Isnin, Mac 30, 2009

KEMATIAN- Berakhirnya sebuah perjalanan.


Semoga memuhasabah diri kita.

                                Bersemadinya jasad hingga yaumal kiamah.



Salam buat semua:

Pagi ini Isnin 30.3.2009 ada kematian di kampung sebelah. Jadi, sebagai hidup berjiran, kita kena pergi menziarahi waris si mati (melawat) istilah di sini. Tambahan orang yang meninggal itu kita kenal. Mudah2an Allah akan mengampunkan dosa-dosanya. Amin. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.





Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.


Jumaat, Mac 27, 2009

REBAN AYAM




Bapak ayam, ayam kampung, ibu ayam.......

Reban ayam


Dah dua tiga hari ni, saya sibuk buat kerja membina reban ayam. Dah lama tidak membela ayam kampung. Penat juga. Maklum sajalah saya ni bukan reti sangat tentang tukang menukang. Ini baru buat reban ayam dah rasa penat. Agaknya kalau disuruh buat rumah, hei .....macam mana agaknya rupa rumah itu. Penat tu bukan kerana apa, tapi memikirkan bagaimana nak buat. Tapi berdasarkan kepada pemerhatian, akhirnya siap juga. Tapi...tengoklah di gambar.

Tentang membela ayam kampung ni....dulu..... sepuluh tahun yang lepas ada juga membela ayam kampung. Banyak juga ekornya (bilangannya) tapi, selepas ayam-ayam di reban itu habis kesemuanya dibaham dek ular sawa, punah semangat untuk membela ayam kampung. Tetapi akhir-akhir ni, memandangkan agak jemu makan ayam bandar (istilah ayam yang dibeli di pasar) tergerak hati pula untuk membela semula.

Tambahan pula harga ayam adalah mahal iaitu RM15.oo sekilogram.

Ayam kampung mahal

Sebenarnya selepas saja saya tulis entri ini pada malam semalam, saya terus ke KL pada jam 5.00 pagi.Dan malam ini apabila saya sampai semula di rumah jam 12.20 malam 28.03.2009 saya terus saja sambung entri pasal ayam. Urusan penting di KL, dan apabila selesai, terus balik ke Batu Pahat. Bertolak dari KL pada jam 6.30 petang dan sampai di kampung pada jam 12.00 malam.Lambat kerana hujan dan jalan menghala ke selatan mengalami sesak hingga ke Senawang.

Bila bercakap tentang ayam ni, saya teringat senikata lagu yang dinyanyikan oleh Jalil Hamid. Senikatanya tak berapa ingat, tapi ada dari bait-baitnya menyebut tentang ayam ialah....ibu ayam....bapak ayam....ayam kampung....laga ayam..tidur-tidur ayam, ayam sabung....ayam terlepas tangan bau taik... ayam berak kapor dan lain-lain lagi. Tapi dia tidak ada suruh kita membela ayam. Kalau dia suruh orang membela ayam,macam mana agaknya bila orang-orang yang tinggal di rumah flat di suruh membela ayam. Dan orang yang tinggal di sekitar KL diwajibkan membela ayam, tentu haru biru. Kemungkinan dijalan jalan TAR dan di Jalan Chow Kit tentu penuh dengan ayam. Sudah tentu harga ayam merudum dan harga ayam kampung tidaklah berapa mahal. ( Idea yang gila-gila).

Doakanlah agar ayam-ayam yang saya bela akan membiak dari tiga jadi enam, kemudian jadi duabelas, kemudian jadi dua puluh empat dan seterusnya membiak jadi banyak, macam angan-angan Mat Jenin....kah....kah...dan tidak akan dibaham oleh dek ular sawa.

