Khamis, Mac 04, 2010

Siswazah UTHM dan masyarakat

Siswazah dan masyarakat

Sedang asyik mendengar penerangan dari Encik Minhat Hambali,

Ketua Kampung Parit Raja Ahmad.



Petang Khamis 4 hb.Mac,2010, Sekitar jam 4.00 petang, Kompleks Penghulu Mukim 4, Parit Sulong Batu Pahat telah dilawati oleh sembilan orang siswa UTHM, Parit Raja Batu Pahat.

Tujuan kunjungan tersebut ialah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang semangat "Nationalisme dan Patriotisme dulu dan kini" dari sudut pandangan belia di kawasan Parit Sulong.

Kebetulan pada masa itu Penghulu dan beberapa orang ketua kampung berada di situ. Dengan kehadiran mereka, memudahkan lagi para mahasiswa untuk mengetahui tentang sejarah Parit Sulong, tentang perjuangan Panglima Salleh atau Kiyai Salleh, tentang peristiwa askar Australia yang terkorban di kawasan Pt. Sulong, monumen Parit Sulong, keganasan bintang tiga komunis dan lain lagi.

Mendengar tentang keganasan bintang tiga di Parit Sulong


Walau bagaimana pun, pertemuan ini tidak dapat memenuhi kehendak thesis mereka sepenuhnya, disebabkan masa yang terhad. Justeru satu pertemuan lain akan diatur untuk
tujuan tersebut.
Catit, jangan tak catit.

Kepada para siswa UTHM diucapkan terima kasih kerana sudi hadir, dan tujuan untuk mengetahui tentang sejarah Parit Sulong, kami harapkan agar sejarah pengorbanan penduduk Parit Sulong dalam mempertahankan tanahair dan agama Islam dapat menyuntik semangat yang baru bukan sahaja kepada belia Parit Sulong, tetapi kepada belia-belia Malaysia agar ianya dapat membina jatidiri yang jitu. Para mahasiswa tersebut ialah:

Dayang Siti Zainab Bte Abang Bujang
Aminah bte Zainuddin
Adliza bte Othman
Razian bte Azmi
Muhammad Musoddiq bin Md. Zakaria
Mohd Khairul Azwan bin Nuriyadi
Zulkarnain bin Zainol Abidin
Mohd Ramzuli bin Ise
Meor Azmir Shah b Hasmudin

Penghulu Mukim 4, Encik Rafizan Abd. Rahman


Untuk kenangan bersama

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA !


Thanks from:

Kuntong


Tiada ulasan: