Ahad, Mei 09, 2010

Ditumbuk dahan pokok mempelam.


Ditumbuk dahan pokok pelam

Imej ini diambil setelah seminggu peristewa ini terjadi.

Inilah dahan pokok yang menumbuk dadaku

Aku memang patut bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya
pada hari ini aku masih hidup sihat walafiat dari segi fizikelnya,walaupun dari segi yang lain, ianya tidaklah seberapa. Mengapa aku kata begitu..?

Ini kerana pada minggu lepas, ketika aku cuba memotong dahan pokok mempelam yang lilitannya lebih kurang 12 inci serta dipenuhi dengan dahan-dahan kecil dan daun mempelam (lihat imej yang dipaparkan) telah menumbuk sebelah kanan dadaku, sebaik sahaja dahan itu putus digergaji. Ketika itu aku berada di atas tangga tingginya 12 kaki. Ini disebabkan aku berada dikedudukan yang salah.

Nasib baik aku tidak pitam dan masih lagi dapat mengawal diriku. Baju T yang aku pakai bertanda setengah bulatan kerana terkena getah pokok mempelam itu.

Syukur kerana masih hidup pada hari ini.



2 ulasan:

Dee berkata...

syukur x teruk pk..harap semakin sihat dah ye..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah syukur.....

Allah masih melindungi PK...