ULAR SAWA


Selasa, Mac 24, 2009

TERKENANG SEMASA DULU (JEJAK KENANGAN)




GAMBAR HIASAN







JEJAK KENANGAN:

Setelah selesai urusan di Johor Baharu, saya bertolak balik ke Batu Pahat menyusuri jalan lama. Sengaja melalui jalan lama JB ke Air Hitam. Jalan inilah yang sering saya dan mungkin anda gunakan sebelum Highway dibina.  Lagipun jalan ini tidak dikenakan tol, hanya cukai jalan yang kita tampal dicermin hadapan kereta yang dibayar setahun sekali. Jimat sikit.

Sesampai di Batu 30 Jalan JB=Air Hitam, iaitu di Kampung Ayer Manis,  saya berhenti di satu deretan bangunan kedai. Saya minum teh di kedai  seorang kawan lama Osman Ismail. Bila melihat bangunan ini saja, minda saya terus terkenang kembali pada tahun 1973. Di bangunan inilah saya  bertugas. Dulu bangunan ini ialah bangunan kedai yang diubahsuai untuk dijadikan bangunan sekolah SRJK (C) YU HWA AIR MANIS KULAI. Semua gambaran meresap kembali, disinilah saya mengajar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dimana murid-murid yang terdiri dari pelbagai kaum yang datang dari ladang  getah berhampiran. Sekarang banguna ini telah bertukar kembali menjadi deretan kedai. Malang bagi saya kerana tidak dapat merakam gambar bangunan ini dari luar, kerana hujan lebat.

Setelah berbual lebihkurang satu jam, saya teruskan perjalanan untuk mencari salah seorang anak murid sekolah itu yang bernama Zaiton Bte Selamat dan sekarang diberitakan berniaga makanan di sebuah warong di persimpangan jalan masuk ke tol Sedenak. Semasa saya mengajar, dia baru berumur 10 tahun. Beliau adalah salah seorang murid berbangsa Melayu yang belajar di sekolah rendah aliran cina.

Semasa meninggalkan sekolah tersebut pada tahun 1979, beliau berumur 10 tahun, kini bertemu semula  setelah lebih tiga puluh tahun tidak berjumpa.Kini beliau mempunyai 4 orang anak. 

Begitulah.........keadaan sebagai seorang pesara.Juga sebagai seorang pengembara yang tidak diketahui bila akan sampai ke destinasi. Yang pastinya, ia akan tetap sampai.Terkenangkan kisah-kisah lalu kadangkala membuatkan kita bersemangat untuk terus hidup di persekitaran yang begitu berbeza dengan harapan dan ilusi kita di zaman dulu.  

Apa yang diharapkan,agar dunia akan aman dan lebih maju, semoga hidup kita dan kehidupan generasi akan datang terus mendapat petunjuk dan  hidayah Allah swt.  
            Zaiton Selamat, murid semasa tahun 1973-1979.



        Bilik darjah menjadi deretan kedai.


     Berniaga dari dulu hingga kini.

Ini hanyalah sebahagian dari beribu kenangan, yang mungkin tidak terdaya untuk diungkap kesemuanya. Semoga kenangan ini akan menjadi satu semangat untuk kita sebagai insan yang di jadikan oleh ALLAH SWT untuk menjadi penghuni di dunia yang fana' ini.

Sekian dari saya.
Mac,2009.

Ahad, Mac 22, 2009

RENUNGAN UNTUK KITA.

KE ARAH MENGENAL DIRI:

 Gambar Hiasan

Kenangan untuk rakan-rakan semasa di Savannah Hill Resorts,
Sungai Tiram, Johor.
19.3.2009 hingga 22.3.2009.
Teruskan perjuangan agar Melayu tak hilang di dunia.

