
ku mulakan sinar 13 Jun 2009 dengan sibuk sekali, hari ini ialah Sabtu terakhir dalam cuti persekolahan penggal ini. Jemputan majlis perkahwinan memang banyak. Dan yang paling mustahak ialah jiranku mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Jadi sebagai jiran kita kena tolong. Dicelah-celah itu saya dapat juga pergi ke majlis perkahwinan di tempat lain yang berdekatan. oleh kerana hari ini ramai yang mengadakan majlis, seperti biasa jalanraya menjadi sesak.