Isnin, Mac 15, 2010

Memorial Parit Sulong.



Tugu Memorial Parit Sulong, Batu Pahat.

Memorial Parit Sulong

Selepas solat zuhur aku bertolak ke Pt Sulong untuk menghantar isteriku berurut di sebuah rumah di Kampung Sungai Lontok Pt. Sulong, Batu Pahat.
Sementara itu aku berehat-rehat di Dataran Parit Sulong yang berdekatan dengan Sungai Simpang Kiri dan jambatan Parit Sulong. Berhampiran dengan dataran ini terdapat "Memorial Parit Sulong" yang dibina mungkin lima atau enam tahun lepas. Di sebelah memorial terdapat satu papan yang menceritakan secara ringkas tentang perjuangan askar Australia dan India dalam peperangan dunia ke dua. Cerita selanjutnya boleh anda baca di sini.

Kisah kekejaman Jepun tercatat secara ringkas di papan ini

Terkorban untuk mempertahankan Parit Sulong.

Gambar-gambar lama masih dalam simpanan
Pasukan Penembak Rejimen Kereta Perisai Ke -4
Januari 1942.

Lieutenant-Colonel Charles Anderson
VC MC, Gordon, Barclay

Jambatan Parit Sulong Tahun 1945
(Imej dari Blog Mat Som Sadono)

Dipercayai di kawasan pokok itulah dulu ramai askar Australia terbunuh.

Jambatan Parit Sulong sekarang.
( Di kawasan inilah pada tahun 2007 seorang budak lelaki telah lemas dan mayatnya
tidak dapat dikesan hingga ke hari ini walaupun operasi
mencarinya berjalan hampir sebulan.)


In memory: veterans Dr Rowley Richards (left) and Jim Kerr with High Commissioner Penny Williams unveiling the Australian memorial in Malaysia. Source: Herald Sun

( Dihari perasmian Parit Sulong Memorial )

Dari Pak Kuntong

1 ulasan:

zedmagel berkata...

Kat mana pula letaknya memorial ni. Aku pusing satu Parit Sulong pun tak nampak lagi.