Ahad, Ogos 01, 2010

Sakit biasa menjelang Bulan Puasa.



Biasa kita dengar, ketika bulan puasa menjelang, ramailah mereka yang dulu sihat, tiba-tiba mengadu sakit gastrik, dan itu menjadi alasan utama untuk mereka tidak berpuasa. Jadi untuk mengubat sakit gastrik....saya petik petua ini dari "Lubuk Petua Warisan" Ikutilah petua di bawah ini.

"Ambil seheai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit dan ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tumbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu . "


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alasan je gastrik tu. lain lah kalau memang ada penyakit tu. macam susah sangat nak berpuasa.

Latest Entry : Tak Baik Simpan Patung Dalam Rumah Buat Perhiasan