Nilai hidup sesaorang, harus diukur dengan aktiviti-aktiviti yang mulia, iaitu kerja-kerja yang boleh membawa kebaikan kepada semua manusia atau kelompok sesuatu masyarakat, dan bukannya diukur dengan usia sesaorang. Ia diibaratkan sepohon pokok yang ketika hidupnya dapat memberi perlindungan kepada orang lain, dan ketika matinya, setiap dari komponennya dapat dijadikan bahan untuk kebaikan orang lain.
Tetapi kita kena ingat, manusia bukannya pokok, dan pokok bukannya manusia.
9 ulasan:
salam.. pokok durian best gak
buat kebaikan akan dibalas baik, buat jahat juga akan dibalas jahat..
yg penting keikhlasan hati kita dlm melakukan sesuatu..makanya usia bukan penghalang..yg ptg niat..betul tak pakcik =)
salam pak kuntong..
benar kata2 pak kuntong tu...usia tidak boleh dijadikan ukuran..kadang2 keupayaan org yang berusia mengatasi org2 muda..sbb mereka lebih dulu makan garam jadi sudah tentu banyak rahsia yg boleh dikongsi bagaimana mengekalkan kekuatan fizikal.
Salam Bro Kuntong,
Begitu lah ibarat pokok dan manusia, sama-sama berjasa kepada kehidupan dan masyarakatnya.
Seorang pokok dan sebatang orang. Memang agak pelik tapi boleh pakai ke?
Salam Kuntong.
Beriman kepada Allah teras dan tunjang kehidupan manusia, dengan memiliki iman dan amal usia yang panjang atau pendek tidak lagi menjadi ukuran.wawasan baik akan tercapai di hujungnya nanti.
Manakala pokok akar tunjangnyalah yang menjadi benteng kekuatannya tanpa akar tunjung senanglah pokok itu tumbang.
salam pak kuntong..
best puisi pak kuntong yang bagi fia tue..
terima kasih pak..:))
hmm yeh betul tuh
"manusia bukannya pokok, dan pokok bukannya manusia."
POKOK NYA............. niat dan hati yang bersih........... payah kalau manusia jadi pokok dan pokok jadi manusia, tapi ada gak kadang2 orang jadi pokok, kaku jerk tak taw nak wat pe, tengok jerk , tolong tak ........ x gtu pak kuntong
salam pakcik,
pohon yang rendang boleh menjadi tempat berteduh daripada hujan dan panas. Pokok dan manusia adalah makhluk Allah juga. Saling memerlukan.........Bayangkan jikalau di dalam dunia ini hanya ada gunung dan bukit tetapi tak ada pokok. huhuhuhu.....
salam,
waktu tengahari berteduh di bawah pohon besar dan rendang macam tu memang nyaman...kalau waktu tengah malam jgn buat kerja...!
Catat Ulasan