WARISAN

ANAK KECIL BERMAIN API
TERBAKAR HATINYA YANG SEPI
AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG

NENEK MOYANG KAYA RAYA
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMALAH KITA
CINTA LENYAP DIARUS ZAMAN

INDAHNYA BUMI KITA INI
WARISAN BERKURUN LAMANYA
HASIL MENGALIR KETANGAN YANG LAIN
PERIBUMI MERINTIH SENDIRI
MASA DEPAN SUNGGUH KELAM
KAN LENYAP PERISTIWA SEMALAM
TERTUTUPLAH HATI TERKUNCI MATI
MARUAH PERIBADI DAH HILANG

KINI KITA CUMA TINGGAL KUASA
YANG AKAN MENENTUKAN BANGSA
BERSATULAH HATI BERSAMA BERBAKTI
PULIH KEMBALI HARGA DIRI

KITA SUDAH TIADA MASA
MAJULAH DENGAN MAHA PERKASA
JANGANLAH TERLALAI TERUSKAN USAHA
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA.
KENANGAN:



kenagan bersama












































Isnin, Mac 16, 2009

ANAK KURNIAAN ALLAH


ANAK ADALAH KURNIAAN ALLAH:



MENDIDIK ANAK MERUPAKAN SATU AMANAH


Anak ialah kurniaan Allah. Mereka merupakan cahaya hidup dan penyambung zuriat hidup berketurunan. Bilamana kita berumahtangga, kita pastinya hendakkan anak, dan sesiapa yang belum mempunyai anak, setelah beberapa lama berumahtangga, cara lain diusahakan, seperti berubat cara moden atau cara tradisional. Dan yang terakhir sekali ialah mengambil anak angkat.

Anak akan menjadi nikmat dan sumber kebahagian jika dididik dan diasuh berdasarkan ajaran Islam, tetapi sebaliknya akan menjadi fitnah dan punca kesusahan jika tidak dididik dan diberi pelajaran serta diasuh sejajar dengan kehidupan sebagai seorang Islam. Ketahuilah bahawa anak dan harta benda kita akan menjadi ujian kepada kita, dan sesungguhnya disisi Allah jualah pahala yang besar.

Firman Allah yang bermaksud "Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu pun kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera dari syurga."

Kita, sebagai ayah atau ibu, adalah bertanggungjawab terhadap anak-anak. Ingatlah bahawa setiap ibubapa, akan diberi oleh Allah ganjaran atas kebaikan yang dilakukan dalam membentuk anak-anak samaada berupa pembiyaan, dorongan, pendidikan atau penjagaan sehingga anak-anak menjadi orang yang berilmu. Barangsiapa menuju kesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan nescaya Allah akan memudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga

ANAK ADALAH SATU KURNIAAN ALLAH

Dari itu, kita sebagai ibu atau bapa, marilah sama-sama kita mendidik dan mengasuh anak-anak kita ke suatu arah kehidupan yang diredhaai oleh Allah SWT. Dan barangsiapa yang masih menjadi anak, buatlah perkara-perkara yang baik dan diredhaai oleh Allah SWT agar ibubapa kita tidak kecewa hidup di dunia dan di akhirat .

Sekian kali ini, Wassallam.

Jumaat, Mac 13, 2009

KELEBIHAN WANITA


KELEBIHAN WANITA MENGANDUNG:

Hadis Nabi Muhammad: Hadis ke 2 dari 19 : Tentang kelebihan  WANITA(PEREMPUAN)  :

Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya
maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah mencatat baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan
dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan,


 Beruntungnya jadi wanita (perempuan yang mengandung).



Isnin, Mac 09, 2009

Wanita





DOA SEORANG WANITA



Kelebihan Wanita / Perempuan:
Satu dari sembilan belas Hadis Nabi Muhammad saw tentang wanita:

DOA PEREMPUAN LEBIH MAKBUL DARIPADA DOA LELAKI KERANA SIFAT PENYAYANG YANG LEBIH KUAT DARIPADA LELAKI. KETIKA DITANYA KEPADA RASULULLAH AKAN HAL TERSEBUT, JAWAB BAGINDA "IBU LEBIH PENYAYANG DARIPADA BAPA DAN DOA ORANG YANG PENYAYANG TIDAK AKAN SIA-SIA."

Ahad, Mac 08, 2009

Saya dah jawab.


