Jumaat, Januari 16, 2009

JADILAH PETANI SAMBILAN

POKOK BUNGA BOLEH DITANAM, MENGAPA TIDAK POKOK SAYUR-SAYURAN.



Apa nak jadi........dah jadi pun.........!




Setiap kali ke kedai.......setiap kali ke pasar....... setiap kali lah kita mengeluh. Mengapa ini terjadi ? Dah tentulah tentang harga barang yang dah naik. Kalau dulu dengan RM50.00 banyak barang yang boleh dibeli. Sekarang....dengan jumlah yang sama, anda pun tau.... tak payah saya nyatakan di sini.




Dulu, alasan pekedai atau penjual........" Ei...kawan ,minyak atak naik...jadi itu transpot pun ada naik lo...apa macam....kita angkat ini balang pun sudah mahal lo....siapa mau lugi....."



" Itu upah loli lo mahat (mahal). Halaga minyak naik........wa untong sikit lo.....upah sikit...."


Yang pelik bin hairan ialah, bila harga minyak naik, dengan cepat harga barang turut naik, tetapi bila harga minyak turun....harga barang sama juga. Alasannya , stok lama. Tetapi yang sedihnya ialah, bila kerajaan mengumumkan harga sesuatu barang naik, dengan cepat, harga itu dinaikkan.


Cuba anda tanya di pasar atau di kedai-kedai di tempat anda, berapakah harga cili padi, cili merah, sayur-sayuran, pokok serai, santan, kelapa parut dan lain-lain. Saya rasa anda semua sedia maklum.


TANAM POKOK CILI DALAM BAG

Apakah daya kita sebagai pengguna atau pembeli ? Tidakkah ada cara lain untuk mengurangkan kos. Saya rasa kalau barang-barang yang boleh kita usahakan sendiri atau kita tanam sendiri di rumah, baik di kampung, di taman, atau di bandar sekali pun, kita boleh lakukan.


Sebagai contoh...cili padi, cili merah, sayur-sayuran bolehlah kita usahakan di rumah dengan menggunakan bekas-bekas plastik, tin-tin kosong, poly bag dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita boleh kurangkan kos belanja pasar.


TANAM SAYUR-SAYURAN DALAM POLY BAG BOLEH MENGURANGKAN KOS



Kita menyalak macam mana pun, kita membebel sampai seminggu pun, pekedai tidak akan menurunkan harga barang. Kalau nak boycot kedai itu, orang lain pun beli juga. Dia tak hairan, satu pergi, seribu mari. Sebenarnya dia orang ni nak untung lebih...mereka sudah lupa kewajipan sebagai peniaga, satu profession yang pernah dilakukan oleh Nabi Mohammad saw.

BALIK KAMPUNG TANAM JAGONG


Untuk mengurangkan kos......marilah kita jadi PETANI sambilan, atau petani kecil-kecilan. Kita boleh tanam cili, sayur, bawang dan lain lain di keliling rumah kita atau di tin tin kosong atau bekas plastik. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan belanja harian kita. Kita ada banyak cara untuk mengurangkan kos harian.....tetapi ingat, jangan sampai anak bini kita TAK MAKAN langsung. Itu kes nyaya.

Jom.....kita mulakan esok, siapa yang dah buat, BEST !



Pembebel : Kuntong-17.01.2008 Jam 12.45 mlm.



3 ulasan:

Leenoh berkata...

Assalamualaikum.

Sdr.Kuntong.
Wah nampaknya semakin makmur blog Wahnuar, ada kebun sayur lagi.
Berbudi pada tanah ada hasilnya, hasilnya di dunia dan di akhiran,

Rasul pernah menjelaskan kepada kita bahawa sesiapa yang menanam tanaman atau menyemai biji-bijian kemudian dapat dimakan oleh manusia, binatang atau burung maka petani (orang yang tanam) itu akan mendapat pahala.

Begitulah luasnya ibadat di dalam Islam, ibadat seperti ini dinamakan ibadat Am ( umum ).

Sdr.Kuntong telah menunjukkan jalan kebaikan, sesiapa yang menunjukkan jalan kebaikan seperti dia telah membuat kebaikan itu.

Wassalam.

KUNTONG berkata...

Sdr Leenoh,

Tk , Kuntong hanya tunjuk jalan yg mudah,agar semua rakan2 blog dan siapa saja dpt membuat kebaikan utk diri sendiri dan masyarakat.

Mudah2an kita semua dalam kehidupan yg diberkati oleh Allah SWT. Bukan itukah yg kita cari dalam hidup ini?

Tk. Wassallam.

@LiYaNNuaR ツ berkata...

wah... meriahnya dgn tanam-tanaman... sya cuma tanam pokok limau kasturi dgn limau purut ajo... itu pun sbb nak buat tomyam... ngeh ngeh ngeh... apa pun... salam kenal yek...