Ahad, Januari 18, 2009

MAJLIS TAHLIL ARWAH DAN NASI AMBENG







KEUNIKAN NASI AMBENG / AMBANG




ASSALAMUALAIKUM,

Malam ini ada dua majlis tahlil arwah di tempat saya. Satu majlis arwah tahlil kawan yang meninggal lebih kurang sebulan lebih yang lalu dan satu lagi majlis kesyukuran kawan saya yang mendapat cucu.

Kedua-dua majlis ini diadakan pada malam yang sama, dan secara kebetulan pula rumah yang mengadakan majlis ini berdekatan.




HIDANGAN NASI "AMBENG" ZAMAN INI.


Di rumah pertama ialah majlis tahlil arwah. Biasalah majlis dimulakan dengan bacaan tahlil seperti yang anda lakukan di tempat anda. Cuma perbezaannya ialah bacaan doa.

Bacaan doa dibacakan 3 kali, pertama bacaan doa selepas bacaan tahlil dan wirid, kedua bacaan doa semasa nak memulakan jamuan, dan doa juga dibacakan selepas jamuan. Mungkin ada perbezaan di tempat lain. Walau bagaimana pun yang penting, ikhlas para jemputan menghadiahkan tahlil kepada arwah si mati.

Apa yang nak saya perkatakan dalam halaman ini ialah jamuan selepas bacaan tahlil .Kebanyakkan orang di tempat saya ialah masyarakat keturunan "Jawa". Kebiasaannya kalau ada majlis tahlil di kampung ini, jamuannya ialah jamuan nasi AMBENG. Perkataan " ambeng "ni memang tidak boleh dieja dalam rumi atau jawi. Sebab perkataan itu kalau di tulis dengan AMBENG ia tidak akan menghasilkan bunyi seperti yang lazim di sebut, kerana " ambEng " . Kemungkinan bunyinya akan terhasil seperti yang disebutkan andai pada huruf (e) dibubuh tanda di atasnya. (Ejaan dahulu semasa saya bersekolah).





          MAJLIS TAHLIL MENGERATKAN SILATURRAHIM DI KALANGAN KOMUNITI

SUASANA SELEPAS BACAAN TAHLIL SELESAI DAN MENUNGGU JAMUAN



Ada juga orang sebut nasi ambang, tetapi pada saya, perkataan itu tidak tepat, kerana perkataan "ambang" membawa maksud yang lain.

Sebenarnya nasi ambeng yang dihidangkan ialah nasi ambeng yang sudah diolah mengikut peralihan zaman. Hidangan nasi ambeng pada zaman dahulu agak berbeza dengan nasi ambeng sekarang.


Nasi ambeng yang di hidangkan sebenarnya mempunyai pengertian yang cukup unik dan mendalam. Ia adalah hidangan yang penuh makna. Mungkin agak pelik kalau orang luar dihidangkan dengan nasi ambeng.

PERNAHKAH ANDA MENIKMATI NASI AMBENG /AMBANG ?


Insaallah saya akan terangkan di halaman akan datang.
WASSALLAM.

Dicatat oleh KUNTONG pada jam 12.54 18.01.2008.

13 ulasan:

Cikgu Ije berkata...

pernah dengar nasi ambang. tapi tak pernah menikmati.

KUNTONG berkata...

Sdri Goasop,

Kalau nak rasa "nasi ambang" datanglah ke tempat saya, tapi mesti beritau dahulu. Tetapi kalau nak rasa "Nasi beriani BP" bolehlah datang,kerana nasi beriani sedia terjual di Warong Benteng, Peserai Batu Pahat.Ia amat terkenal.

Persilakan.

sentosa77 berkata...

As'kum Pakcik, semoga sekeluarga sihat2 selalu..wah mesti sedap nasi ambeng tu,tapi saya tak pernah makan.. : ). Nak tanya, pakcik sekeluarga tinggal kat Batu Pahat ya, 3 minggu lepas saya sekeluarga ke Kampung Parit Yani. adik lelaki saya bertunang dgn orang sana..

KUNTONG berkata...

Sdr Saidon,
Waalaikum salam, saya tinggal di Batu Pahat, Jalan Pt. Sulong-Spg. Lima,BP. Pt Yaani dgn tempat saya tak lah berapa jauh. Kalau ada masa singgahlah, boleh kita berkenalan.

Semoga anda skluarga di rahmati Allah swt.

Leenoh berkata...

Sdr.Kuntong.

Saya pernah beberapa kali makan nasi ambeng ni.tapi tidak tahu sejarahnya.

Eloklah sdr.Kuntong cerita kepada kami utk menambahkan pengetahuan.

Wassalam

@LiYaNNuaR ツ berkata...

tak pernah... hari ini baru tahu... uhuhu... sedapkah??

KUNTONG berkata...

Sdr. Leenoh dan LiYaNNuaR,
Tk kerana beri respon, nasi ambeng yang ada sekarang ini ialah nasi ambeng yg sudah dioleh mengikut perubahan zaman, ianya x begitu asli,walau bagaimana pun ia tetap memberi satu kelainan setelah beberapa kali menikmatinya. Tambahan pula jika ia dihidangkan selepas sesuatu doa dibacakan seperti majlis tahlil arwah.

Ins'allah akan saya ceritakan di masa akan datang.

Wassalam.

Firdaus berkata...

pakcik, kalau ada resipi nasi ambang kasi la broadcast.

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak berkata...

salam.

saye pernah makan.kalau tak silap kat johor saje yg ade kan?sedap.dan yang seronoknye bile makan ramai2.itu yang bes tu!

KUNTONG berkata...

Sdr Apei dan secret:

Nasi ambeng ni hanya ada di kawasan yg banyak penduduk berketurunan jawa. Di Johor x semua ada,
Insya' Allah akan saya terangkan di masa akan datang.
Tk.

azianierdawati berkata...

nasi ambeng
x pnh mkn tp.. pnh dgr

Abeli Rosli berkata...

asslm abg.. dulu masa abeli belajar kat sek.men dato onn batu pahat johor dulu selalu juga pergi tempat kenduri... makan nasi ambun..seronok....

KUNTONG berkata...

Sdr. Abelitokjoro:
SM Dato Onn dkat dgn kg saya.Kg.Mampan. Agak kaget bila anda mnyatakan yg sdr prnah belajar di sk itu. Tinggal di mana tu?Asal dri kawasan itu ke ? Nasi ambeng... masih teringat ke ?