Isnin, Julai 12, 2010

Kelas agama : Mengingati kematian


Kyusuk mendengar ceramah di masjid

Seperti biasa malam ini ada kelas agama di masjid. Tajuk malam ini ialah tentang mengingati kematian. Katanya bahawa bahawa dengan mengingati kematian, hati kita akan menjadi lembut dan takut untuk membuat sesuatu yang melanggar hukum syarak

Mati bererti menemui Allah, kerana itu, apabila seorang hamba yang beriman itu reda untuk mati, bererti dia reda untuk bertemu Allah. Dalam keadaan sedemikian rupa, apabila seseorang itu reda untuk bertemu Allah, maka Allah lagi suka menemui hamba berkenaan.

Sesungguhnya, apabila seseorang itu telah meninggal dunia, hakikatnya dia telah meninggalkan kehidupan yang fana, yang tidak kekal ini. Apabila dimasukkan dalam kubur, dia berada di alam arwah atau alam roh-roh. Kehidupan di alam kubur adalah sebahagian daripada alam akhirat. Di antara alam fana dan alam akhirat ada pendinding yang tidak boleh tembus-menembusi di antara satu dengan yang lain.

Berdoa untuk tetapan iman.


Bagi orang yang beriman, selain dipermudahkan ketika sakaratul maut, diberi penghormatan, ia juga diberi nikmat ketika di kubur. Kerana itu, persoalan sama ada roh suami puan sekarang dalam keadaan gembira atau terlalu kesunyian merindukan puan tidak timbul sama sekali.

Mati bukan penghujung kehidupan seseorang yang sebenar, kerana selain daripada hidup di dunia, manusia akan dibangkitkan di akhirat yang kekal lagi abadi. Allah menjanjikan kebahagiaan mereka yang beriman kepada-Nya di dunia dan di akhirat, termasuk ketika menghadapi saat genting sakaratul maut.

4 ulasan:

TuYa berkata...

salam PK..
terima kasih atas tzkirah yang dikongsi..
lama dah Tuya x g jemaah kat masjid n surau..
laghoo sungguh!!

KUNTONG berkata...

Tuya :Mudah2an kalau ada masa lapang tu, gi lah...tetapi biarlah dengan hati yang ikhlas. Itu lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

Imam saim ke yg mengajar kat masjid mampan tu PK?

Mmg kita rasa rendah diri bila kita dgr ceramah2 agama/belajar agama ni..hati tu rasa bersih aje.

noorlara berkata...

Bila ingat mati terasa tiada ap yg berguna untuk dimegahkan atau dikejar dalam dunia ini, semuanya akan ditinggalkan...namun mencari kehidupan dan berbuat kebajikan itu adalah juga menimba pahala untuk bekalan ke sana