Rabu, Ogos 26, 2009

Bloggers dan Bulan Puasa.


Illusi diriku
Nampaknya bulan puasa ni tidak menjejaskan para bloggers untuk menerbitkan entri masing-masing. Dalam kiraan saya hanya ada beberapa blogger sahaja yang sudah slow sedikit. Kemungkinan mereka ni keletihan di tempat kerja, lantas tidak sempat untuk menulis entri. Blogger politik tentunya banyak modal kerana buat masa ni pilihanraya pun baru habis.
(klik di imej)
Contohnya blog " Segalanya mungkin" tentu ada modal yang hendak di tulis. Blog yang tajuknya rojak, macam saya ni "Wahnuar" sebenarnya pun tidak ada modal. Tulis apa yang terlintas di hati. Blogger eiza "@ku ins@n bi@s@" pun nampaknya slow sedikit. Mungkin sibuk dengan persiapan untuk berbuka dan sibuk dengan menjemur tepung untuk persediaan membuat kuih. Blogger Rouslenz dari England "Distortions" macam biasalah. Puasa pun kerja berat. Meracun rumput di ladang sawitnya yang luasnya macam estate. Saya rasa baik dia upahkan. Kalau tidak nanti duit untuk urut badan akan melebihi duit upah meracun.
(klik di imej)


(klik di imej)
Blogger dari Philipina Mr Zedmagel " Taman dalam rumah" pula, kerja outstation. Tentu tidak sempat untuk memblog.
(klik di imej)

Sekian, cloteh Pak Kuntong yang dah tidak ada modal.

11 ulasan:

Maiyah berkata...

salam.. awal posa lambat nak rehat kot nanti dah tgh tu meriah ler

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam pakcik,

1. Terima kasih kerana tolong kempenkan blog 'segalanyamungkin'.
2. Bro Roslenz ni patutnya dah siapkan sebelum puasa. Bulan puasa ni bersantai2 je. Gaji enginer tu dah cukup...keja kebun upah je mat Indon.hehehe
3. Bro Zedmagel tengah melekap dengan bintang PIS dia tu yang baru dapat. Seronoknya tak habis2 dilayan baik kat istana sebelum puasa dulu. Tengok la blog dia. Segak pakai baju melayu teluk belanga warna hitam. Sekali pandang macam mamak jual cendul, dua kali pandang baru ada rupa dia. hehehe.
4. Sdri eiza mungkin bulan puasa ni sebuk memasak atau meronda kat PaRam, sampai tak ada masa memblog.
5. Saya jangan ceritalah, blog politik memang tak habis2 isu. Tak ada isu pun kena wujudkan isu. kahkahkah.......

Leenoh berkata...

Salam Kuntong.
Entahlah yang pasti hari ini Rabu dah hari ke-5 kita berpuasa.
Dulunya di ambang puasa sekarang sudah berada di dalanya.
Apapun kita panjatkan doa ,semoga puasa kita diterima Allah,amin.

lenz berkata...

huahuahua kena juga aku kat sini...

KUNTONG berkata...

maiyah: mungkin diawal pose ni sibuk mengemas rumah, menyiapkan jahitan dan planning kuih yg nak dibeli atau nak di buat.

amirhamzah : Saudara Zed tu,sejak dpt PIS nak komen kat blognya tak boleh. Agaknya sekarang dia sibuk dengan persiapan nak buat majlis kesyukuran le tu. Kita akan datang kalau dijemput berbuka puasa kat "Caterina" he...he..

Sdra Leenoh :Itulah doa kita, semoga puasa kita diterima dan kita bertukar kpd manusia yang lebih baik dalam kebaikan, dan semakin kurang dalam keburukan atau kejahatan.

Rouslenz: Apa nak buat, sana sini semua kena. Dah le kena meracun tika puasa, kena hentam dengan dkt blog. Tak apa le...asal bahagia sudah.....

Tanpa Nama berkata...

keh keh kehhhhh......

sebok betol mereka2 semua ye cikgu!!

xD

eiza in the house.. berkata...

salam PK,
amboi2 eiza pun terkena gak kat sini..huhu

minta maaf bebyk..sekarang nie diri dlm keadaan tak beberapa sihat..jd akalnya tak dpt mengeluarkan idea yg bernas2...cuma utk mengomen bolehlah..

untuk PK terima kasih sudi promote blog kita kat sini..=)

zedmagel berkata...

Salam Bro Kuntong,

Terima kasih atas kesudian bro promosi blog kekawan di blog bro. Saya sentiasa ada entry baru cuma bro kuntong tak singgah kat blog saya.

Blogger yang aktif di bulan ramadhan :

1. Jaja @ Bini The Rock
2. Wahnuar
3. Distorition
4. Segalanyamungkin
5. akuInsanbiasa

Yang lain ada sikit-sikt..yang selebihnya tidur nak elak banyka dosa mengumpat dan mengata orang.

Dee berkata...

kalo n3 mengata2 lebih baik slow je pak kuntong..hehehe..x mahu tambah dosa..

KUNTONG berkata...

Jaja: Setahun sekali...semua nak beraya. Dh siap kuih Jaja ? (Beli aja senang).

Eiza : Saja aja Eiza, nak mengusik kawan-kawan yang keletihan berpuasa.Ada yang merengek nak mintak buka puasa dengan emaknya.....(orang jawa kata MOKAH)
maksudnya membatalkan puasa kerana sesuatu sebab.

Dee: Selamat berpuasa Dee, dah buat persediaan utk raya?


Zed : Tahniah le dapat PIS.dah pi kat blog awak, kemudian nak buat komen. lepas tu tunggu kelulusan PULAK.Ala macam2 hal ...buat terus aja.

Tanpa Nama berkata...

Ye lah....
saya pon macam cikgu...ingat nak komen kat Bro Zedmagel...tup2 kena tahan plk..tak leh lepas...

**persiapan raya??
adeyyy...persiapan buka pose je yg selalu saya siapkan cikgu...keh3

(beli saje....)