Memaparkan catatan dengan label Ternakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ternakan. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 27, 2009

REBAN AYAM




Bapak ayam, ayam kampung, ibu ayam.......

Reban ayam


Dah dua tiga hari ni, saya sibuk buat kerja membina reban ayam. Dah lama tidak membela ayam kampung. Penat juga. Maklum sajalah saya ni bukan reti sangat tentang tukang menukang. Ini baru buat reban ayam dah rasa penat. Agaknya kalau disuruh buat rumah, hei .....macam mana agaknya rupa rumah itu. Penat tu bukan kerana apa, tapi memikirkan bagaimana nak buat. Tapi berdasarkan kepada pemerhatian, akhirnya siap juga. Tapi...tengoklah di gambar.

Tentang membela ayam kampung ni....dulu..... sepuluh tahun yang lepas ada juga membela ayam kampung. Banyak juga ekornya (bilangannya) tapi, selepas ayam-ayam di reban itu habis kesemuanya dibaham dek ular sawa, punah semangat untuk membela ayam kampung. Tetapi akhir-akhir ni, memandangkan agak jemu makan ayam bandar (istilah ayam yang dibeli di pasar) tergerak hati pula untuk membela semula.

Tambahan pula harga ayam adalah mahal iaitu RM15.oo sekilogram.

Ayam kampung mahal

Sebenarnya selepas saja saya tulis entri ini pada malam semalam, saya terus ke KL pada jam 5.00 pagi.Dan malam ini apabila saya sampai semula di rumah jam 12.20 malam 28.03.2009 saya terus saja sambung entri pasal ayam. Urusan penting di KL, dan apabila selesai, terus balik ke Batu Pahat. Bertolak dari KL pada jam 6.30 petang dan sampai di kampung pada jam 12.00 malam.Lambat kerana hujan dan jalan menghala ke selatan mengalami sesak hingga ke Senawang.

Bila bercakap tentang ayam ni, saya teringat senikata lagu yang dinyanyikan oleh Jalil Hamid. Senikatanya tak berapa ingat, tapi ada dari bait-baitnya menyebut tentang ayam ialah....ibu ayam....bapak ayam....ayam kampung....laga ayam..tidur-tidur ayam, ayam sabung....ayam terlepas tangan bau taik... ayam berak kapor dan lain-lain lagi. Tapi dia tidak ada suruh kita membela ayam. Kalau dia suruh orang membela ayam,macam mana agaknya bila orang-orang yang tinggal di rumah flat di suruh membela ayam. Dan orang yang tinggal di sekitar KL diwajibkan membela ayam, tentu haru biru. Kemungkinan dijalan jalan TAR dan di Jalan Chow Kit tentu penuh dengan ayam. Sudah tentu harga ayam merudum dan harga ayam kampung tidaklah berapa mahal. ( Idea yang gila-gila).

Doakanlah agar ayam-ayam yang saya bela akan membiak dari tiga jadi enam, kemudian jadi duabelas, kemudian jadi dua puluh empat dan seterusnya membiak jadi banyak, macam angan-angan Mat Jenin....kah....kah...dan tidak akan dibaham oleh dek ular sawa.

ULAR SAWA