Jumaat, Februari 27, 2009

Kini hidangan "Nasi Ambeng " datang lagi.



Sedulang hidangan nasi ambeng




Keberkatan hidangan Nasi Ambeng.


Saya pernah siarkan entri mengenai nasi ambeng. Dan saya berjanji untuk tulis mengenaainya dengan lebih detail. Nak hidangankan nasi ambeng kepada kawan-kawan memanglah agak mustahil. Jadi yang mampu hanya dihidang melalui maya saja.

Kepada yang pernah merasa hidangan ini, mungkin masih terasa akan keenakannya. Kepada yang belum, mungkin akan tertanya-tanya bagaimana agaknya rasanya. Untuk merasai keenakannya, ianya perlu dirasainya beberapa kali, barulah ummmnya datang. Kata orang, rasa keenakannya akan datang tanpa disedari.


Setiap dulang mengandungi bilangan lauk yang ganjil, 5,7 atau 9.




Menu di dalam nasi ambeng:

1. Nasi puteh.
2. Lauk utama : Ayam atau daging masak kicap, masak kari, masak kormak, atau apa saja jenis makanan yang dipilih oleh tuan rumah. (dalam satu mangkok lauk utama ini hendaklah ada empat atau lima ketul daging atau ayam).
3. Serunding (dibuat dari kelapa yang diparut dan rempah khas)
4. Mee goreng atau mee hoon goreng.
5. Sambal goreng . ( sejenis lauk yang mengandungi tempe, tahu, udang basah, hati ayam atau hati lembu goreng, so'on, lada basah, ikan bilis, santan kelapa dan rempah-rempah untuk menumis. ( Kesemua bahan-bahan ini ditumis, sebelum ditumis, tahu dan tempe dipotong kecil-kecil dan digoreng).
6. Sayur kacang ditumis dengan rempah dan lada.
7. Ikan masin atau telur masin.
8. Timun atau nanas dipotong-potong.



Kuih muih sebagai hidangan tambahan



Hidangan iringan: Kuih muih yang diletak pada dulang lain.

Bilangan lauk yang dihidangkan hendaklah ganjil, iaitu 5 jenis, 7 jenis atau 9 jenis.
Kuantiti nasi puteh yang dihidangkan dalam satu dulang adalah lebihkurang satu kilo beras.
Satu dulang nasi ambeng untuk 4 orang tetamu.

Cara menghidang:

1. Nasi puteh hendaklah dibubuh dalam satu dulang penuh seperti sebuah bukit.
2. Di tengah-tengah nasi itu dibubuh dengan daun pisang yang berbentuk bulat.
3. Lauk-lauk yang dinyatakan tadi hendaklah diletak di atas daun pisang yang mana ianya hendaklah di letakkan dalam empat bahagian dan pada tiap-tiap bahagian itu mengandungi semua jenis lauk yang dinyatakan tadi, kecuali lauk utama diletakkan di dalam satu mangkok yang mengandungi empat ketul ayam atau daging. Ianya diletak ditengah-tengah dulang itu.
4.Setiap satu dulang hanya untuk empat tetamu sahaja.

Setelah bacaan tahlil selesai, nasi ambeng akan dihidangkan kepada para tetamu, setelah imam membaca doa makan.




Bacaan tahlil sudah selesai dan menanti hidangan



Selain makanan yang dihidangkan, tuan rumah juga ada menyediakan beberapa ikat bag plastik untuk membungkus nasi yang dikenali sebagai "berkat".

Kepada mereka yang tidak pernah melihat hidangan ini mungkin akan tertanya-tanya, bolehkah empat orang menghabiskan satu dulang hidangan nasi ambeng yang banyak itu, sudah tentu tidak boleh, Ini kerana tetamu biasanya tidak akan menghabiskan makanan itu, mereka akan makan hanya sedikit dari hidangan itu. Dan selebihnya akan dibungkus dan dibawa balik untuk anak isteri dirumah. Bungkusan nasi ini dinamakan " berkat ".

Bungkusan berkat ini adalah untuk anak isteri di rumah. Mungkin kepada yang tidak biasa memakan nasi berkat ini tidak dapat memakannya kerana ia mengangap ianya adalah nasi dari sisa makanan yang dimakan oleh para jemputan.

Tetapi jangan salah anggap. Pada mulanya ia akan beranggapan begitu tetapi setelah mendapat penerangan dari suaminya, barulah ia hendak merasainya. Dan bila sudah terasa nikmatnya, percayalah anda akan sentiasa menanti-nanti nasi berkat ambeng bila suami anda pergi ke majlis tahlil.



Apakah hikmah disebalik hidangan nasi ambeng ? Akan saya nyatakan di entri yang akan datang.

Terima kasih.


Resepi lain yang tidak dinyatakan dalam nasi ambeng: Gambar hiasan.


Ikan masin.

Urap-urap.


Sayur lemak embot kelapa


Dalca
Bungkusan berkat.


HIDANGAN SIAP TERHIDANG



SEKIAN DARI SAYA, SEGALA PERBEZAAN  TENTANG HIDANGAN
DAN RESEPI DALAM NASI AMBENG ADALAH DI SEBABKAN
PERBEZAAN TEMPAT DAN CARA HIDUP SESEBUAH  MASYARAKAT KELILING.
WALAUPUN TIDAK MENGUBAH KESELURUHANNYA SEKURANG-KURANG 
CARA HIDUP MASYARAKAT KELILING DAN FAKTOR MASA MEMPENGARUHI SEDIKIT DARI RESEPI YANG ASAL.
 
















6 ulasan:

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

salam pak kuntong,

Terliur saya tengok nasi maya ambeng. Dah le tengah lapar. kami kenduri di kampung pun selalu buat nasi ambeng, sebab mak saya berketurunan jawa, ayah melayu.kami semua memang suka sangat nasi ni. Cuma bezanya di kampung saya, lauk-pauk dan kuih muih tak semestinya ganjil bilangannya. tak kisah berapa pun.Tapi memang kalau kenduri, kami memang menunggu lah nasi berkat ambeng ni.. makan ramai2. Fuyoh!!Lauk yang paling penting pada saya adalah serundingnya.Kalau serundingnya sedap, yang lain kurang rasa pun tak apa.. lagi2 kalau nasiknya masih panas dan lembut.. perrgghhh.. memang kelas!

Saya suka entri pak kuntong ni, sebab mengetengahkan makanan orang Jawa. Hidup bocah Jowo!!

ijechan berkata...

ooo.. gini rupanya nasi ambeng. pernah gak kawan saya dari batu pahat bercerita pasal nasi ambeng ni. tapi x dapat nak imagine~ ni tgh gambar baru tahu.. ehe. thx!

kena try ni pasni~

mademoiselle azieshakespeare berkata...

lapar pula rasa nye bila tengok gambar2 and baca entry ni ;D

Leenoh berkata...

Sdr.Kuntong.
Paling jenuh nasi ambeng ni pada bulan Syaaban kerana khenduri menyambut kehadiran bulan Ramadan al.Mubarak.
Kekadang satu malam terserempak sampai dua atau tiga khenduri. Ini pengalaman saya di Kluang.
Wassalam

Dee berkata...

info yg sgt berguna...nasi ambeng x penah mkn..nasi dulang penah..tp kari kambinglah..hehehe..

eiza in the house.. berkata...

pakcik kuntong..kebetulan eiza ada entri yg sma mcm pakcik..tp cerita berlainan sedikit..mcmana pun nasi ambeng the best in the world..hehe :)