Awards dari mimi:

Awards ini dari Cik mimi.blogspot.com.
Agak terlambat  menjawab kerana kesibukan, tapi jawab juga kerana kekawan maya:
 
[award.jpg]

Peraturan untuk menerima award ini ialah :

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" ini untuk diletakkan di blog anda..

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberi award ini kepada anda..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (korang bagi 5 fakta & 5 hobi pon boleyy!)

4. Anda perlu memilih penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda..

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag..


10 fakta tentang diri ini:

1.  Bapa kepada 5 orang anak dan suami kepada satu orang isteri saja.
2.  Sudah pun bersara dari kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan oleh pihak berwajib.
3.  Meminati bidang sastera.
4.  Buat kerja kebajikan untuk masyarakat keliling.
5.  Dilahirkan sebelum merdeka, zaman betul-betul tengah susah.
6.  Anak tunggal dari seibu sebapa.
7.  Anak sulong dari adik beradik seibu.
8.  Pernah bertugas di utara selatan dan di pertengahan Malaysia Barat.
9.    Hari paling sedih ialah di hari kematian anak ke 3, ketika berumur 13 tahun akibat demam panas.
10.  Suka berkawan kepada yang suka, yang tak suka boleh blah. Tak kisah.

Sekarang award ini saya tujukan kepada:

1. Leenoh.  (kehidupan bersih)
2. Dee. (Dee)
3.Pj slamba.
4.Farha ( duniaku terukir di sini)
5. Lina Chan (Ceritera orang biasa)

Sekian Terima kasih.


 

Selasa, Mac 03, 2009

KALAU BUKAN REZEKI KITA


KALAU BUKAN REZEKI KITA.....


           MENDUNG SI MEGA MENDUNG

SELASA  03 hb. Mac, 2009.


Pagi ini cuaca mendung, awan hitam diukuf barat kelihatan segar, tanda-tanda hendak hujan memang positif. Sudah dua atau tiga hari keadaan cuaca pagi sama saja. Tiga puluh minit kemudian, hujan renyai-renyai mula turun. Melihatkan keadaan mendung di langit, hati agak bimbang juga kalau-kalau segala mendung yang ada di langit itu turun kesemuanya, alamat banjirlah kawasan ini. Ini mengingatkan saya kepada peristewa tiga tahun yang lepas, dimana hujan yang turun tiga hari mengakibatkan banjir di kawasan kampung dan dikawasan sekitarnya. Kejadian ini memang tidak diduga.

Hati bertambah bimbang apabila mendengar berita bahawa di Negeri Melaka banjir dah melanda di kawasan Lubuk Cina. Ditambah pula berita yang menyatakan bahawa beberapa buah rumah di Pontian telah kehilangan bumbung akibat angin ribut.

Tetapi segala dugaan itu meleset, menjelang jam 10.00 pagi cuaca yang tadi gelap gelita diiringi dengan hujan renyai-renyai, tiba-tiba bertukar menjadi cerah dan terang benderang. Begitulah kebesaran Allah. Segala-galanya adalah di atas kehendakNya. Kita sebagai hambaNya hanya dapat meramal, Allah jua yang
menentukan segala.

Memandangkan cuaca baik, saya pun mula menjalankan kerja yang memang sudah dirancang. Membersihkan kawasan keliling rumah, menyapu sampah-sampah, mencantas pokok yang dah mula meliar dan tidak terkawal. Inilah kerja-kerja sampingan yang dapat saya buat sebagai seorang pesara.

Perkara pertama yang saya buat ialah menanam semula pokok buah naga. Pokok ini saya tanam semula oleh kerana pokok ini tumbang akibat batang asas dari kayu dimana pokok ini menjalar sudah reput. Sekarang batang asas diganti dengan batang simin. Begitulah, kalau asas dimana pokok ini bergayut tidak kukuh, ia akan tumbang sebelum ianya berbuah. Sekarang, batang asasnya dari simin, sudah tentu ianya kukuh dan kuat dan kelihatan terjamin. Hanya kita kena pantau selalu,seperti merumput dan menaruh baja.

