Khamis, Julai 15, 2010

Sepetang Di Teluk Wawasan.

Agak lama juga aku tidak ke sini lantaran kekangan waktu.
Petang tadi aku berkesempatan untuk meninjau sejenak di satu Perkampungan Nelayan atau satu kawasan dimana berlabuhnya perahu-perahu nelayan yang tinggal berhampiran.
Itulah "Teluk Wawasan" satu tempat yang sering dikunjungi oleh penduduk sekitar terutamanya di waktu petang.

Di sinilah tempat para nelayan menjual hasil tangkapan. Tempat ini menjadi tumpuan pada sebelah pagi, kerana diberitakan menjual "ikan fresh" hasil tangkapan nelayan tempatan.


Kedai runcit dan warong untuk pengunjung mendapatkan barang keperluan harian.


Bangunan milik JKKK ini disewa untuk dijadikan restoran /karaoke
"Tepian Bakau"

Ramai pengunjung pada sebelah malam dan petang.

Sebahagian dari bangunan kedai yang terbengkalai dan merosakkan pandangan.



Jeti yang uzur dan mengundang bahaya.kepada pengunjung dan nelayan.

Justeru, tempat ini perlu diberi perhatian , supaya kawasan ini boleh menjadi satu tempat yang menarik untuk penduduk sekitar Simpang Lima untuk dijadikan satu kawasan rekreasi.




Tiada ulasan: