Jumaat, Mei 07, 2010

Pening, risau dan apa-apa lagi pun x tau !


Dalam 2/3 minggu ni aku asyik saja diminta oleh yang berkenaan menulis beberapa LAPORAN tentang beberapa perkara yang agak rumit.Malam ni aku baru saja habis buat laporan ke 6 dari beberapa laporan lain. Dan yang sedang menunggu sahaja membuatkan aku pening.Ditambah pula dengan "my own problems" yang mungkin x dapat aku selesaikan dengan mudah. Inilah yang menghantui aku dan membuatkan diriku semacam x lalu nak makan dan tidur. Ya Allah, berilah aku kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi situasi yang sudah aku jangka. Lembutkan hati-hati mereka agar sama-sama dapat menyelesaikan dengan baik, aman dan damai. Kata orang batu yang keras pun dapat dihancurkan dan dilembutkan dengan mudah...tetapi keras di kepala amat sukar untuk melembutkannya. Ya Allah ! Permudahkanlah urusan ini......dan berilah aku jalan agar ianya dapat ku selesaikan dengan mudah.Hanya kau sahaja yang dapat mempermudahkan urusan ku ini. Amin .......... (Sekian rintihan hatiku dari hati kecilku)


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anda memerlukan PA?

sila hubungi saya...

hehehehhe!

Maiyah berkata...

sabar.. sabar.. tarik nafas dalam2..

noorlara berkata...

Assalamualaikum,
Tumpang rasa apa yg saudara rasai, apapun kata org kalu ada masalah fikirkan jalan penyelesaiannya bukan masalah tu, betul ke?
Mudah-mudahan semua urusan saudara telah dan akan dipermudahkan Allah adanya.

KUNTONG berkata...

Temakasih pada kawan-kawan yg mmberi nasihat.Mudahan smuanya lancar.....