Isnin, Februari 16, 2009

Marilah sama-sama berdoa.....






BERDOALAH UNTUK KESEJAHTERAAN BERSAMA






Salam:

Lebih dari seminggu, saya tidak update atau menulis apa-apa entri di dalam blog. Entah mengapa saya sendiri pun tak tau. Sebelum menghadap komputer, macam-macam dalam kepala yang akan ditulis, tetapi apabila mula nak menaip dalam ruangan catatan baru, hati mula tawar. Sebaliknya hanya berlegar-legar ke blog kawan-kawan yang memang menarik dan banyak infomasi.

Kekadang , bila kita menghadapi sesuatu situasi begini, kita tidak dapat mengagak mengapa ianya terjadi. Justeru kawan-kawanlah yang sering memberi panduan dan nasihat. Nasihat dan pandangan dari kawan memang perlu dalam hidup ini. Nasihat dari merekalah yang menjadi timbangtara kita untuk membuat kesimpulan dan tindakan selanjutnya.

Kemungkinan apa yang menyebabkan hati ini menjadi lesu dan tidak bermaya ialah keadaan yang sedang berlaku di negara kita, tentang perpaduan orang kita, orang Melayu Islam. Walaupun ianya tidak ada mengena dengan kita sebagai orang bukan politik, tetapi ianya melibatkan anak cucu kita. Apa yang akan terjadi duapuluh tahun atau tigapuluh tahun akan datang. Apakah nasib mereka pada masa itu.

Kebanyakan dari anak kita tidak merasa bagaimana hidup sebelum merdeka, keadaan hidup semasa zaman penjajahan British, atau zaman dharurat. Zaman dimana bekalan letrik atau air paip belum lagi sampai di kampung. Apa lagi jalan tar . Jauh sekali televisyen atau komputer. Apa yang mereka tau ialah lahir di bumi yang sudah tersedia dengan kemudahan.

Ibu saya ada menceritakan bahawa ayah saya meninggal pada tiga hari raya Aidilfitri akibat sakit demam, waktu itu umur saya baru setahun setengah. jadi sekecil itu, saya sudah jadi anak yatim.Lebih kurang umur tujuh atau lapan tahun, untuk menampung hidup, saya terpaksa menolong nenek menoreh getah. Kerja begini berjalan hinggalah umur saya lebih kurang 10 tahun. Seawal jam 5.00 pagi sudah meredah kebun getah untuk memotong getah. Tugas saya yang masih kecil ialah menarik getah segrip dari cawan getah dan kumpulkan di dalam baldi. Selepas tugas saya habis, lebihkurang jam 10.30 pagi, saya balik ke rumah walaupun tugas nenek saya belum habis. Ini disebabkan saya akan bersiap-siap untuk pergi ke sekolah di bandar Batu Pahat yang jauhnya lebih 18 kilometer.

Perjalanan dari kampung ke bandar dengan basikal buruk pada waktu itu, tidak dapat digambarkan, lebih-lebih lagi kalau waktu hujan. Saya terpaksa menyebrang sungai Batu Pahat untuk sampai ke sekolah. Waktu itu jambatan Batu Pahat belum terbayang lagi. Yang ada hanya sampan dan feri sahaja. Untuk menyebrang sungai dengan sampan dikenakan bayaran 10 sen, pergi dan balik jadi 20 sen. Tinggallah wang saku 20 sen. Dari 20 sen ini, saya simpan 10 sen dan makan 10 sen.

Saya bersyukur, walaupun keadaan hidup amat susah, namun dapat juga saya lepasi persekolahan saya dari SMC (Special Malay Class) hinggalah lulus MCE (Malaysian Certificate of Education ) pada tahun 1964. Cita-cita untuk ke tingkatan enam, tetapi keadaan tidak mengizinkan, terpaksalah saya mencari kerja untuk meneruskan hidup.

Hari ini..... kehidupan hari ini..... kemudahan hari ini, adalah hasil perjuangan dari orang-orang dulu. Mereka yang lahir pada zaman yang boleh dikatakan senang ini, mungkin tidak mengerti erti kesangsaraan, kelaparan, peperangan, ketakutan. Kemungkinan mereka ingin untuk merasainya.

Saya yang pernah merasai semuanya ini berharap, agar semua ini jangan terjadi. Marilah kita sama-sama berdoa agar apa yang pernah terjadi pada zaman kita dulu, tidak terjadi pada zaman anak cucu kita nanti. Fikirkanlah sedalam-dalamnya, jangan bertindak mengikut perasaan. Jangan korbankan masa depan anak cucu kita.

Bertindaklah dengan waras dan pertimbangan yang sedalam-dalamnya.
AMIN.......YA RABAL ALAMIN.


Dari Kuntong 16 Februari 2009.







10 ulasan:

Dee berkata...

anak2 skrg byk menikmati kemewahan..kdg2 kita yg perlu menerapkan nilai harus berusaha sblum dpt mengecapi kemewahan..tiada benda yg percuma di dunia ini..sy juga bimbang dgn masa depan anak2 sy..

Leenoh berkata...

Assalamualaikum.

Sdr.Kuntong.
Syabas, Wajah baru itu sangat cantik, sesuai dan berinformasi.
Apabila kita toleh ke belakang dengan mengingatkan sejarah hidup diri dan negara atau melihat ke hadapan dengan merenung nasib anak cucu kita nanti tanpa menggunakan fikrah Islam hasilnya nanti akan tersasar juga walaupun kehidupan kelihatan begitu cemerlang dan indah.Tetapi aqidahnya terancam, mungkin kerana kita menyerahkan tugas menjaganya kepada orang yang kurang minat dalam hal tersebut.

Islam itu adalah suatu cara hidup, bukan suatu agama yang terhad dan terikat kepada tempat ibadat sahaja.Marilah kita sama-sama memahami cara hidup Islam yang sebenarnya dan memahami pembangunan yang dikehendaki oleh Islam supaya kita tidak leka sampai ke penghujungnya.

Bila kita berada di penghujung rasa risau terhadap anak cucu dan anak bangsa sama ada sedang berada di landasan yang betul atau tidak sentiasa mengusik pemikiran kita.

Wassalam.

Mike Razali Jr. berkata...

salam.....blok saudara bagus untuk kita tenung untuk haria,...tambah ilmu

Tanpa Nama berkata...

terharu sekali baca entri ni...
kita sekarang, jarang sekali bersyukur...selalu lupa bersyukur dgn apa yg kita ada...

Khas Lysha berkata...

kita terlalu pentingkan keselesaan sbnrnya kesusahan juga mengajar erti usaha tanpa putus asa.. terima kasih kerana berkongsi pengalaman yg sangat2 berharga.. semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi...

Yatt berkata...

kehidupan dulu n sekarang amat2 berbeza..khidupan sekarang n yg akan dtg lagiii akan berbeza..

smg didikan yg kita bagi pada anak2 kita sekarang ni..akan amat2 berguna d masa hadapan..semoga semua anak2 n cucu kita menikmati kehidupan ni berlandaskan kesederhaan..

sentosa77 berkata...

Salam pakcik.. semoga sekeluarga sihat selalu. best baca entry ni, mengingatkan saya untk bersyukur..

ZuRaWiTa AhMaD berkata...

askum..
sedihnya entri pakcik tu...mmg org dulu penuh dengan kepayahan & kesusahan..mak zura penah nangis bila imbas balik kehidupan masa lalu...nak belajar tapi kehidupan susah..syukurlah rakyat pada zaman sekarang...semuanya ada kemudahan..itu pon ada yang tidak bersyukur...setidak-tidaknya zura rasa insaf & bersyukur dgn semua nie..

zino berkata...

salam kenal..
terserempak blog kuntang melalui blog Dee.. entri ni mengingat kan zino masa di kampong dulu.. membesar dengan suasana kampong, ke sekolah berjalan kaki berbatu2..(km tak ada masa tu..hehe) belanja sekolah 10 sen je.. tapi cukup nak beli mee goreng dengan air sekali..

hidup di kampong dengan segala kesederhanaan.. malam hanya di terangi cahaya pelita yg penuh jelaga tu.. tapi alhamdullilah... kami tetap bersyukur.. akhirnya dapat membina kehidupan seperti sekarang..

anak anak zaman ni sangat beruntung.. tapi ada yg take thing for granted.. tidak dapat menilai kemewahan yg ada utk mendapat manafaat dari nya.. leka dengan dunia hayalan yg entah apa apa....

KUNTONG berkata...

Azura dn Zino:
Kita redha krna hidup sprt yg ditakdirkan. Kita hnya bimbang dgn jenerasi kita (anak/cucu kita).Mereka hidup atau dilahirkn)dlm zaman yg paling tidak pun "senang".Diharapkn mereka blajar utk "susah". Bila mereka tahu bagaimana susahnya hidup "susah" mereka akan bekerja atu blajar supaya tidak termasuk di dalam kategori yang susah.