Sekarang ini di BP cuaca sungguh panas. Hujan tidak menentu. Kalau hujan pun tidak lama, tapi angin ributnya bukan main lagi, menggila sungguh, hujan hanya sekadar untuk membasahi permukaan muka bumi dan membasahi pokok-pokok sahaja. Hujan yang turun tidak cukup untuk membekalkan air atau memenuhi kolam tadahan bekalan air. Di langit awan mendung, tapi hujan tak jadi.
pancaran mentari sungguh panas
Akibatnya empangan tempat tadahan air untuk penduduk BP sudah surut. Dan boleh dikatakan sudah sampai ke tahap kritikel. Pokok-pokok sudah mula layu. Cuaca sekeliling baik malam atau malam sangat panas. Kata orang yang pernah ke Mekah atau Madinah, di sana cuaca pun panas juga, tapi badan tidak berpeluh.
daun dah mula gugur
Gambar hiasan kolam tadahan
Lain di sini, cuacanya panas, badan berpeluh, akibatnya badan kekurangan air. Badan panas, otak panas, fikiran pun panas. Bila badan panas, hati pun naik panas. Masing-masing tidak boleh silap bercakap. Mudah marah.
mudah marah atau panas baran
Daritu kawallah diri dari jadi pemarah. Jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang membuat orang naik panas dan berang . Kalau orang-muda, bila cuaca panas macam sekarang, mereka minum coke, pepsi atau ABC untuk menyejukkan badan dan tekak, tapi orang yang sudah lama hidup, macam saya ni kalau minum macam orang muda, alamat kembunglah perut, macam budak-budak kecil pulak. Jadi minumlah teh o, atau teh tarik. Maklumlah enjin dah tua, kena jaga-jaga sikit, salah makan, alamat menungginglah kita.
sesuai dengan orang -orang muda.
tehtarik juga walaupun panas.
Dari itu diharap kepada orang BP, jimat-jimatlah gunakan air. Buat masa ini, jangan basuh kereta atau jangan buat perkara yang boleh membazirkan air. Simpan air, gunakan pada yang perlu saja.
Oleh : Pak Kuntong
11 ulasan:
Salam Sdr,Kuntong.
Sekarang segala-segalanya panas, badan berdogiang sepanjang masa, solat hajat setiap Jumaat minta hujan...insya Allah tak lama lagi hujan turunlah tu.
salam Wak kuntong,
Betul panas.. bila malam susah nak tido, sebab panas.. tapi bagus juga,sebab boleh bangun malam solat :)
cuaca mmg panas sekarang, tapi janganlah kita layan sangat, sebenarnya ini biasa saja, setiap tahun pun kita mengalami... cumanya bab hati, kenalah dikawal supaya tak panas-panas selalu, kan :)
Sdr Leenoh:
E2lah manusia, bila panas, mengeluh panas, bila sejuk mengeluh sejuk...tak ramai manusia bersyukur di atas nikmat Allah.
Hunny:
Satu hikmah yang kadang-kadang kita tak mengetahui....tetapi manusia mudah lalai.
Mak Su:
Kita kenalah sejukkan hati kita dengan zikrullah. Jangan ikut panas baran, nanti diri sendiri yang terbakar...betul tak Mak Su.
syukur..walau KL panas di siang hari biasanya petang2 atau malam hujan turun lebat..
ye lah cikgu,
minggu lps oleh krn dah tak thn sgt sbb air tak keluar2...nak basuh kain pon susah..maka berangkutlah saya anak beranak ke rumah abg d Melaka...tumpang basuk kain baju sekali...& mandi puas2 kat sana...heheheh.
Minggu ni pon air dah mula takde semula..mana la saya nak mengangkut buntil2 saya nnt erk??
Dee:
Semuanya ujian dari Allah SWT untuk hambaNya yang kadangkala lupa bersukur.
Jaja: Woi dah lama x nampak Jaja.Dah ok la ya sekarang. Baby dah boleh ketawa lum....kalau dah itu tandanya baby tu dah nak adik plak.
Salam Tuan,
Panas juga satu rahmat dari Allah, bayangkan jika kita di kutub utara mungkin dah kakon...
Catat Ulasan