Influenza A H1N1 (Selsema babi) masih mengganas:
Penyakit berjangkit yang popular masih lagi mengancam negara. Kewajipan kita mestilah berusaha untuk tidak terkena dari penyakit tersebut dengan menurut beberapa langkah yang dicadang oleh Kementerian Malaysia. Kita orang Islam, selain dari menjaga kebersihan bolehlah ditambah dengan doa kepada Allah SWT memohon agar dijauhi dari penyakit tersebut: Di bawah beberapa doa untuk maksud tersebut yang dipetik dari beberapa blog:
Gelombang ke-2 H1N1 Oktober (Petikan dari bharian online)
KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin menghadapi gelombang kedua virus Influenza A (H1N1) pada Oktober, November dan Disember ini kerana musim tengkujuh dijangka mempercepatkan penularan wabak itu.
بسم الله الرحمن الرحيم
تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِين
"Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, dan kami berlindung dengan Tuhan yang Memiliki alam gaib, dan kami bertawakal kepada Tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkan lah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha mengetahui sesungguh Engkau diatas setiap sesuatu amat berkuasa,"
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين
(dipetik dari ekhutbah)
12 ulasan:
wah cantiknya muka baru..
berseri2..nice pakcik =)
Haaaa....ni sbgai bekas ank murid nak bg peringat ni...
**ecehhhh...
Jgn lupa pakai mask atau topeng tatkala berjumpa para otai2 ptg ni...klu pki topeng Otromen pon boley kan cikgu???
hehehehhe....
erkk..
nak kene pkai ker..
tak pakai leh tak akak jaja..=)
emm..skrg tgh pakai face mask..tp nmpknya rakyat m'sia masih ramai yg x peka n x ambil berat..x pakai face mask pun..
Nampaknya bukan virus aje bermutasi...blog ini juga dah bermutasi, CANTIK!
H1N1 punya penangan...kalau tak kena jangkitan sebab terpsiko pun ada yang demam...
salam, dgr kabar ada perjumpaan otai2 BP blogger ptg tadi.ada cite best ke? :)
H1N1 nie ada saya baca petua utk mengelakkannya - minum air kelapa sekali sehari. benarkah?
salam pakcik Kuntong,
Bila pekena kotiaw petang tadi dengan si eiza....hahaha hilang H1N1. Pinggan saper yang paling licin.....
salam.. minggu depan nak gi spital.. kene pakai topeng gamaknya
eiza: mekap untuk raya .
Jaja: nak pakai topeng Mac Gyver.
Dee: Pakai purdah lagi selamat.
Zaidi : tuka selera je.
DrSam: selamat berpuasa.
Cik Skaf: ceta best tau. Join kita le..
Amirhamzah : tengok eiza mai, pun dah kenyang. Zed paling happy. malam dia ngegau.
Maiyah : demi keselamatan kesihatan, kena pakai tu Maiyah.
KEPADA SEMUA...SELAMAT BERPUASA...JANGAN MONTENG TAU.
tq pakcik...
doa tu bagus amalkan selalu kan??
selamat menyambut Ramadhan..
s@yangh@sni:
Senjata org mokmin ialah doa.
Catat Ulasan