Selasa, Ogos 10, 2010

Melilau hingga ke stesyen Keretapi Kluang.


Ahad 8.8.2010 aku pandu keretaku arah ke Ayer Hitam, destinasinya tidak ditetapkan. Pandu ikut sedap hati. Sesampai di satu tempat, aku lihat ramai orang di tepi jalan . Selain itu polis trafik pun ramai. Setelah bertanya, rupanya, mereka menunggu Keberangkatan tiba Sultan Johor ke Kampung Sawah Sagil, Ayer Hitam, dalam program Kembara Mahkota Johor.


Ku teruskan pemanduanku hingga ke Kluang. Singgah di stesyen keretapi. Kali terakhir aku menaiki keretapi ialah pada tahun 1970. Waktu itu bertugas di Sik, Kedah. Setiap cuti penggal, keretapilah kenderaan yang sesuai untuk balik ke kampung. Dari setesyen keretapi di Butterworth jam 8.00 malam, sampai di setesyen Kluang jam 5.00 petang keesokkannya.

Setesyen keretapi yang tidak berubah sejak dulu. Macamtu aja.

Sambil tu, pekena kopi dan nasi lemak dikopirail Kluang.

Macam tu gak...x berubah.

Sekitar jam 3.00 aku teruskan perjalananku ke Batu Pahat.





2 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Kuntong.

Punya nak makan nasil lemak sampai tak sempat nak isi dalam pinggan..sedap la tu...mana kopi...tak nampak pun..he3

zedmagel berkata...

Salam Tuan,

Apasal pegi kluang seorang tak ajak teman, kalau tahu nak ikut sama.