PUTEH PADA MULANYA. PHOTOSHOT DARI TEPI JALAN.

Negara kehilangan pulau batu puteh. Negara jiran telah mengambilnya melalui proses mahkamah. Insa'Allah, satu hari nanti, ia akan menjadi milik kita semula.

Tentang cerita batu puteh, di Kampung Batu Puteh,  Batu Pahat Johor  lain pula jadinya: 

Menurut cerita-cerita orang yang mengetahuinya:
Pada awal kemunculannya, mungkin kala itu tahun 40an atau 50an, ramailah orang datang melihat batu putih yang muncul di kawasan kebun seorang petani. Kami merasa pelik, kerana kawasan kampung itu adalah tanah rata, iaitu tanah liat dan mungkin tidak mustahil kalau ada kawasan bukit bukau. Kemunculan batu putih yang warna asalnya putih dan berkilat itu menarik perhatian. Seorang hamba Allah dari Singapura yang tertarik dengan kecantikkan batu itu dan beliau terus mengambil batu itu balik ke Singapura untuk dijadikan perhiasan.

Setelah beberapa malam, beliau bermimpi didatangi oleh seorang tua yang berjubah putih dan mengarahkan beliau memulangkan batu itu ke tempat asalnya pada waktu tengah malam seorang diri. Jika tidak .......... mungkin nahas akan menimpa kepada dirinya atau familinya.

         SEBAHAGIAN DARI BATU YANG MUNCUL DARI DALAM TANAH

Keesokan harinya, beliau terus memulangkan batu itu ke tempat asalnya.
Anda akan dapat melihat ketulan-ketulan batu ini seandainya anda melalui jalan Simpang Lima - Pt. Sulong. Ia bersebelahan dengan menara tangki air milik SAJ. Anda juga akan dapat melihat ketulan yang lebih besar dan tinggi seandainya anda masuk ke kawasan itu.

Sekian dari apa yang saya dengar. Allahua'lam.
جا ڠن ڤندڠ اتس :6

10 ulasan:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

SALAM pak cik Kuntong,

Memang pelik di tengah-tengah kawasan tanah liat timbul batu putih seakan-akan batu kapur. Saya hanya lalu di kawasan tersebut dan kadang-kala hanya menoleh saja kalau saya mahu ke Parit Sulong. Belum pernah saya berhenti jauh sekali untuk membawa balik cebisan 'batu putih 'balik ke rumah. Mungkin ada cerita mistik yang lebih menarik tentang Batu Putih yang menjadi nama bagi sebuah kampung -'Kampung Batu Puteh'. Agak-agak Pak cik tahun berapa agaknya muncul kawasan 'Batu Puteh' ini?
Apakah nama kampung asal sebelum 'Batu Puteh' ini ditemui?

sekian terima kasih.

lenz berkata...

i should say, do not come too close, you might get possessed by so call the unseen entities

Leenoh berkata...

Salam Kuntong.
Elok dibuat kajian di sekitar kawasan itu, mana tahu kalau-kalau ada emas atau emas hitam di situ. kalau ada kaya orang Batu Pahat nanti, kalau Allah nak beri rezeki ianya kan datang dari arah yang kita sendiri tidak sangka.

Unknown berkata...

batu puteh cakap jawa ape pkck?

KUNTONG berkata...

ngku : sama aja, batu puteh.(cuma sebutannya kena stress sikit.)

eiza in the house.. berkata...

salam pakcik..
hari2 eiza lalu dekat ctu pakcik..
dan bila org ada menebas kwsan tu nampaklah batu puteh tu mcm makin membesar..seolah berbentuk kapal laut..ape yerk misterinya batu puteh tu..mengikut kajian yg za dgr..
sepatutnya batu puteh tu tak wujud di tanah gambut..ermm..sungguh misteri..

KUNTONG berkata...

eiza nang jero omah: eiza tinggal di mana ? boleh britahu ! mungkin eiza pun slalu nampak Pak Cik.

Hunny berkata...

salam wak kuntong,

Batu tetap batu..

zedmagel berkata...

Bro Kuntong,

Batu Puteh sememangnya satu kejadian aneh yang berlaku di kampung tuan. Saya tahu serba sedikit ceritanya. Ceritanya begini yang saya pernah dengar.

Al kisah diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini, kisah ini berlaku pada suatu masa dahulu dimana di kawasan tersebut penduduk kampung sedang menguruskan majlis perkahwinan, sedang mereka sibuk menguruskan kenduri berkenaan maka lalu lah sepasang Sang Kelembai ( Sang kelembai ini mengikut dongengan yang empunya ceritera satu mahluk yang apabila dia menengur sesuatu, sesuatu itu akan menjadi batu).

Maka Sang Kelembai pun berasa hairan mengapa hari itu kampung tersebut begitu sibuk kelihatannya, lalu dia pun menengur - maka jadilah batu seluruh penduduk kampung itu iaitu di Kampung Batu Puteh.

Ini cerita dongeng, lalu Sang Kelembai pun menyesal akan perbuatnnya itu dan lari masuk ke dalam hutan dan tidak pernah keluar lagi. Wallahualam.

eiza in the house.. berkata...

eiza duk kg separap la pakcik ..hehe
tak pasti selalu nampak pakcik ke tak..pakcik suka ngeteh kat bt puteh yer?