ANAK ADALAH KURNIAAN ALLAH:
Anak ialah kurniaan Allah. Mereka merupakan cahaya hidup dan penyambung zuriat hidup berketurunan. Bilamana kita berumahtangga, kita pastinya hendakkan anak, dan sesiapa yang belum mempunyai anak, setelah beberapa lama berumahtangga, cara lain diusahakan, seperti berubat cara moden atau cara tradisional. Dan yang terakhir sekali ialah mengambil anak angkat.
Anak akan menjadi nikmat dan sumber kebahagian jika dididik dan diasuh berdasarkan ajaran Islam, tetapi sebaliknya akan menjadi fitnah dan punca kesusahan jika tidak dididik dan diberi pelajaran serta diasuh sejajar dengan kehidupan sebagai seorang Islam. Ketahuilah bahawa anak dan harta benda kita akan menjadi ujian kepada kita, dan sesungguhnya disisi Allah jualah pahala yang besar.
Firman Allah yang bermaksud "Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu pun kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera dari syurga."
Kita, sebagai ayah atau ibu, adalah bertanggungjawab terhadap anak-anak. Ingatlah bahawa setiap ibubapa, akan diberi oleh Allah ganjaran atas kebaikan yang dilakukan dalam membentuk anak-anak samaada berupa pembiyaan, dorongan, pendidikan atau penjagaan sehingga anak-anak menjadi orang yang berilmu. Barangsiapa menuju kesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan nescaya Allah akan memudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga
Dari itu, kita sebagai ibu atau bapa, marilah sama-sama kita mendidik dan mengasuh anak-anak kita ke suatu arah kehidupan yang diredhaai oleh Allah SWT. Dan barangsiapa yang masih menjadi anak, buatlah perkara-perkara yang baik dan diredhaai oleh Allah SWT agar ibubapa kita tidak kecewa hidup di dunia dan di akhirat .
Sekian kali ini, Wassallam.
5 ulasan:
gambo cucu2 ke nih
anak2 penghilang duka..penawar hati..
neezareef:
Hey, kan muka silelaki 2 mcm at.knya.Agak-agak a..k ke c..u.?
Dee: Mcm dgn bapa kepada anak u, bukankah ia juga penawar duka ?
Salam.
Anak adalah kurniaan Allah, kita wajib memelihara dan mendidik mereka, tugas tersebut akan juga dikurniakan pahala, insya Allah.
comelnyaaaaaaaaa!!hihi..besar kepit baju tu.. :)
Catat Ulasan