Dari kerja-kerja menanam semula pokok ini, saya dapat satu pengajaran bahawa sesuatu perkara kita perlu ada asas yang kuat. Kita perlu ada pegangan yang padu barulah kita dapat menjalani hidup yang aman dan bahagia. Apakah pengajaran dan hikmah yang dapat dari cerita tadi ? Entahlah saya pun tak tahu. Diharap kawan-kawan dapat memberi pertunjuk  kepada saya. Saya memang tak berapa faham.

Terutamanya LEENOH, DEE, PJ, NURHANISALWA, MADAMOISELLE, PU3, UNGKU NOR, MISYA, RAIHANA, RAZAK,IJECHAN dan lain-lain.

Selepas selesai kerja-kerja menanam semula pokok buah naga, saya beralih ke tempat lain, meninjau pokok yang ditanam sebelumnya dengan harapan bahawa pokok itu hidup dengan subur dan berbuah. Tetapi apa nak dikata, pokok ubi yang ditanam dan mungkin akan cukup umur untuk dicabut sebulan lagi, sudah sedia dibaham oleh sang berkaki pendek. Penanam sudah tidak ada harapan lagi, habis sudah harapan untuk merasai ubi rebus bersama sambal tumis dan ikan masin, menu yang paling saya gemari sejak dari kecil. Sudah hilang angan-angan isteri saya untuk membuat tapai ubi, goreng ubi kayu yang dicecah dengan sambal kicap. 

Dari kesan-kesan dan bukti yang ada, saya dapat simpulkan bahawa si berkaki pendek ni bukan datang seekor, berkemungkinan datang beramai-ramai,ini berdasar kepada kawasan itu amat bersepah sekali. Yang saya hairan ialah mengapa mereka tidak datang semasa pokok ini baru sahaja ditanam atau semasa pokok ini belum berisi. Berkemungkinan mereka ini sudah ada alat pengesan yang lebih canggih dari manusia. Atau mereka ini bukanlah dari golongan yang tidak berpelajaran. Tetapi memang sudah menjadi suratan, bahawa pokok yang kita tanam tidak semestinya kita dapat merasai hasilnya. Ini pun satu ibadah, ini mungkin rezeki mereka. Kita hanya redha.

Beralih pula kepada pokok pisang. Pokok pertama nampak baik, berbuah dengan tandannya yang panjang. Tetapi kepada pokok yang kedua, menerima nasib yang sama seperti pokok ubi tadi.Kali ini yang punya rezeki ialah sang monyet. Beberapa biji yang sudah masak menjadi rezeki kepada monyet. Begitu keadaannya. 

Buah pisang yang masih ada dipokok yang sehingga kini belum terusik, belum tentu menjadi rezeki kita. Semuanya sudah ditentukan oleh Allah swt. Hidup mati kita pun ditentukan oleh Allah, makanan yang di dalam pinggan yang akan sedia untuk disuap ke dalam mulut kita pun belum tentu milik kita. Jodoh pun begitu jua. Walau pun kita bercinta seribu tahun dan sudah kenal sejak dari dalam perut ibunya, belum tentu menjadi jodoh kita. Dan kadang-kadang orang yang paling kita benci di dunia ini, alih-alih menjadi pasangan hidup kita.

Semua ini memberi pengajaran dan muhasabah kepada kita. Bahawasanya hidup didunia ini jangan terlalu suka dan terlalu benci akan sesuatu. Biarlah sederhana.

Tidak terlalu putih dan tidak terlalu hitam. Kalau sudah ditentukan bukan rezeki kita, macam mana pun ia akan terlepas jua.

Sekian dari saya. Wassallam.




            POKOK BUAH NAGA SEBELUM DITANAM SEMULA.



                 POKOK BUAH NAGA SELEPAS DITANAM SEMULA



              BUAH PISANG INI BELUM TENTU REZEKI KITA.





 JUMPA LAGI, INSYA'ALLAH.