Isnin, Januari 12, 2009

BANJIR DALAM KENANGAN





BANJIR.........OH ...........BANJIR.

Akhir tahun 2006 dan awal 2007, Batu Pahat dilanda banjir, kawasan yang terlibat pada mulanya ialah kawasan Seri Medan dan Parit Sulong. Setelah seminggu, kawasan-kawasan lain dalam Mukim 4 turut juga mengalami banjir akibat dari hujan yang tidak berhenti. Jalan Parit Sulong - Parit Jalil sudah tidak boleh dilalui oleh kenderaan.  Kawasan yang paling teruk ialah kawasan Seri Medan. Diberitakan paras air ada yang mencecah hingga ke bumbung rumah. Banyak pusat penempatan dibuka untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir. Di kawasan Parit Sulong sahaja, lebih dari 10 pusat penempatan banjir telah dibuka. Pusat penempatan yang besar ialah di Sekolah Menengah Dato' Sulaiman, Parit Sulong , Batu Pahat.



BANJIR BOLEH MEMBAWA MAUT


Semasa banjir, kita perlu berhati-hati dalam semua segi. Andaikata kita leka, ianya boleh mengundang maut. Maut tidak mengenal usia. Orang dewasa atau kanak-kanak perlu berhati-hati dalam semua segi. Gambar di atas bukanlah mangsa banjir, tetapi mangsa sampan tenggelam di Sungai Simpang Kiri. Kejadian berlaku sebelum banjir melanda Batu Pahat, ia terjadi akibat kecuaian.


DARI BANJIR KITA DAPAT MENGENAL SIKAP SESAORANG . IA MENGUJI KESABARAN DAN KEIMANAN KITA.




PERMULAAN BANJIR GELOMBANG PERTAMA TIDAK MEMBIMBANGKAN, TETAPI SIAPA SANGKA, IA DIULANG DALAM GELOMBANG KEDUA.




Mengenang kembali peristiwa banjir di Batu Pahat 2 tahun lepas, ia banyak memberi pengajaran kepada kita semua. Di waktu itulah, kita dapat menilai sikap kita sebagai mangsa banjir atau pihak yang diberi tanggungjawab untuk menjaga mangsa-mangsa banjir.






Sesungguhnya ia bukanlah satu tugas yang mudah bagi mereka yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan mangsa-mangsa. Kita terpaksa melayan seribu kerenah dan bermacam-macam harapan dari pihak mangsa. Sebahagian dari mereka kekadang ada yang terlupa bahawa di waktu itu adalah waktu banjir, ia perlu kerjasama dari semua pihak. Kita tidak dapat memenuhi semua kehendak orang dalam satu masa.


Banjir atau bah dan apa jua kesusahan yang ditempuhi adalah satu ujian dari Allah swt .


Dari peristiwa banjir kita dapat belajar banyak perkara.
Banjir mengundang simpati.
Banjir menguji tingkat keimanan umah. Banjir menguji kesabaran
Dari peristiwa banjir...kita dapat mengenal sikap sesaorang.
Banjir memberi pengajaran kepada kita dalam banyak hal.
Dan .......ada juga yang mengambil kesempatan dari peristiwa banjir.

BANJIR !........OH........BANJIR !

Kini semuanya dalam kenangan......semoga banjir tidak datang lagi.

ITULAH HARAPAN KITA ,  ITULAH DOA KITA SEMUA.

Semoga Allah swt menerima doa anda sekelian. AMIN........,  YA RABBAL ALAMIN.



2 ulasan:

Leenoh berkata...

Sdr.Kuntong.
Bila saya baca cerita mengenai banjir di Johor, saya teringat balik zaman sekolah dulu. Buku Bacaan Rumi terdapat cerita Bah Besar di Pahang, dalam cerita itu menyatakan air naik setinggi paras bumbung rumah. mungkin pada masa dahulu pernah berlaku banjir tersebut di Pahang.

Tiba-tiba banjir besar itu berlaku di Johor dan air naik ke paras bumbung rumah, barulah datang rasa percaya cerita bah di Pahang itu.

Apa pun cerita-cerita yang seperti ini memang banyak terdapat peringatan di dalam al.Quran, cuma kita sahaja leka dan lalai tidak pengambil iktibarnya.

Banjir pada zaman Nabi Noh dikatakan meliputi seluruh kawasan yang didiami manusia dan bajirnya melepasi bukit dan gunung-ganang, hanya manusia dan makhluk lain yang berada di dalam kapal Nabi Noh sahaja yang diselamatkan oleh Allah yang lainnya pupus benihnya.

Panjang pula cerita saya, cerita tidak dihabiskan mana boleh berhenti.

Ada perkataan tertinggalkan kot sebelum tamat tu. ( semoga banjir besar tidak akan datang lagi, itulah harapan dan itulah doa kita )

Wassalam.

KUNTONG berkata...

Sdr Leenoh:
TK di atas keperhatinan anda, setelah disemak, memang ada tertinggal dalam ayat terakhir.Inilah yang dikatakan kawan. Akan saya buat edit.TK banyak-banyak.